May 19, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas [PTP] Kerja Malam.

Assalamualaikum...

Alahai... penat le hari ni..

Kerja terus dari lapan pagi sehingga kepukul sepuluh malam.

Sampai dirumah sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.. tidur saja, esok nak kerja lagi.. besok hari Ahad pun kena kerja jugak, apa nak buat...


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 14, 2013

Pelabuhan Tanjung Pelepas. [PTP]

Assalamualaikum...

Bab politik sudah habis, siapa yang dipilih untuk lima tahun akan datang, silalah buat terbaik untuk pengundi-pengundi yang telah memilih mereka!

Kepada yang tidak mendapat undi kemenangan, bolihlah melihat kebelakang dan meneliti dimana letaknya kekurangan yang selama ini dilakukan.

Bagi saya orang biasa ini, macam biasa juga kena teruskan kehidupan walau siapa pun yang menang atau kalah..

Ok kali ini saya telah bertukar tempat kerja, saya berkerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas, pada 2010 dahulu saya sudah berkerja disini juga iaitu semasa mula-mula saya berjinak dengan blog xaturen ini.

Sesiapa yang tidak pernah datang kesini bolihlah memantau selalu disini.. kerana saya akan memuat naik gambar-gambar terbaru Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP.

ermmm.. sekian, jumpa lagi.
wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 09, 2013

Keputusan PRU-13 - 2013.

Assalamualaikum...

BN kembali menang! ini seperti yang sangat-sangat diharapkan olih semua yang menyokong BN tentu nya. Hanya ucapan tahniah kepada Dato Seri Najib Razak. Walaupun menang, tetapi Dato Seri Najib rasa terkilan dengan sikap politik perkauman yang berlaku pada PRU-13 ini.

Saya ada rasa terkilan sendiri kerana BN kalah di Gelang Patah! semoga penyokong Pas dengan Keadilan cukup merasa bangga diatas kemenangan DAP di Gelang Patah. Walaupun ada beberapa kawasaan Pas kalah teruk! kemana DAP menghilang ketika Pas memerlukan sokongan rakan kongsi.?

Saya harap Pas serta Keadilan dapat tidur lena kerana bantuan mereka membuatkan DAP semakin banyak menambah 'kerusi'.

Seperti yang saya cakap selalu, Melayu memang mudah lupa, dan jangan heran suatu hari nanti Melayu dah kurus kering diMalaysia, air liur melelih melihat kebangkitan DAP serta DAP akan menguasai semua hal didalam Malaysia. Melayu yang undi DAP walau apa alasan sekalipun, bersedialah dengan undi mereka pula yang akan menentang kamu semua mentah-mentah suatu hari nanti!

Dalam temu bual siaran radio, jika ada siapa yang turut mendengar, seorang wanita Melayu ada menyebut bahawa pengundi Cina 'cerdik', tetapi dia tidak menyebut pasal pengundi Melayu, namun kita dapat meneka apakah gelaran bagi pengundi Melayu yang mengundi DAP kan? Jadi yang mengundi DAP walau apa alasan adalah..???

Bak kata Ustaz Azhar Idrus: Ikat tali ditekok.. naik moto duduk atas hendel.. kalu mu dok paham lagi..

OK lah...
Tahniah kepada Pas/Keadilan atas bantuan mulia anda kepada DAP.

Sekian, salam hormat.
wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 04, 2013

Undilah Barisan Nasional [UMNO]

Berjuang bersama Umno, Undikah Barisan Nasional BN untuk bangsa dan negara!

“Melayu ialah majoriti. Tetapi kerana berpecah kepada tiga, sekarang ini kita bukan majoriti lagi. Besar kemungkinan orang Melayu jadi puak kecil dalam parti yang tak begitu berkuasa.

“Jadi akhirnya kita juga akan rugi. Bukan nak kata bangsa lain tak bolih beri perhatian, tapi orang Melayu kena ingat, kalau nak pertahan bangsa, kenalah bangsa tu sendiri yang dipertahankan. Tak logiklah nak suruh orang Cina atau India yang buat. Kemenangan orang Melayu dalam PRU-13 akan datang adalah amat penting!

Bersatulah didalam ikatan perjuagan yang satu, sertailah Umno undilah BN biar suara Melayu ada kuasa, jangan berpecah! nanti bangsa sendiri yang rugi, jika ada kekurangan dimana-mana adalah adat kehidupan, ingat melayu hanya ada suara bergabung saja yang menjadi benteng perjuagan bangsa!

SELAMAT MENGUNDI! SERTAI UMNO, UNDILAH BARISAN NASIONAL!


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 01, 2013

Sayang Salam Rindu Buat Kamu.

Assalamualaikum...

Sayang.. walaupun aku sibuk dengan berbagai hal setiap hari namun hati aku masih rindu pada kamu!

Kelmarin bila aku pergi kesatu pusat membeli belah dikawasan kediamanku, ketenangan ku ketika itu tergangu olih suatu susuk wajah yang saling tak tumpah seperti kamu.

Berderau darahku berdegup rasa jantungku seperti mahu berhenti denyutannya, aku bagai bermimpi apakah kau berada disini? Dikala itu ramai pelanggan berbelanja disitu, kelibat wajah kamu tenggelam timbul dari sudut pandangan aku yang berada agak jauh.

Aku terpaksa batalkan untuk membeli barang disitu, aku segera melangkah keluar dari pasaraya kerana aku tidak bersedia bersemuka denganmu ketika ini. Sesampai aku diparking aku terhenti seketika, aku fikirkan lebih baik aku cuba pastikan adakah benar susuk wajah tadi adalah diri kamu.

Dengan debaran yang masih terasa aku kembali memasuki gedung tersebut untuk mencari kebenaran apakah benar apa yang baru aku terlihat sebentar tadi. Dimanakah kelibat wajah tadi? puas aku memantau disetiap ruang gedung namun tiada lagi bayang wajah yang seakan kamu!

Ketika memandu pulang aku gagahkan diri untuk tidak memikirkan seraut wajah tadi. Dan aku yakin tidak mungkin kamu berada didaerah sini, tidak mungkin! Aku jadi makin lemah kerana semua tentang kamu terbayang segera, aku mencari-cari senarai nombor kamu aku pasti kamu tidak ada disini.
Dua kali dail tiada jawapan, makin kuat debaranku mungkin benar kamu disini tapi untuk apa? Akhirnya panggilan aku dijawab olih suara ibumu mengatakan yang kamu kemajlis perkahwinan jiran dengan tidak membawa talipon.

Lega rasa hati, tapi kelibat seakan kamu tadi siapa? aaahh.. mungkin aku terlalu rindukan kamu! Nantikan hari membuang undi aku akan pulang kekampung! aku sabarkan diriku sendiri.

Moga kau baik saja, Sayang, Salam rindu buat kamu.
sekian. wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!