May 04, 2013

Undilah Barisan Nasional [UMNO]

Berjuang bersama Umno, Undikah Barisan Nasional BN untuk bangsa dan negara!

“Melayu ialah majoriti. Tetapi kerana berpecah kepada tiga, sekarang ini kita bukan majoriti lagi. Besar kemungkinan orang Melayu jadi puak kecil dalam parti yang tak begitu berkuasa.

“Jadi akhirnya kita juga akan rugi. Bukan nak kata bangsa lain tak bolih beri perhatian, tapi orang Melayu kena ingat, kalau nak pertahan bangsa, kenalah bangsa tu sendiri yang dipertahankan. Tak logiklah nak suruh orang Cina atau India yang buat. Kemenangan orang Melayu dalam PRU-13 akan datang adalah amat penting!

Bersatulah didalam ikatan perjuagan yang satu, sertailah Umno undilah BN biar suara Melayu ada kuasa, jangan berpecah! nanti bangsa sendiri yang rugi, jika ada kekurangan dimana-mana adalah adat kehidupan, ingat melayu hanya ada suara bergabung saja yang menjadi benteng perjuagan bangsa!

SELAMAT MENGUNDI! SERTAI UMNO, UNDILAH BARISAN NASIONAL!


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



May 01, 2013

Sayang Salam Rindu Buat Kamu.

Assalamualaikum...

Sayang.. walaupun aku sibuk dengan berbagai hal setiap hari namun hati aku masih rindu pada kamu!

Kelmarin bila aku pergi kesatu pusat membeli belah dikawasan kediamanku, ketenangan ku ketika itu tergangu olih suatu susuk wajah yang saling tak tumpah seperti kamu.

Berderau darahku berdegup rasa jantungku seperti mahu berhenti denyutannya, aku bagai bermimpi apakah kau berada disini? Dikala itu ramai pelanggan berbelanja disitu, kelibat wajah kamu tenggelam timbul dari sudut pandangan aku yang berada agak jauh.

Aku terpaksa batalkan untuk membeli barang disitu, aku segera melangkah keluar dari pasaraya kerana aku tidak bersedia bersemuka denganmu ketika ini. Sesampai aku diparking aku terhenti seketika, aku fikirkan lebih baik aku cuba pastikan adakah benar susuk wajah tadi adalah diri kamu.

Dengan debaran yang masih terasa aku kembali memasuki gedung tersebut untuk mencari kebenaran apakah benar apa yang baru aku terlihat sebentar tadi. Dimanakah kelibat wajah tadi? puas aku memantau disetiap ruang gedung namun tiada lagi bayang wajah yang seakan kamu!

Ketika memandu pulang aku gagahkan diri untuk tidak memikirkan seraut wajah tadi. Dan aku yakin tidak mungkin kamu berada didaerah sini, tidak mungkin! Aku jadi makin lemah kerana semua tentang kamu terbayang segera, aku mencari-cari senarai nombor kamu aku pasti kamu tidak ada disini.
Dua kali dail tiada jawapan, makin kuat debaranku mungkin benar kamu disini tapi untuk apa? Akhirnya panggilan aku dijawab olih suara ibumu mengatakan yang kamu kemajlis perkahwinan jiran dengan tidak membawa talipon.

Lega rasa hati, tapi kelibat seakan kamu tadi siapa? aaahh.. mungkin aku terlalu rindukan kamu! Nantikan hari membuang undi aku akan pulang kekampung! aku sabarkan diriku sendiri.

Moga kau baik saja, Sayang, Salam rindu buat kamu.
sekian. wassalam.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 30, 2013

PRU-13 Semakin Hampir Tiba Semakin Panas.

Assalamualaikum...

Pertama sekali saya ingin berpesan supaya anda tidak mudah lupa! ha.. ha.. ha.. ini apasal pulak dok pi cakap macam ni..? Tidak ada lain kerja ka..? ermm.. sebenarnya saya cuma hendak mengungkit kembali kesah lama saya pasal orang mudah lupa atau buat-buat lupa!!???

Umpama kata orang kacang lupakan kulit atau garam lupakan laut.. eh ada ke? tak kesahlah.. cuma sebagai membayangkan bagaiman kita ini jangan menjadi seperti itu, ia-itu kita mudah lupa asal usul kita.

Dalam saya membaca komen-komen dalam media maya ini semua, saya dapati banyak komen dari orang melayu yang memburukan pemimpin orang melayu. Apalagi diUtube saya dapati ramai orang melayu Memperlekehkan pemimpin bangsa mereka sendiri..!, ada ka patut sumpah seranah ditujukan buat PM dan bekas PM terdahulu? Kalau benar yang komen celupar itu datangnya dari mulut melayu, memang sudah sah melayu memang mudah lupa!

Mereka lupa bahawa bahawa orang-orang inilah yang memperjuangkan nasib mereka selama ini, dari kecil membesar dan bersekolah tapi bila sudah pandai menaip sikit-sikit, mereka menyalahkan gunakan kepandaian menaip itu..!! mereka lupa selama ini mereka bersekolah dimana! Suka hati mengutuk Pemimpin mereka sendiri. Jika hendak dibandingkan dengan awak-awak semua! mereka itu siapa? sama ke tidak IQ mereka dengan awak semua?

Dan jika ada yang bukan melayu yang menyamar jadi melayu dan hentam caci maki PM dan bekas PM memang orang ini tidak sedar diri, caci pasal rasuah, semua rasuah itu siapa yang bagi?? siapa yang sogok..?? siapa yang sampai tahap sujud dikaki hendak bagi rasuah...??? siapa hulur duit itu? cuba jawab...??

Dan yang orang melayu yang dok pi sokong bangsa lain yang dok hentam PM atau bekas PM atau pemimpin melayu sendiri tu apasalll??? Ada kena mengena sangat ka dengan hidup kau orang.. ha.? duit RM50ribu pun tidak biasa ada dan pegang., ada hati hendak menyebuk harta benda orang..!! dengki tak habis-habis melayu ini.!

Tidak terfikirka kamu semua, hapus Tol.. orang paling untung siapa..?? dan siapa pulak hendak jaga Lbraya-lbraya itu semua??

Kalau bolih pergilah delete komen-komen awak semua itu, jangan dok pi sokong puak yang memang terang-terang benci melayu, anti melayu, dan dok terlajak sebut "kita sama-sama rakyat malaysia" jika mereka berkuasa jangan mimpilah anak cucu kamu hendak mereka bela!! sebab dia mahu kita semua sama rata!!

Kalau ada masa cuba ulang tayang atau ulang dengar setiap audio video pemimpin pebangkang, tak kira parti apa didalam audio vedio itu tertera sikap, percakapan perjanjian dan sebagainya. Ok lepas ni download dan buat kajian sendiri kalau tidak nampak juga peribadi mereka, alamat kata..., [saya tidak tipu kaji sendiri] tak kan awak-awak [pencaci Pemimpin bangsa melayu] tidak bolih beza orang cakap iklas dengan cakap bohong bila di pentas...

Kenapa pulak pemimpin DAP tidak berjanji kepada rakyat yang mereka akan merampas kembali harta-harta, saham-saham, ladang-ladang, tanah-tanah, lesen-lesen judi atau apa saja harta yang dapat daripada hasil memberi rasuah... jika yang menerima rasuah dapat RM50ribu tentulah yang 'memberi' rasuah untung RM10juta kan..? Tangkap dan rampas harta dua-dua sekali, baru betul cakap iklas....!!

Ini kalut nak tangkap yang menerima rasuah... mana ada betul..!
Ingat melayu! jangan bersekongkol melenyapkan harta benda orang melayu lain tau..! Hendak ceramah pasal rasuah, sila tangkap 'pemberi' rasuah juga okeys.... jangan dok dengki dengan harta orang melayu. Memang mereka tidak mahu lihat melayu hidup senang sikit!

Orang melayu ingat!! jangan mudah lupa!

Ermm... cukuplah dulu. jumpa lagi.
wassalam.


Berbincang untuk kepentingan siapa..?

Saksikan sendiri siapa ramai dibelakang Lim Kit Siang? dan cara dia memancing telinga melayu!
Semua dia nak rampas, nak buat impian dia sendiri! ingat melayu! jangan mudah lupa..!!


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



April 26, 2013

PRU 13 2013 Buat Pilihan Yang Bijak.

Assalamualaikum...

Sana sini orang bercerita pasal PRU 13, masing-masing ingin menegakan parti yang menjadi pilihan.

Berbagai gelagat penyokong bawahan cukup menarik perhatian, ada yang memasang bendera parti penuh atas bumbung kenderaan. Ada juga menghias halaman rumah dengan kerja tangan berbentuk logo parti yang disokong. Bagi pemandu lori mereka memasang bendera yang agak besar dikiri kanan lori mereka.

Apapun perbuatan mereka tidak menjadi masaalah selagi tidak mengangu ketenteraman awam atau keselamatan awam. Negara kita yang aman makmur ini jangan dicalarkan dengan sesuatu keburukan hanya kerana berkempen untuk sesabuah parti.

Hormat menghormati adalah amalan yang kita patut kekalkan sepanjang zaman! kita percaya rakyat sudah cukup matang berpolitik dan hal-hal berkaitan politik semua ini.

Bila tiba hari mengundi nanti buatlah pilihan yang bijak, kerana anda penentu pemimpin yang dipilih nanti dapat meneruskan kecermelangan didalam dan luar negara.

Jika anda berminat dengan cara mengundi, sila layari disini Buku Panduan Mengundi Jom Bertindak 5 Mei 2013

Atau bolih juga membaca seterusnya disini.

Okey.. lah buatlah yang terbaik..!!
Mai kita bergelak sikit dengan celoteh Ustad dalam video bawah ini.
sekian. wassalam.


Persimpagan Kampung Melayu Majidee Johor.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 25, 2013

Politik Terlalu Ikut Perasaan.

Assalamualaikum...

Salam penuh ceria, penuh semangat untuk mengundi!

Dengan tempuh Pilihan Raya Umum Ke13 semakin hampir, semakin rancaklah kempen dari parti-parti yang mengambil bahagian.

Kita semua tahu Negara kita sudah berubah, pada zaman sebelum ini kita berkempen untuk mempengaruhi penduduk yang agak kurang perpendidikan atau kurang imfomasi keadaan sekeliling didalam negara.

Tapi sekarang bolih dikatakan semua kita cerdik-cerdik belaka, namun cara parti-parti politik mempengaruhi rakyat masih juga seperti dulu.

Ada parti sanggup memasang papan tanda disimpang jalan bertanyakan rakyat kemana hilang wang berbilion ringgit? Dan menyalahkan kerajaan yang memerintah.

Mereka ini masih ingat rakyat masih kelas rendah! Suap saja dengan jumlah berbilion supaya menyangkut dihasut hati rakyat supaya menentang kerajaan, siapa tergoda alamat... fikir.. fikirkanlah sendiri....!

Hendak nampak duit seratus ribu pun tidak pernah-pernah.. apalagi billion!!??

Habis kalau awak dapat, nak bagi kat siapa duit tu....? Bukankah bagi kepada keroni-keroni awak juga..!! Siapa hendak bagi duit kepada orang yang awak tidak kenal..????

Lawak... lawak...

sekian, jumpa lagi.
wassalam.

Pertarungan PRU13 semakin sengit!

Memancing penyokong melayu.. Hebat!!!


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!