Setelah penat berkerja, saya ambil keputusan untuk cuti berehat sementara dikampung. Tahu tak kat mana kampung saya? tak tahu.. okey kalau tak tahu, saya habag pi ye..
Kampung saya kat Pontian Johor, ada sesiapa biasa datang pontian? Datanglah jalan-jalan sini bila ada masa, anda bolih melawat tempat-tempat menarik disini, terutamanya Muzium Nenas dan bolih juga melawat Tanjung Piai ia itu digelar Hujung Benua.
Petang tadi kat sini hujan agak lebat diikuti angin kencang! saya lihat habis bertaburan atau berserakan segala macam bendera-bendera parti politik yang disepanjang jalan. Ada antara kain rentang tersebut separuhnya menjangkau ditengah jalan akibat ditiup angin, olih kerana bahagian sebelah lagi masih tegap terpacak, sebelah lagi tercabut maka berkibar lah sebelah lagi itu bersama kayu pancang hampir ketengah jalan.
Dan sangat merbahaya kepada penungang moto, kerana sekejap ketengah sekejap ketepi.. apa yang saya lihat itu semasa hujan lebat, mujur tiada moto yang melalui tempat tersebut.
Semua lambang atau bendera atau keras tangan yang dibina disimpang-simpang jalan habis jahanam ditiup angin semasa hujan tadi. Tidak kira apa saja lambang parti, semua rosak ada yang hampir musnah dihentam badai cuaca, walaupun berlakunya hanya sekejap.. tidak sampai satu jam setengah saja...
Daripada kejadian alam tersebut, saya membayangkan bahawa ketenteraman, keamanan, kesejahteraan hidup rakyat diMalaysia akan musnah seperti itu juga.. tanpa mengira anda menyokong parti mana, sekiranya kita memainkan politik yang kotor.
Maksud saya jika para pemimpin-pemimpin parti memainkan sentimen busuk hanya semata-mata atas hawa nafsu politik!
Sebenarnya pengikut bawahan ini macam biasa saja... sesiapa menang pun kurang lebih dok macam tu juga..! yang untungnya adalah orang-orang besar mereka!
Ada satu pemimpin popular pembangkang berucap di-Kelang dua tiga hari lepas menyampaikan ceramah mengajar pengikutnya seolah-olah tidak mempedulikan apa akan terjadi terhadap nasib hidup mati pengikutnya. Yang penting dikepala ketua mereka adalah bagaiman bolih mereka menang! atau sekurang-kurangnya mempastikan yang diri mereka sendiri masih bolih hidup.
Soal apa hendak jadi kepada pengikut mereka, itu soal kedua yang penting matlamat ketua itu sendiri. Bolih percaya kah jika ketua itu berkata "Demi kerana rakyat/orang melayu, biar apa jadi saya orang pertama kehadapan..!" betulke macam itu?
Nampaknya orang politik yang sorang ini kuat melatah dan berangan, dia tidak perlu ada rasa malu lagi untuk berkata-kata dihadapan pengikutnya. Dia seperti tahu, peduli apa dengan ucapanya, yang penting dapat menghasut pengikutnya untuk menentang kerajaan, itu yang utama.!
Cuba kita fikir..... kebanyakan ketua-ketua yang masuk mahkamah atau masuk penjara bukan kerana memperjuangkan nasib orang melayu..! Semuanya kerana masaalah peribadi mereka sendiri.
Pernahkah anda lihat pemimpin yang kena tangkap masuk penjara kerana memperjuangkan nasib orang melayu??? pernah ke??
Ok diringkaskan jangan jadi seperti penganas Sulu, rakyat diperjudikan demi untuk mencapai cita-cita ketua itu sendiri, bukannya untuk kepetingan rakyat Sulu, jangan mati katak kerana termakan hasutan ketua seperti mereka semua.
Sila jangan orang Melayu cuba menjatuhkan Pemimpin Negara Sekarang yang berbangsa Melayu. Orang melayu mesti mempertahankan Pemimpin Melayu yang ada. Jika ada suara pemimpin Melayu lain menghasut supaya orang Melayu lain untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin Melayu yang ada, secara auotomatik bukan satu ajaran yang baik untuk kita ikut.
Melaikan pemimpin Melayu yang ada itu sudah zalim dan tidak adil lagi.
Sekian, fikir sendirilah ye..
wassalam.
Buah Naga dikampung tanam hadapan rumah saja..
Ada antaranya sudah masak, kena petik ni...
Pokok Cemeti atau pokok Turi, memang sedap pucuk muda dimasak lomak....
Baca Lagi Kesah Fidah!