April 15, 2013

Selamat Tinggal Slim River.

Assalamualaikum...

Salam mesra salam 1MALAYSIA.

Masa bergerak pantas sampai tidak terasa yang saya sudah hampir seminggu kat Slim River ini. ha.. jangan maim-main dengan masa ini.. masa tidak akan pernah menunggu kita, kita yang kena kejar masa!
Besok pagi saya akan berangkat meninggalkan Slim River ini.

Belum puas rasanya hendak meronda didaerah sini, baru saja berangan hendak mengambil gambar Orang Asli memburu disini, apa nak kata sampai setakat ini saja tugas saya yang diperlukan sementara ini.

Tidak tahu bila pulak ada kesempatan untuk datang sini lagi. Nampak macam lambat lagi saya hendak kemari lagi, kerana bos mungkin akan hantar saya ke PTP Johor. Tapi saya perlu kembali ke Kelang dahulu, selepas itu mungkin ke Johor tu.

Tengah hari tadi ada member talipon, dia suruh saya pergi tempat riadah Air Panas disini, saya pun masukan dalam senarai rencangan untuk Ahad depan ini ermm.. nampaknya tidak kesampaian juga rencana begitu.
Kita hanya sekadar mampu merancang saja tapi tuhan juga yang menentukan ye tak..?

Cukup sudah kehadiran saya disini selamat tinggal Terolak, selamat tinggal pekerja Indon semua, kamu semua kerja baik-baik gua mau pulang..! Lu datang nak kerja cari duit antar Indon, so jangan buat kerja partime yang lain pulak, pecah rumah ke ape ke.. ingat kalau lu sayang keluarga lu.. orang sini pun sayang ahli keluarga mereka juga, jadi jangan buat onar dengan orang sini jangan buat kerja yang melanggar undang-undang!

Kalau sudah kena tangkap masuk penjara... lu nangis pun sudah tidak ada gunanya lagi.. keh..keh.. ada lagi satu pesanan gua.. jangan bawak lari anak dara orang tau..! kalau teringin juga nikah dan duduk sini je.. bawak balik kampung lu pun, lu bukannya orang senang kan.. kan.?

Okeys.. semua, jumpa lagi lain kali.

sekian. wassalam.

Seperti tempat peranginan pulak, suasana petang dipuncak Terolak..

Inilah kuda besi yang selalu kena lanyak saya disini, berkuasa pusing keliling bukit!

Cantik bunga ni.. siap ada buah lagi entah apa nama pokok ni.?



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




Buat Duit Melalui YouTube.

Assalamualaikum, salam penuh ceria.

Ermm.. kali ini saya nak cerita pasal buat duit!

Tentunya semua orang berminat untuk menjana duit melalui internet, satu caranya adalah dengan video dilaman Utube! namun kebanyakan kita kurang faham bagaimana caranya yang betul membuatnya.

Kebanyakan dari kita sedia maklum yang duit bolih didapati dimana saja asalkan kita berusaha mendapatkanya. Dan anda tentunya sedia mengetahui yang ramai manusia kat luar sana telah berjaya menjana pendapatan yang sangat lumayan dengan hanya memuat naik video dilaman Utube. Semua manusia yang berjaya ini didedahkan disurat khabar dan sebagainya.

Tak usahlah memikirkan sangat hal mereka-mereka yang sudah berjaya itu, kebanyakan mereka itu yang mengaut berjuta-juta ringgit itu dari barat sana. Cuma anda perlu yakin dan cuba berbuat seperti mereka juga. Mana tahu anda kelak tersenarai sebagai penerima terbanyak wang dari Utube di Asia.

Walaupun hendak senang bukanya senang, tetapi peluang anda tetap ada sekiranya anda kreatif dan bersemangat untuk menjayakanya. Jika anda benar-benar berminat untuk mendapat peluang keemasan dari Utube ini saya cadangkan anda melakukan secara berkumpulan, sekurang-kurangnya tiga atau lima orang. Kemudian berbincang untuk menghasilkan video yang menarik. Saya percaya idea berkumpulan lebih bagus untuk mencapai cita-cita untuk berjaya diUtube.

Namun jika anda rasa mampu melakukan secara bersaorangan tidak jadi masaalah teruskan! walau bagaimana pun video tersebut haruslah asli, ini bermakna anda yang menciptanya sendiri bukan menciplak atau copy hasil kerja orang lain.

Saya rasa anda faham apa itu yang asli! dan video tersebut mesti mendapat sambutan yang hangat dari penonton diUtube. Selamat mencuba hingga jaya!

Usaha-usaha yang mesti dilakukan untuk mencapai impian mengaut duit diLaman YouTube! saya menyebut usaha kerana perlu ada usaha tanpa jemu, walaupun ini hanyalah usaha sampingan untuk mendapatkan duit.

Usaha pertama: Ciptakan satu video bagus dan menarik !

Video tersebut mestilah berkualiti dan bersih, tidak melanggar hakcipta dan tidak melebihi empat minit masa tayangan.

Usaha kedua: Berikan nama yang sesuai untuk video itu.

Nama video yang anda hasilkan tersebut tentulah menarik dan mudah dingati dan ada unsur tarikan supaya mendapat perhatian penonton.

Seterusnya anda ciptakanlah seberapa banyak video yang hebat-hebat untuk dimuat naik kelaman YouTube secara berkala, kemudian sebarkan hasil kerja anda melalui Facebook, Blog, Myspace, Twetter atau apa saja lamanweb yang membolihkan pelayarweb menonton video hebat anda. Semakin ramai pengemar video-video anda semakin cerahlah harapan untuk mengaut duit nanti.

Okeys... lepas itu semua kerja dihadapan tidak susah lagi! sesekali semak email anda, anda akan diberitahu jika video-video anda mendapat ramai penonton. Mereka juga akan menjemput anda bagi membuat permohonan berkongsi pendapatan untuk video yang telah dipilih YouTube. Selepas kelulusan diberikan, maka bermulalah episod menjana pendapatan dari video yang dipilih itu.

Bagaimana hendak memungut duit dari Utube? bab itu jangan difikir dulu. Anda perlu fikirkan bagaimana untuk menghasilkan video-video yang menarik dan hebat dengan nama yang canggih, buat video politik ke, video binatang ke, video kelakar ke, video lucu kanak-kanak atau orang dewasa asal kesemua video anda itu mendapat sambutan ramai.

Bab macam mana hendak ambil duit itu pekara mudah sangat tu.. bab tu letak kemudian sekali, nanti anda akan tahu sendiri secara automatik saja. Penting jadilah pengarah, penulis, penerbit yang menghasilkan video yang gempaq dan pecah panggung! Nanti pehak YouTube akan segera menhubungi anda dan menawarkan peluang memaparkan iklan, apabila video anda yang popular itu dimainkan diYouTube! dan peroses perkonsian pendapatan akan terus berjalan selagi video tersebut tidak melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Usaha ketiga: Usaha ketiga ini sebenarnya langkah pertama ni...

Buat satu account gmail contohnya: xaturen@gmail.com

Bukak satu account YouTube menggunakan email tersebut, letak nama untuk halaman itu dengan nama ringkas menarik dan senang disebut dan mudah dingati olih pelayarweb.

Contohnya: xaturen

Bagaimana bolih mulakan ke? tentu bolihh..

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 14, 2013

Susah Senang Ku Tanggung Juga.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua.. apa khabar anda hari ini? hari ini hari Ahad.
Anda tidak ada apa-apa rencangan hendak bercuti kemana-mana ke? Selepas anda seminggu bekerja mungkin anda tertekan kerana banyak kerja hendak dibereskan.. jadi jika ada terluang pada hari ahad inilah masanya anda menghiburkan hati sendiri dengan berpergian kema-mana yang bolih memenuhi hobi dan memberi ketenangan serta kegembiraan kepada anda.

Adat diperantauan susah senang kena tempuhi juga..
Hari ini saya masih lagi kat rumah sewa, baru sekejap tadi mencuci segala macam pakaian yang berlonggok penjuru dinding. Nak cuci setiap hari manalah ada masa.. balik kerja lepas makan main game! ha.. ha..
Lagipun malaslah nak basuh hari-hari ni.. simpan saja sampai belonggok lepas tu baru basuh le.. apa nak buat kalau sudah tinggal kesaorangan begini semua kena buat sendirilah..

Jangan ikut contoh seminggu tak basuh pakaian macam ini kecuali anda ada stok pakaian yang banyak ok.. sebab pakaian kemas dan bersih memberi penampilan yang dihormati! jangan suka pakai pakaian yang sudah digunakan serta berbau, kerana ia membayangkan keperibadian sesaorang itu.

Penampilan yang kemas baik untuk pandagan umum, jika serabut penampilan orang tidak peduli.. bila orang tidak peduli saham kita jatuh, kita cakap pun orang tidak berapa percaya.
Sebab itu bila hendak interview kerja, kita mesti berpakaian kemas supaya menarik dan dipercayai. Dan jangan memakai cermin mata hitam! pakailah cermin mata jernih kalau anda rabun, sentiasa perhatikan mata bila berbicara dengan penemuduga!

Okeys... demi kasih dan sayang kepada keluarga tercinta, semua susah payah diperantauan ku tanggung juga. Sayangku hanya, hanyalah untuk kamu.

sekian. wassalam.

Dalam laluan menuju kewarung makan yang enak!

Kempen PRU 13 hebat melanda Felda Terolak Selatan, sila undi UMNO dan BN untuk Najib dan Negara!

Sekolah Kebangsaan Terolak Selatan.

Ha... inilah warung yang makananya sedap juga.. ada ikan bakar juga..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 12, 2013

Hari Juma'at Jumpa Dua Ekor Kucing.

Assalamualaikum...

Pagi tadi bangun awal sikit sebab ada keja hendak dibereskan segera, tidak bolih tunggu petang sebab petang selalu hujan.. jalan agak lengang sikit masih kurang kenderaan yang lalu.

Sebelum jalan, pergi Petronas dulu isi minyak full tank! isi penuh pun tak pe.. moto Modenas saja.. lepas tu jalan ke Terolak Selatan, pranggggg.... pranggg.... pulas minyak, minyak baru isi pulas saja lah... semua boss yang tanggung! rumah, kereta, moto, minyak, tol.. jika melalui tol.

Moto kat sini bunyi kuat...! macam bunyi helicopter.. ha. ha.. sejuknya jalan pepagi macam ni.. masih ada kabus sikit-sikit tambah sejuk le.. lepas tu singgah kat warung kat sebelah Sekolah Kebangsaan Terolak Selatan sarapan dulu...

Sebab apa bawak moto saja..? sebab senang panjat bukit-bukau kat situ..
fuhh... bila sampai kat puncak bukit tu.. nyaman udara dan suasana kat situ.. tongkat saja moto baru nak tinjau-tinjau kan.. eh.. ada kelibat saekor Kucing hutan, agak besar juga tu.. matanya tegak tak berkelip, lama juga dia tenung saya biasa nya binatang hutan akan lari lingtang pukang kalau nampak manusia kan?

Sempat lagi ambil handpone tangkap gambar.. sayang tidak berapa jelas! memang kalau handpone mahal tak terang ye.. kenape heh..! ha.. ha..
Habis tu saya tanya dia, hang pagi-pagi ni nak pi mana..? dia lompat hilang dalam semak..

Nak jadi ceritanya pada sebelah tengah hari, saya beli nasi tapau kat warung yang sama, balik rumah baru tangah makan dua tiga suap.. eh.. eh.. ada pulak sekor kucing jantan megiu.. masuk rumah mintak makan, saya kata nak makan ke? mai la sini.. eh dia datang.. bagi lah nasi dengan lauk yang saya makan... dia bedalnya lauk dulu pas tu baru makan nasi.

Lepas makan siap berehat cuci mulut kat depan pintu bilik atas alas kaki, saya biarkan saje..
okeh.. cukuplah, nanti penat baca!
Semoga anda sihat ceria selalu ye..

sekian. salam hormat.
wassalam.

Kucing Hutan, tengoklah sampai nampak!

Kucing cari makan, dia makan ikan dulu..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 11, 2013

Hanya Untukmu Duhai Kekasihku.

Assalamualaikum...

Macam mana cuaca ditempat anda? semalam masa balik kerja dalam pukul lima lebih, hujan turun mencurah-curah.
Kemudian gerimis sampai kemalam... bagaimanapun saya harap cuaca dalam diri anda semua cool saja okey.. jangan cepat panas atau cepat naik angin, nanti kekawan lari.. ha.. ha..

Seksanya bila waktu malam hujan gerimis.. sejukk.. kat Slim River ni, biasanya kat Kelang waktu malam kena pasang pendigin udara, sebab panas! tapi kat sini cuaca malam sejuk betul.

Lebih-lebih lagi tidak ada kawan hendak dibuat teman.. teman memalam hari!? apa nak buat, selimut saje lah sampai ke pagi..

Okeh... jangan difikir pasal saya yang kesaorangan kat sini... :(
Kita masing-masing ada kehidupan sendiri yang mesti kita lalui, saya tidak memikirkan sangat, kerana sesusah-susah kita, masih ada lagi insan lain yang hidup lebih susah. Juga jika kita merasakan kita ini senang, masih ramai lagi yang hidup lebih senang daripada kita kan..

Kita, tidak salah kalau memikirkan bagaimana orang lain lebih senang [kaya] tapi janganlah sampai tahap merana badan! harus juga mencari kelainan dalam hidup untuk menambah baik keadaan disamping itu teruskan pekerjaan kita seperti biasa..

Dalam keluarga kita sekalipun, semua tidak mungkin sama, ada yang mampu naik Haji, walau masih muda dan sudah Umrah, tahun ni masih berkemampuan Umrah nak pergi lagi...

Pada 16hb/05/2013 ini satu rombongan keluarga nak pergi Umrah. Mereka berkumpul kat Putrajaya. Semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali.
Sebenarnya [keluarga sendiri, kawan, kekasih tidak pernah tahu saya mempunyai blog ini!] dan mereka tidak mungkin baca ini semua.. hanya anda yang setia mendengar nukilan saya disini.. ha. ha..
Terima kasih kerana masih setia kemari..

ermm.. Senikata lagu dibawah ini ditujukan khas buat ahli Keluargaku Tersayang.[Pontian], Ibu dan Ayah dikampung. [Air Kepar], Adik Abdullah. [Putrajaya], juga buat Cik Nur 'A' [Melaka].
wassalam.


Sikapmu.. tawamu.. hadir dimataku..

Yang membuat aku jadi rindu..
Rindu kepadamu..
Hati ku.. jiwaku hanyalah untukmu, hanya untukmu duhai kekasaihku..
o.o.oo.. habis satu.. tambah satu, bahagia engkau berikan..
Dan disetiap waktu, kau sirami aku dengan kasih sayang..

Sikapmu.. tawamu.. hadir dimataku..
Yang membuat aku makin sayang.. sayang kepadamu..
u.u.u.. habis satu, tambah satu, bahgiakanku berikan..
Tiada habisnya, kasih sayangku terhadap, dirimu..

Walau berjuang untuk selamanya..
Cintaku tetap hanyalah dirimu..
Akan berdua untuk selamanya...


sunting23/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!