December 16, 2011

Kota Budaya.

Assalamualaikum...
Salam penuh kemesraan! harap sesiapa yang kurang mesra tu, mulai hari ini.. mesra-mesralah dengan orang yang kat kiri kanan anda tu..

Jangan diikutkan sangat perasaan yang cemburu sesama sendiri ke.. atau apa apa sikap yang kurang sesuai tu.. erm... kita ni hidup dikelilingi olih berbagai jenis manusia,
jadi tak mustahil ada diantara mereka sangat-sangat tidak menyenangkan kita.. masa terlalu pantas berlalu, jangan buang masa dengan membebankan diri dengan pekara seumpama itu.
okey... saya baik jangan membebel lebih nanti hujan makin lebat..! ha.ha..

Sudah lama juga saya singgah kat Kota Bahru ini..
Kota Budaya, legenda Puteri Saadong. Kepada sesiapa yang belum pernah datang kemari, silalah bercuti ke Negeri Kelantan ini..

Banyak tempat-tempat yang menarik jika anda bercuti kesini Kota Bahru. Anda bolih jale-jale kat Pasar Besar.. ada macam-macam barang yang menarik minat anda. Hati terpikat dengan Cik Siti Wan Kembang sini.

Datang le jengah kat Bank Pitis, Istana Balai Besar, Bank Kerapu lepas tu sudah lapar cuba test Nasi Kerabu yang popular tu.. Nak berehat kat pantai.? erm.. datang le ke Pantai Cahaya Bulan disebut PCB olih orang sini.

Harap Cik Siti Wan Kembang disini tetap menjaga diri jangan buat seperti suasana berada di Bandar KL.. okey..? faham apa yang saya cakap? nak tahu datang lihat sendiri le.. Kat mana? kat Menara Jam Besar yang baru siap tu..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




December 10, 2011

Nak Dapat Duit RM500 ?

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua... ermm.. maaf lah sebab dah lama tak kemari... bukan apa.. cuma masa tak mengizinkan saya merayau-rayau waktu kebelakangan ini..,

Walau bagaimanapun saya harap anda semua sihat sejahtera setiap hari ye... harap bersabarlah jika ada berlaku apa-apa kesulitan dalam hidup kita, sebenarnya semua itu akan membuat lebih berhati-hati lagi dilain hari.

Saya semenjak ini agak pening sikit.. hal-hal orang bujang..! ermm..!??

Banyak yang saya hendak fikirkan he.. he.. he..

okeh... jumpa lagi. terimakasih yang sudi datang kesini.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




September 25, 2011

Hari-Hari Mendatang Yang Penuh Cabaran.

Assalamualaikum...

Haa.. ape khabar anda semua..? Semoga anda sihat sejahtera disamping orang-orang tersayang, pejam celik.. pejam celik.. tetiba je usia sudah meninggkat! woi... sudah meninggkat sangat oi..

Tu la.. kekadang orang sebut dengan bahasa kasarnya.. tak sadar diri kut.. he.. he.. tapi itu untuk orang yang berperangai muda walaupun sudah tua kan.. kan.. tapi yang ini untuk saya maksudkan kita tak perasan yang usia kita semakin hari semakin meningkat tua!

Bila sudah berumur ni banyaklah yang perlu saya fikirkan untuk memenuhi minda yang semakin sensitif dengan keadaan sekeliling kita. Tentang politik la.. tentang alam sekitar la.. tentang PERKASA la.. dan bermacam-macam yang terpaksa kena fikirkan..!

eemm... ehem.! macam ni semua orang rasa cuma tak nak cakap je kan? kan?..
ok.. kalau orang tak nak cakap biar saya cakapkan.. tapi jangan sangka yang bukan-bukan pulak dengan saya yang lemah ni.. saya ni kan peramah terlampaukan.. akeh..keh.. jangan aksi terlampau dah le..

Ok.. suka tak suka, usia semakin meningkat.. apa nak kata lagi.. cubalah berusaha kearah yang lebih terbaik, terbaik untuk diri sendiri, juga buat yang terbaik untuk orang-orang tersayang.
eemm.. cukup dulu bual kosong untuk kali ini, sudi-sudi lah kemari, jangan malu jangan segan.. letak lah komen barang sekati dua.. he.. he..

Kat sini ada saya kepilkan satu alamat web yang bolih kita download video dari youtube, khas untuk kekawan yang belum tahu lagi web ni.. saya pun baru jumpe web ni.. he..he.. ketinggalan ke saya ne..?
Walaupun gitu anda kena melintasi iklan dahulu.. cuba lah..

Jumpa lagi, wassalam.

Download Youtube Videos



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 22, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Haa.. ape khabar anda semua..? Semoga anda sihat sejahtera disamping tugas tugas seharian, penat dan letih lah pada bulan puasa nih kan..?

Tak mengapalah kerana puasa itu mesti kena buat jugak.., jangan lengah bertangguh nanti dah uzur tentu tak terlarat betul nak mengerjakanya pulak.

erm.. okeh lah,Raya pun dah tak lama lagi akan muncul.. bagaimana persiapan untuk anda? atau sekurang-kurangnya persiapan untuk orang yang tersayang? aaa.. macam biasa saja ke..

Kita sepatutnya bershukur diatas apa yang kita ada hari ini.. setelah kita berusaha kuat dan sekadar ini saja yang mampu kita adakan, terima sajalah.. mudah-mudahan tahun depan rezki kita akan bertambah-tambah! Lagi pun toleh-tolehlah kepada anak-anak yatim yang berraya tanpa kedua-dua orang yang tersayang, lagi sedih kan?

Saya tahun nih.. cuma buat baju melayu sepasang saja.. bab yang tahun tahun lalu masih elok lagi.. mungkin dalam perancangan nak pegi Singapore pada raya keempat nanti.. percaya tak kita nak pegi zoo! heran.. tak de cuma kebetulan kat sana singgah juga lah kat situ.. ini bukan kali pertama ke zoo situ.. tak silap sudah tiga kali, cuma jarak tahunnya saja, kali terakhir enam tahun yang lalu..

Kanak kanak memang suka kat situ.. termasuk saya nih juga.. hehe..

Okey... mari kita lihat apakah yang paling membuka selera anda dihari lebaran nanti, sudah kah membuat persiapan untuk menyediakan makanan ini, atau hanya membeli saja digerai-gerai nanti..?

Siapa yang tidak suka makan makanan tradisional ini kan..? setahun hanya sekali kita merasakanya, jika bukan dihari raya rasanya tidak sesedap dihari raya.

Antara makanan yang disediakan untuk menjamu tetamu di hari yang mulia, hari raya.

Ok. Tak terlalu awal untuk saya mengucapkan Selamat.... Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Semoga hari raya pada kali ini memberi seribu kebahgiaan kepada anda dan keluarga.
Maaf Zahir & Batin.
Jumpa lagi, wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




August 09, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...

Apa khabar semua.. moga anda sihat sejahtera disamping menjalankan ibadah dibulan Ramadhan ini.
Maaf lah, sekarang ni tak dapat lah nak update xaturen ni selalu.. bab banyak benda lain yang memerlukan perhatian yang lebih.

Banyak itu tidak semestinya banyak sangat... ade le.. sikit-sikit.. terutamanya tentang pekara yang kita tidak ingin mengangu difikiran tapi dia datang juga.. kes imosi le ni..
Bila imosi melanda.. erm..

Terima kasih pada semua yang sudi menjengah kesini..
Saya ucapkan selamat berpuasa semua ye.. jangan pulak puasa macam zaman bebudak dulu.. he.. he..

erm... ok, bye.. jumpa lagi.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!