Aku jadi terkedu sekejap bila mendengarkan panggilan yang cukup sedap aku dengar.. Memang kalau nak dikutkan pangkat.. aku memang layak dipanggil abang lah kan... tapi ini lah dikatakan dari mata turun kehati.. he..he..
Aku rasa sangat gembira dan gemuruh dihati.. bila mendengar suara yang sapaan yang kukira bolih mencairkan segala ego aku ketika itu..!
Sampaikan pertanyaannya pun tidak terjawab olih aku, aku hanya sekadar tersenyum.. tersenyum.. saja, sehingga pandangan nya beralih kelain setelah tiada mendapat jawapan dari aku.
Dia terus berbual dengan nenek aku.. sambil memasuki rumah, untuk sebentar aku tidak menuju masuk kerumah bersama mereka, aku melangkah kearah sepohon kelapa condong disebelah tepi rumah tersebut. Aku menarik nafas panjang sambil mataku melerek kearah sawah yang terbentang luas di kejauhan.
Aku duduk diatas batang kelapa condong tersebut, wajah remaja tadi terus mengusik dihati, suaranya terus kedengaran didalam rumah kerana sibuk bertanya itu dan ini kepada nenek, rasanya nenek pun tak terlayan dengan kerenah manjanya terhadap nenek.
erm.. kulit hitam manis, hidung mancung, rambut sedikit kerinting.. dan tubuhnya tengah naik.. matanya jernih dan bulat macam guli.. aduhh... dah ting tong agaknya aku ni..?
Aku bangun dari situ dan melangkah kearah rumah, niat dihati nak masuk kedalam rumah.. tapi sesampai dipintu.. aku tak jadi masuk kedalam, kerana didalam rumah perbualan mereka ada menyebut nama ku.. dan terdengar sedikit suara gadis manja tersebut berkata.. " ee.. mak ni.. " entah apa yang dibualkan mereka aku tidak berapa dengar kerana nada mereka sengaja diperlahankan.
"Awat mai sini..?" aku terperanjat dan menoleh kearah suara tersebut! aku masih lagi tidak menjawab pertanyaan nya. Masa mana sidia datang kearah ku pun aku tidak menyedari. Aku menolih menatap wajahnya sekali lalu.. cantik!
Aku menolih sekali lagi dan menatap kearah wajahnya.. dia menunduk memandang kebawah.. aku terus memandang wajahnya, dan berkata..
"Aku saja mai saja.. nak tenggok adik beradik.. bukan ada apa pun..!" suara aku keluar hampir bergetar..
aduh.. aku sendiri tak tahu nak cakap apa, bila berkaadaan begitu.
Kami terdiam seketika, tidak bersuara. Dalam hati aku berkata.. mungkin dia sudah tahu kenapa aku datang kesitu. Mungkin dia juga telah diberitahu terlebih dahulu akan kedatangan aku kerumahnya untuk mencari pasangan hidup ku.
Tiupan angin sawah lembut dan membelai belai kami berdua.. sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angain, kami masih membisu lagi.. aku menolih kearahnya, dia seakan membiarkan aku memandang wajahnya sepuas puas hati ku..
Ketika dimuka pintu semua mata memandang kearah kami berdua.. "Ha.. masuk.. masuk pi tukar pakai kain.. mandi dulu awat pi dok kat luar..?" kata mak cik aku.
"Ani... hang pi ambik kain bagi kat abang hang tu.." tambah makcik aku lagi.. aduhh.. aku ketika itu jadi tak tentu arah bila menolih kearahnya dan dia menjeling... "Tak pa lah mak cik.. kejap lagilah saya tukar.." kata ku kembali.
"Hang ni no.. tak besa pun hang mai rumah mak cik no..!" tambah makcik aku lagi.
Ani keluar dari bilik membawa baju dan kain dan menghulurpada ku.. tapi matanya menolih kearah ibunya, dan ibunya menolih kearah nenek.. dan berkata.. "Mak.. kak Rokiah la ni dok buat bendang lagi ka?"
Kak Rokiah tu merujuk nama ibu ku kat rumah.. "Ermm... la ni depa dah tak buat sendiri dah.. depa sewa kat orang.." nenek aku menjawab. "Harap kat Karia.. dia mana nak duduk kampung.. " Karia itu merujuk nama aku.
"Erm.. tak pa lah.. bila kawin besok tak payah lagi dok pi KL lah.. duk kampung saja.. Pak cik kau pun dah tak larat nak buat bendang dah.." eee..mak, takkan sebut sebut kawin ni.. kata hatiku..
Aku jadi gelabah.. mataku melirik lagi gadisku yang sedang sibuk didapur menyediakan makan tengah hari. Tetapi pandagan ku terhalang olih dinding dapur.. sebenarnya mereka tak tahu yang aku ni kalau bolih malam tu juga nak kawin... wakaka...
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!