April 21, 2011

Hati Semakin Tidak Keruan.

Aku jadi terkedu sekejap bila mendengarkan panggilan yang cukup sedap aku dengar.. Memang kalau nak dikutkan pangkat.. aku memang layak dipanggil abang lah kan... tapi ini lah dikatakan dari mata turun kehati.. he..he..

Aku rasa sangat gembira dan gemuruh dihati.. bila mendengar suara yang sapaan yang kukira bolih mencairkan segala ego aku ketika itu..!
Sampaikan pertanyaannya pun tidak terjawab olih aku, aku hanya sekadar tersenyum.. tersenyum.. saja, sehingga pandangan nya beralih kelain setelah tiada mendapat jawapan dari aku.

Dia terus berbual dengan nenek aku.. sambil memasuki rumah, untuk sebentar aku tidak menuju masuk kerumah bersama mereka, aku melangkah kearah sepohon kelapa condong disebelah tepi rumah tersebut. Aku menarik nafas panjang sambil mataku melerek kearah sawah yang terbentang luas di kejauhan.

Aku duduk diatas batang kelapa condong tersebut, wajah remaja tadi terus mengusik dihati, suaranya terus kedengaran didalam rumah kerana sibuk bertanya itu dan ini kepada nenek, rasanya nenek pun tak terlayan dengan kerenah manjanya terhadap nenek.

erm.. kulit hitam manis, hidung mancung, rambut sedikit kerinting.. dan tubuhnya tengah naik.. matanya jernih dan bulat macam guli.. aduhh... dah ting tong agaknya aku ni..?

Aku bangun dari situ dan melangkah kearah rumah, niat dihati nak masuk kedalam rumah.. tapi sesampai dipintu.. aku tak jadi masuk kedalam, kerana didalam rumah perbualan mereka ada menyebut nama ku.. dan terdengar sedikit suara gadis manja tersebut berkata.. " ee.. mak ni.. " entah apa yang dibualkan mereka aku tidak berapa dengar kerana nada mereka sengaja diperlahankan.

Lalu kaki melencung kearah jambatan kecil dibelakang rumah menghala kearah sawah, anak anak ikan berenang renang didalam parit dan airnya agak jernih. Laluan titi tersebut seakan digunakan untuk menaiki moto menghala kearah sawah dan menuju kerumah rumah yang jauh jauh ditengah sawah.

"Awat mai sini..?" aku terperanjat dan menoleh kearah suara tersebut! aku masih lagi tidak menjawab pertanyaan nya. Masa mana sidia datang kearah ku pun aku tidak menyedari. Aku menolih menatap wajahnya sekali lalu.. cantik!

Aku menolih sekali lagi dan menatap kearah wajahnya.. dia menunduk memandang kebawah.. aku terus memandang wajahnya, dan berkata..
"Aku saja mai saja.. nak tenggok adik beradik.. bukan ada apa pun..!" suara aku keluar hampir bergetar..
aduh.. aku sendiri tak tahu nak cakap apa, bila berkaadaan begitu.

Kami terdiam seketika, tidak bersuara. Dalam hati aku berkata.. mungkin dia sudah tahu kenapa aku datang kesitu. Mungkin dia juga telah diberitahu terlebih dahulu akan kedatangan aku kerumahnya untuk mencari pasangan hidup ku.

Tiupan angin sawah lembut dan membelai belai kami berdua.. sesekali dia membetulkan rambutnya yang ditiup angain, kami masih membisu lagi.. aku menolih kearahnya, dia seakan membiarkan aku memandang wajahnya sepuas puas hati ku..

Kemudian pusing melangkah kearah rumah dan berkata.. "Mai masuk rumah, tukar baju.. sat lagi kita makan.." dia terus melangkah pergi, sejenak aku merenung kearahnya.. dan perlahan lahan aku mengekurinya memasuki rumah.

Ketika dimuka pintu semua mata memandang kearah kami berdua.. "Ha.. masuk.. masuk pi tukar pakai kain.. mandi dulu awat pi dok kat luar..?" kata mak cik aku.

"Ani... hang pi ambik kain bagi kat abang hang tu.." tambah makcik aku lagi.. aduhh.. aku ketika itu jadi tak tentu arah bila menolih kearahnya dan dia menjeling... "Tak pa lah mak cik.. kejap lagilah saya tukar.." kata ku kembali.

"Hang ni no.. tak besa pun hang mai rumah mak cik no..!" tambah makcik aku lagi.
Ani keluar dari bilik membawa baju dan kain dan menghulurpada ku.. tapi matanya menolih kearah ibunya, dan ibunya menolih kearah nenek.. dan berkata.. "Mak.. kak Rokiah la ni dok buat bendang lagi ka?"

Kak Rokiah tu merujuk nama ibu ku kat rumah.. "Ermm... la ni depa dah tak buat sendiri dah.. depa sewa kat orang.." nenek aku menjawab. "Harap kat Karia.. dia mana nak duduk kampung.. " Karia itu merujuk nama aku.

"Erm.. tak pa lah.. bila kawin besok tak payah lagi dok pi KL lah.. duk kampung saja.. Pak cik kau pun dah tak larat nak buat bendang dah.." eee..mak, takkan sebut sebut kawin ni.. kata hatiku..

Aku jadi gelabah.. mataku melirik lagi gadisku yang sedang sibuk didapur menyediakan makan tengah hari. Tetapi pandagan ku terhalang olih dinding dapur.. sebenarnya mereka tak tahu yang aku ni kalau bolih malam tu juga nak kawin... wakaka...








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 20, 2011

Cinta Pertama Jadi Sembilu.

Satu hari yang cerah dan tenang, cuma sesekali ayam tua berkokok lalok..
hilang ketenangan ku,hari itu, ditambah di sogok lagi dengan leteran Ibu ku supaya bertemu nenek yang tinggal agak jauh dari kampungku sendiri.

Sebenarnya aku jadi keliru samada hendak menurut kemahuan kedua orang tua ku atau tidak. Ini kerana aku sendiri sudah tak bersemangat lagi untuk memilih jodoh ku sendiri..
Semuanya gara gara putus cinta pertama ku. Kalau tidak diikut suruhan ibu dan ayah supaya berjumpa nenek.. selama itulah aku asyik kena beleter saja... "Apa nak jadi dengan kau ni.. takkan nak membujang sampai ketua ha..?" itu kata ayah ku.

Selalu juga ibu aku kata... " Yang sudah tu, sudah lah... jangan dok meraban tak tentu pasal, orang sudah tak suka.. tak payah diingatkan lagi..."
Tapi sebetulnya aku tu tidaklah berapa kesah sangat tentang siapapun bakal calunnya, cuma buat masa itu, aku boring betul dengan apa yang telah berlaku.!

Masa pertunangan putus itu, segala persiapan perkahwinan telah siap sedia, sampaikan jemputan sekampung pun telah di war warkan.. cuma belum edar kad jemputan saja lagi, maknanya orang kampung semua dah tahu..!

Jadi untuk tidak menghampakan permintaan ayah dan ibu supaya aku berjumpa nenek, aku pun pergi lah jumpa nenek di kampung Ceruk Beras, Kuala Ketil. masa tu aku naik moto aku yamaha 88... moto ni jarang ada, sekarang! jangan cari, memang tak ada lagi.. hehe... fuyooo.. berapa punya lama la kesah ni...

Moto tu memang laju lah.. pasal dah tebuk sana, korek sini... "Ha.. hang mai dengan sapa?" itulah pertanyaan awal bila jumpa nenek, mai dengan sapa lagi... dengan moto la.. "Besuk kita pergi rumah makcik kau kat Merbuk.. nenek dah lama tak pergi sana.. Tok panggil hang mai ni suruh teman tok pegi sana, hang pun bukan besa pergi sana pun.. sebelum tok mati, tok nak tunjuk tunjuk lah sedara mara kita mana yang ada..."

Mak cik tu sebenarnya anak nenek aku, lain bapa dengan ayah ku sendiri.. nak kata macam mana ey.. yela.. orang dulu suka kawin, pastu kawin lagi dengan yang lain.. nasib baik tak jangkit dengan aku! mau kalu tidak..!
Tu.. dia.. nenek aku tak mahu naik moto aku la... takut katanya naik moto.. jadi pagi besuknya kami berdua naik bas le pergi Merbuk.. dekat Sg. Petani.

Dalam bas semasa perjalanan ke sana.. habis lah segala kesah hidup nenek dulu dulu diceritakan pada aku, dari muda sampai kawin dengan datok aku, sampaikan macam mana perangai datok aku masa muda pun diceritakan.. maklum la.. perjalanan agak jauh juga.. so banyak le masa..

Akhirnya sampai juga aku kat merbuk tu, dan itu lah pertama kali aku jejak kaki ku kesitu, sesampai kepekan itu, kami singgah warung dulu, sambil nanti kemunculan pak cik aku kepekan. Tapi penantian jadi hampa kerana tidak nampak kelibat orangnya.. jadi menapak lah kami kerumah mereka. Jalan tersebut berada diatas benteng laut.. selah laut banyak pokok pokok nepah serta pokok bakau.. sebelah sini.. luas terbentang sawah padi.. disulami rumah rumah petani kat situ.. pemandangannya memang mengasyikan dan memukau mata memandang.

Tidak berapa lama menapak.. agak agak sesemput ayam bergaduh.. aku dikejutkan dengan suara nenek... "Ha.. tu dia... kita dah dekat sampai rumah depa dah" apa lagi..mata ku mencari cari rumah yang nenek ku maksudkan itu.. nenek seolah olah memahami apa dalam kepala aku.. "Tu.. yang ada pokok riang dot depan titi tu.. tula.. rumah depa.."

Hati aku yang dari rumah lagi tak ada apa apa rasa.. hanya sekadar menuruti kehendak Ibu dan Ayah serta Nenek agar datang kesini... tetapi dengan tiba tiba jantung aku berdegup kencang seolah baru lepas berlari dikejar Angsa..!
Sebabnya aku tahu kat rumah tersebut, aku bakal berjumpa seorang gadis yang dirangcang untuk aku... terjenguk jenguk lah aku mencari dimana kah gerangan gadis itu!

"Tok harap hangpa kenai kenai la.. baik baik.. la ni... keluarga kita makin jauh terpisah.. " pelahan saja suara nenek aku, tapi aku terasa kemahuan nya, penuh pengharapan. "Depa semua orang eluk.. hang saja jaga perangai hang tu..!" tambah nenek lagi. 'eh.. nenek ni macam la aku ni tak eluk sangat.. hehe..

Agak agak sependengaran.. terdengar lah suara menyebut nama nenek.. "Mak...! nenek datang..!" sambil berlari menuju kearah kami.. seorang kanak kanak lelaki dan... dan.. mak oi... bolih tahan juga budak ni..
dengan kain batik serta baju T terkinja kinja sambil memegang tangan nenek aku, mereka berpimpin tangan menuju kerumah, dibawah rumah bedekatan dapur keihatan dua orang dewasa sedang tersenyum menunggu kami..
Aku mengenali mereka berdua.. kerana telah beberapa kali terserempak dimajlis majlis keluarga kami, cuma yang anak gadisnya saja yang aku tidak perasan sangat.

Siapa sangka mereka ada anak gadis secantik ini.. woi... hati ku dah mula suka dengan apa yang aku lihat sekarang..! tiba tiba...
"Mak tak mai sekali ka abang?" haa... dia panggil kat aku abangg... aku rasa macam sayup sayup saja suara itu.. merdu.. manja.. nasib baik aku tidak duduk atas kerusi macam P.Ramli..
Kalau tidak... memang telentang kebelakang... akeh.. keh..








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 18, 2011

Dah Lupa Azam Tahun Baru?

Assalamualaikum...
Salam berbahagia semua.

Harap semua anda sekalian baik-baik saja disamping teman seperjuagan ye...
Hari ni panas terik sangat.. mana bolih tahan.. kalu macam ni selalu..
Mau terbakar badan... ok... dah tak de apa lagi nak merapu..
oh ya.. pada sesiapa yang telah berazam pada awal tahun 2011 dulu tu... masih ingat lagi ke azam tu..? hahaha... jangan-jangan dah lupa kut..!

Baru bulan empat takkandah lupa azam yang telah dibuat kan.. kan..
Saya tahun 2011 tak ada apa azam pun.. macam selalu jugak sering dok ingat nak berenti rokok.. tapi tak jugak berenti...!

Last 2011 tak payah berazam nak berenti lagi.. akeh..keh.. hisap sampai hangit.! walau cam mana pun saya tak le kuat sangat hisap rokok.. agak-agak je.. bab takut juga cepat mati kerana rokok bro...

Susah anak dan isteri saya nanti... yang paling risau tang anak-anak.. bab isteri tak le kesah sangat.. cepat je dapat pengganti kan..kan.. erm...
Yang tidak sedapnya tu.. orang merokok adalah orang 'bodoh' eee... betul ke ni...
ok lah dah penat ni.. nak tido la pulak...sok nak kje lagi..

Sekian. wassalam.


edited23/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!


Hidup Hanya Sebentar, Pilihan Mesti Tepat.

Assalamualaikum...

Salam dan selamat sejahtera saudara saudari sekelian.. apa yang anda cari dalam hidup ini..?

Amboi... hari ini saya mulakan dengan pertanyaan la pulak..
Apa yang anda cari dalam hidup ini..? tak tahu..! tak tahu tak apa.. nanti bolih lah kita sama-sama fikirkan apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini..!
Ok... bolih dikatakan kebanyakan kita hampir tidak tahu apa yang dicari cari dalam hidup ini..! betul tak..?
Mengaku je lah.. atau pun angguk-angguk saja pun tak apa.. sebab tak ada sesiapa yang tahu..

Kenapa tetiba saya dok pi merapu tanya soalan yang macam tu..
Takkan hanya.. hanya.. sekadar habis sekolah kerja.. pas tu ada jodoh kawin.. pastu ada rezeki dapat anak.. pas tu pencen.. dah tua kan.. pastu kita tak tahu lagi nak buat apa dengan masa yang tinggak sikit lagi tu..

So .. kita yang muda-muda ni kena cepat tahu apa yang di cari dalam hidup ini..! jangan nanti dah pencen dan tua kita tak tahu pulak nak buat apa..
Sekurang-kurangnya kita mesti ada sesuatu yang kita nak tinggalkan pada anak cucu kita kelak.. dengan cara itu baki sesikit lagi hidup selepas pencen jadi lebih bermakna..

Usia semakin menghampiri detik terakhir, sebelum itu kita kena menghadapi saat-saat selepas bersara... atau usia tua antara 55 tahun keatas.. so.. jadi.. apakah persediaan yang telah anda buat... ermm...

Ahaa haa.. jangan lah susah hati.. pelan-pelan kita fikirkan bersama ye..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




April 16, 2011

Simpanan File Kat Alam Maya.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua.. apa khabar hari ini? semoga anda semua baik-baik belaka..!

Hari ini kerja saya agak memenatkan.. jari jemari dah penat.. *alasan je ni..bab dah tak tau nak tulis apa lagi* akeh..keh..keh.

Dipendekan cerita.. ni saya nak bagi tahu kepada yang belum tahu.. ataupun yang belum sedia maklum.. yang kita sebenarnya bolih menyimpan segala file file kita kat internet sana!
Kita bolih juga simpan segala video file yang melambak lambak tu.. juga gambar gambar kenang kenangan kita tu. Selama ini mungkin simpan kat computer atau HD.. tapi kekadang HD bolih spoil.. dan kita tidak dapat nak ambil kembali file-file tersebut....

So.. tak apa.. sekarang ada tempat simpanan maya.. jadi tak perlu risau tengtang file-file kita tu.. semuanya selamat kat 'Dropbox' sana... bila-bila masa juga dan dimana mana asal ada capaian internet anda dengan mudah mengambil kembali segala file tersebut! menyenangkan diri anda kan?

Cubalah, sangat mudah membuatnya .. just macam biasa kita daftar satu 'space' untuk kita.. ada 'password' serta 'username' file anda selamat.

Sama macam daftar email yahoo.. saja..
Bila daftar kita bolih download dia punya 'Folder Dropbox' dalam kita punya computer.. pastu siap.. mana-mana fail yng kita nak simpan.. cuma perlu cut and paste kat dalam folder 'Dropbox' tersebut.. ok dah siap...
Ok.... kepada sesiapa nak cubatest.. bolihlah melawat dan baca lebih lanjut di website dropbox kat sini..
Semoga berjaya!

Welcome to Dropbox!
Always have your stuff, wherever you are.


edited23/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!