December 10, 2010

Beringat sebelum kena, terima walaupun pedih.!

Assalamualaikum..
Salam hormat dan salam sejahtera semua...
ermm.. ape khabar semua.? semoga semua kekawan berada di dalam keadaan yang memuaskan.
Kalaun tak memuaskan kat mana-mana sila lah perbetulkan sendirilah ye... sapa nak tolong perbetulkan, kalau tidak diri sendiri ye tak..?
ermm.. ada masanya kita jangan cepat marah atau pun cepat merajuk jika telinga kita ni tertusuk dengan kata-kata atau teguran yang tidak enak tentang diri kita... malah kita sepatutnya berteriama kasih kerana mereka ini telah mengejutkan kita dari lamunan.. apabila komen terusterang terhadap kita, mungkin tak sedap kita dengar.. almaklum le.. kita selalu ingat kita ni perfect atau pun dah sempurna dan tak perlulah ada orang sibuk nak tegur kita kan..
contohnya dah puas hidup..? memandu pun masih nak bermesej-mesej..?
aaa.. ada ke orang tegur kita macam tu ha... tak da kut... he.. he.. ini cuma contoh je...
kalu kita dengar cam ni tentu ada orang yang tak suka atau tarik muka masam... wal hal walau pun pedas tapi sangat berguna untuk kita perbetulkan sikap kita yang mengabaikan keselamatan diri hanya semata-mata nak bersms yang tidak berapa sangat berfaedahnya pada kita tu.. sedangkan nyawa kita bolih melayang dengan sebab mesej tu... eee tak mau lah saya.. adakalanya kelalaian kita tu turut membunuh atau memudaratkan hidup orang lain juga...
Selalu juga saya nampak oramg ramai bersms semasa memandu atau menunggang moto.. selalunya dalam lenhkugan usia 30an kebawah.. yang paling sedih budak sekolah.. belasan tahun.. perempuan..! kalu lihat pada rupa paras mak oi... come lote... idung mancung.. putih gebu.. walaupun nyawa lelaki ke perempuan ke.. semua sama penting nya untuk bangsa dan negara.. nak di maksudkan kat sini.. betapa lah Ayah dan Ibu sangat menyayagi diri pemuda pemudi ini... kat rumah nyamuk pun Ibu Bapa tidak izin kan mengigit nya.. tapi mereka sendiri tidak mahu menghargai nyawa sendiri, apalah sangat dengan mesej sesama kawan tu.. sampai rumah nanti balas le mesej tu.. atau pun kalu penting sangat berhenti saja kat tepi jalan.. kan lebih selamat..
erm.. saja saya bangkitkan hal ni bukan ape.. sayang banyak sangat kemalangan yang keluar kat berita.. apalagi berita tabloid..! kesian.. dah le mati.. mati dalam keadaan ngeri dan dapat dilihat satu dunia tu... dua kali kesian le... ok lah paper tu nak cari makan... lagipun tak de pulak garis panduan yang perlu editor-editor tu nak ikut..
okey lah... dipendekan cerita, tolong sanyangilan diri anda dan insan yang menyayagi diri anda dengan tidak bersms semasa memandu atau menunggang motosikal.!
sekian, wassalam.
ermm.. macam tu le cerita nya .. heh..

December 08, 2010

Makin Lama Makin Kembung

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan salam hormat semua..
erm.. apa khabar anda semua hari ini? ada baik ka..? harapan saya semoga anda semua berada didalam keadaan yang baik dan memuaskan setiap hari.. ermm... kalau ada sedikit masaalah tu.. biasa lah kan.. mana ada orang tak de masaalah.. macam saya ni.. fuiih....! masaalah tak pernah habis... pas satu, satu masaalah datang..
kekadang tu dah cuba dari awal supaya tidak terlibat dengan apa apa masaalah... buat yang terbaik..! pun ada juga masaalah.. habis tu macam mana..? agaknya dah memang bermasaalah kut.. he.. he.. he...
cuma masaalah saya tu tak le berapa berat pun... ala ala kadar je.. tapi pun pening juga nak selesaikan...

Bab masaalah ni saya terharu lah sikit dengan kesah Emak dan Ayah pada bebudak yang lari ikut jantan indonesia tu... mana taknya tengok gaya bebudak tu cerdik dan bersekolah lah kan.. mana ada dalam Malaysia ni bebudak tak sekolah.. hiss.. mengarutlah kalu ada... sedikit sangat bilangan orang tidak bersekolah..!

Akan tetapi kenapa semakin pandai sekolah, semakin pendek pikiran bebudak tu... yang dok lari dengan mat indon tu buat apa..? dia orang yang datang kat sini tu kebanyakan orang yang susah... jangan dok pecaya la kelengtong dia orang yang mengaku anak orang kaya-kaya tu.. itu cuma modal air liur yang depa ada untuk memikat gadis-gadis kat sini supaya lari ikut diorang balik indon...

Kekadang tu ada semacam meluat pun bila kenang-kenang betapa mudah nya diperdaya macam itu.. heh.. jangan marah kaum gadis.. saya tak mengata semua gadis cam tu.. Muka masuk tv siap buat sedih... konon mintak tolong dibebaskan... dah nak balik Malaysia sebab tidak tahan dengan kehidupan di sana nun.. mandi air perigi oi... masak pakai sabut kelapa..!

Bila dah selamat bawak balik sini.... atas bantuan pelbagai pehak.. bukan terimakasih yang dapat... tapi.. tolong juga bawak suami saya (mat indon) tu ke Malaysia, saya cinta.. dia.... nak tau punya menyampah.., mamat-mamat kat Malaysia yang susah-susah tolong bawak minah tu balik sini.. kalau ye pun dok cinta... mat indon tu.. tak usah lah dok cerita kat berita.. bagi semua orang tahu..! dia pandai kelentong hang sampai buncit perut... biar lah dia usaha macam mana nak hidup dengan awak..  tak kan lah laki hang pun kami nak timang-timang sayang pi cucuk hang, kalau tak silap saya... kebanyakan lelaki kat sini boring kalau dengar ada pompuan malay lari ikut mana-mana mat-mat pekerja asing..

Tak cukupkah dengan mamat malay yang melambak-bak ni.. heh..
Tak terkecuali saya ni... ahak..ahak...
Wassalam.

                                                         Anak-anak nelayan Lombok.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




November 12, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam hormat semua ye...

Moga anda semua sihat waiafiat semuanya... walau macamana pun hari ini saya tidaklah berapa sihat sikit..
ala.. cuma sikit saja.. bukan pe masa dok sibuk keje.. hujan pun turun lah gerimis gerimis.... apalagi.. terus tangkap le kat kepala saya ni... erm.. tak le kuat sangat... cuma rasa lenggoh kat belakang leher ni...
kalau dapat dipicit-picit pergh..... memang best tul...
erm... sapelah nak tolong picit ni ye..?

Jawabnya kena pekena panadol le apa lagi... ok lah... cukup dulu kali ini.
Selamat Menyambut Hari Raya Haji....

November 08, 2010

Projek Jambatan Kolam Bukit Merah - Kami telah berjaya.!

Assalamualaikum serta salam sejahtera semua.

erm.. terima kasih kerana masih sudi menjengah keblog saya ini..
maaflah bab agak lama juga saya mengupdate, bukan apa.. cuma saya tak mempunyai kesempatan dan masa tidak mengizinkan disamping kerja yang melambak yang perlu diutamakan..
Ye.. lah kita mesti mengutamakan yang utama dahulu kan.. kalau tidak camana nak sukses dalam kehidupan.. cewah..
tapipun memang betul.. kita mesti mempunyai sikap yang seperti itu baru kita bolih berjaya didalam apa-apa impian pun. Kalau kita tidak bersikap begitu nanti bercelaru dan semua tak dapat..
Macam kita yang bekerja mestilah utamakan kerja.. yang masih belajar misalnya, haa.. utamakan hal-hal pelajaran le dulu.. akeh.. keh..
Jangan le dok beblog saja kan.. nanti masa hadapan terblock lah pulak.. kan nyaye..

okey.. jangan dok pikir sangat.. angaplah dia sebagai angin yang lalu, dia bertiup dan berbunyi sesuka hati..

erm.. hari ini saya nak bagi anda semua menatap sedikit gambar yang kami ambil buat kenangan, dan lain-lain gambar yang berkenaan.



Anda bolih lihat bagaimana gembiranya mereka meraikan kesudahan penat lelah mereka selama ini.. selepas ini mereka perlu berkerja lebih gigih lagi untuk mrnyempurnakan kerja-kerja yang masih berbaki bagi menyelesaikan sehingga ke peringkat terakhir.


Kerja-kerja menarik besi ketengah tasik, yang dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak merosakan lagi alam sekitar. Kebersihan kawasan tasik adalah paling diutamakan di tapak perojek ini.
erm.. cukup dulu untuk kali ini.. sehingga jumpa lagi..
Wassalam.

November 01, 2010

Indah nya sekuntum bunga..!

Assalamaualaikum.
Salam hormat semua ye...
Indah nya sekuntum bunga, ramai pelukis menjadikan bunga sebagai motif karya mereka. begitu juga dengan peminat photograph, tidak ketinggalan para penyair.. betul ke ni..!!
Nenek saya diberikan nama bunga olih moyang saya. Olih kerana mereka berpisah tak kala mereka mendapat anak pertama mereka iaitu Ayah saya. Maka nama Bunga masih digunakan apabila mereka berjumpa. Pernah saya dengar Atok lelaki bertanya Nenek ketika mereka bertemu dirumah saya. Atok tanya cam ni..
"Bila hang sampai Bunga?" perh... Bunga tu.. nostalgia mereka la tu.. cuba perhatikan betapa wanita atau gadis diumpamakan sebagai Sekuntum bunga.! betapa hebatnya saorang wanita kampung pada masa itu.


Tapi bunga-bunga zaman sekarang lagi bertambah hebat.. sangat hebat sehingga bolih buat macam mana yang orang lelaki bolih buat..!! adakala nya orang lelaki pun tak sanggup nak buat.. akah..kah..
Seperti yang berlaku tak lama dulu.. kes tu masuk mahkamah jadi berita, macam lelaki juga kawin dua serentak..! memang hebat tu...


Harapan saya bunga-bunga sekarang jangan le jadi cam tu.. erm.. maap la saya tak tuju kat sapa-sapa pun, cuma terasa nak tulis saya tulis je.. hehe... mungkin pening sikit kut.. bab baru makan KFC tadi ahak.. hak..


Bunga oh bunga idaman hati ku.. bukan nya bunga oh bunga.. bunga layu..


Bunga melur diatas tanah, harum mewangi daun merendang.
Tangan dihulur tanda peramah, Tidak kah nanti salah di pandang?
jawab jangan tak jawab.. alahai..

Permandagan ini berhampiran kediaman saya diselatan semenanjung. Gambar ini saya masukan dalam web tripod.com saya. Masa tu kali pertama buat website, camna pun kalau guna tripod senang buat. tetapi sekarang web tu dah tidak bolih edit lagi. dah kena bayar tak de free lagi.. kedekut le tu.. hehe..

Malam saya akan ke Perak semula. ok.. jumpalagi..!
Wassalam.