September 11, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Salam hormat dan salam sejahtera semua!
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat serta semua kawan dan sahabat yang saya mengenali saya didalam wadah blog ini.
Bagaimana sambutan anda pada tahun ini?
Diharapkan anda semua bergembira disisi keluarga serta teman-teman sealiran pada sambutan Hari Mulia kali ini.
Saya mohon maaf kerana sudah lama saya tidak mengupdate blog saya ini, saya merasa sangat sedih kerana tidak dapat aktif seperti sebelumnya, walaubagaimanapun saya akan cuba memberi masa untuk hadir disini sekerap mungkin!
Masa saya sekarang sanggat terhad sekali.. bagi rakan blog yang aktif saya harap teruskan lah minat anda itu, saya harap anda terus mendapat yang terbaik dalam hidup anda!
Dengan ini saya menyusun jari memohon ribuan ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa saya selama berbelog ini, saya ucapkan
SELAMAT HARI RAYA dan SELAMAT BERBAHAGIA SELALU.
August 22, 2010
Test Untuk Kod Tukar Link.
Assalamualaikum,...
Salam pagi sabtu yang ceria,..
pelik tapi benar! sebenarnya saya benar-benar malu nak buat link untuk blog xaturen ini,..
Saya selalu terpikir macam lah blog dia ni best sangat sampai nak ada links khas macam ini,..
Kalau anda perasan dah lama saya buat link untuk dottwin.com,.. so,.. dengan rendah hati saya letakan link saya ni kat sini,.. ada sesiapa yang berkenan sila ambik saja,.. saya harap link ini menjadi le,... kalu ada problem tipon bagi tahu saya okey,.. saya terima kasih!
Salam Ramadhan iklas dari xaturen!
wassalam.
klik pada tulisan dalam kotak 👆, select all, copy kemudian paste atau tampal diblog anda, terima kasih.
maka kelihatan 👇 logo dan linknya.
disunting Fri 25 Aug 2023 💝
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
August 21, 2010
Atmosfera Bumi
Atmosfera Bumi ialah suatu lapisan gas yang melitupi bumi, dikekalkan di tempatnya oleh graviti bumi. Atmosfera melindungi hidupan di Bumi dengan menyerap pancaran solar ultraungu ], memanaskan permukaan menerusi penahanan haba (kesan rumah hijau), dan mengurangkan suhu lampau di antara siang dan malam (kepelbagaian suhu harian).
Kajian tentang atmosfera mula-mula dilakukan untuk memecahkan masalah cuaca, fenomena pembiasan sinar matahari ketika terbit dan tenggelam, serta kerdipan bintang.
Dengan peralatan yang sensitif yang dipasang di kawasan angkasa, kita dapat memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang atmosfera serta fenomena-fenomena yang terjadi di dalamnya.
Atmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu): nitrogen (78 %) dan oksigen (21 %), dengan sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya.
Atmosfera melindungi kehidupan di bumi dengan menyerap radiasi sinaran ultra-lembayung dari matahari dan mengurangkan suhu ekstrem di antara siang dan malam. 75 % dari atmosfera bumi ada dalam 11 km dari permukaan tanah.
Atmosfera tidak mempunyai sempadan mendadak, tetapi menipis perlahan-lahan dengan bertambahnya ketinggian, dan tidak ada batas pasti antara atmosfera dan angkasa lepas. Garisan Karman, pada 100 km (62 batu), sering juga digunakan sebagai sempadan antara atmosfera dan angkasa.
Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, yang dinamai menurut fenomena yang terjadi di lapisan
tersebut.
Peralihan antara lapisan yang satu dengan yang lain berlaku secara bertahap. Lapisan udara ini boleh
dibahagikan kepada:
Troposfera
Stratosfera
Mesosfera
Termosfera
Eksosfera
Tekanan atmosfera
Tekanan atmofera disebabkan oleh udara juga mempunyai berat. Ini bermakna tekanan atmosfera berbeza mengikut lokasi dan masa kerana jumlah udara (dan beratnya) di permukaan bumi berbeza mengikut tempat dan masa.
Secara kasarnya, tekanan atmosfera jatuh kira-kira 50% pada ketinggian altitud 5 km (ataupun jumlah berat atmosfera di bawah 5 km adalah separuh daripada jumlah berat keseluruhan atmosfera).
Tekanan atmosfera biasa di permukaan laut ialah sekitar 101.3 kilopascal (kPa) dan dipanggil 1 Atm.
Komposisi atmosfera bumi
Baca Lagi Sini!
August 20, 2010
Salam Ramadhan, Bulan Mulia.
ermm.. hari ini terpaksa kena singgah bazar ramadhan kerana anak kirim kuih berbuka!
Nampak nya hari ini saya balik awal le... lepas tip top ni dah nak balik le.. nak cari makanan apa yang patut untuk hidangan berbuka nanti,.. okey.. semoga anda selamat sejahtera selalu disamping orang-orang yang tersayang,.. jari jemari dah mulus nak menaip hehe....
ermm... selamat berpuasa,.. wassalam.
Marhaban Ya Ramadhan.
Salam bahagia dibulan puasa ini,..
khas buat teman-teman yang sentiasa cergas dan ceria walaupun kita berpuasa,..
Hari ini tempat saya hujan lebat dari pukul sepuluh lebih sehingga pukul dua petang,.. jadi keadaan seperti ini memberi kelebihan bagi yang berpusa, kerana cuaca sejuk dan kurang kita merasa haus,.. lapar tu dah tidak rasa sangat,.. sebab dah banyak hari dah berpuasa kan,.. yang susahnya cuma nak menjaga mata, hati dan mulut supaya sesuai dengan keadaan kita yang berpuasa,..
Hari ini tadi saya tak pergi bazar kerana takut pahala puasa berkurangan,..hehe.. maklum lah kat bazar tu ramai manusia,.. jadi ada bermacam ragam nya,.. saya ni kuat komplen,.. kut nanti saya lihat sesuatu yang tak kena, hati saya nanti cepat saja nak komplen orang punya hal,.. eee... lebih baik tak payah pergi,... lagi pun leh le jimat cermat sikit,.. hehe..
Hari selasa lepas ada singgah bazar sekejap,.. mendung saja muka orang yang berjualan kat situ,.. mau tak nya, hujan lebat memanjang,.. orang tak ramai datang, belambak jualan kat atas meja,.. alahai cian pulak saya tenggok,.. sabar je lah pak cik mak cik ye,... sudah adat meniaga,.. ada pasang surutnya,..
Mata dah tak larat nak celik ni,.. adehh,...
Besok nak gi keje awal sikit ada banyak kerja menanti,..
Mungkin saya kena ke Perak hari isnin ini,.. pergh,... tak boleh tunggu lepas Raya ka tokey,...?
waduhhh... makin jauh le pergi nya saya bulan-bulan posa ni,..
Tapi tak mengapa dah kerja nak cakap apa lagi,.. huhu...
okey jumpa lagi,.. wassalam.