June 28, 2010

Ibrahim 'gedebe politik' - Khairy

REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menarik balik gelaran 'Jaguh Kampung' yang telah diberikan kepada Presiden Pertubuhan Peribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, tetapi telah mengantikannya dengan gelaran baru iaitu 'gedebe politik' (samseng politik).

Khairy juga bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Datuk Ibrahim Ali yang disifatkan sebagai penhalang konsep 1Malaysia.
dengan menambah "Saya menyesal panggil dia sebagai 'jaguh kampung' sebab apabila saya teliti betul-betul dia sebenarnya tidak layak dipanggil jaguh kampung, sebab gelaran itu terlalu mulia bagi nya, tetapi dia hanya layak dipanggil 'gedebe politik' murahan.
Khairy berkata demikian selepas menhadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pegerakan Wanita, Pemuda dan Putri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.

Tegas Khairy, beliau tidak mempunyai sebarang masaalah dalam mempertahankan hak orang Melayu, tidak perlu dilakukan dalam kaedah yang agresif.
Beliau menambah, sekiranya UMNO tidak menjauhi gerak-geri dan rentak Ibrahim, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap Barisan Nasional (BN).
Kita kena pastikan bahawa sokongan terhadap BN datangnya dari semua pehak iaitu Melayu yang progresif serta Cina dan India.
"Ingin saya tegaskan yang kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara Ibrahim yang boleh melukakan hati ramai pehak bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain",katanya.
Jelasnya, sebagai saorang pemimpin muda, beliau berasa tercabar dengan 'serangan' terhadap dirinya dan pasti akan 'membalasnya' semula.

-
Saya Kata: jelas sikap yang kurang elok memang dah tersedia ada pada En. Khairy.
Dia mudah membuat sesuatu keputusan dengan tidak memikirkan dengan sedalam-dalamnya terlebih dahulu kesannya! Sebagai contoh, ialah dengan penarikan gelaran yang telah diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali iaitu 'jaguh kampung'. Dan dia menyesal mengelarkan Datuk Ibrahim sebagai 'jaguh kampung'. ini jelas menunjukan dia sememangnya tidak peduli dengan hak mejority orang Melayu!

En. Khairy tidak mahu dengar ada orang Melayu yang menentang usul yang dicanangkan oleh kaum-kaum lain, walaupun usul tersebut sedang mengikis keistimewaan orang Melayu. Yang dia semua orang sokong dia, dan jika dia mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain dan ditambah sokongan Melayu Elit, Melayu Progresif maka mudahlah dia mengapai impian keperingkat yang lebih tinggi dalam 'Pentakbiran Negara'.
Lihat lah sekarang lagi dia sudah berani mengecop Ibrahim Sebagai 'gedebe politik' bayangkan jika dia mempunyai kuasa lebih besar?

Janggan harap dia hendak mendengar nasihat bekas-bekas pemimpin Melayu yang lain, dan dikala itu, baru semua anak cucu orang Melayu yang sekarang menyokong En. Khairy makan ubi dengan pisang bakar saja! Kerana En. Khairy dah jadi ketua besar dia tak peduli siapa kamu, yang dia peduli siapa yang menyokong dia, zaman globalisasi dalam pinpinan En. Khairy tidak memilih siapa! asal dia 1Malaysia rebutlah sendiri peluang yang ada! Nak korek, koreklah seberapa banyak keuntungan asal bayar cukai, nak belajar, belajarlah seberapa tinggi asal kau ada duit, nak beli belilah seberapa banyak yang kau suka asal kau ada duit!

Sekarang saja keadaan dah semacam ini, seperti yang semua Orang Melayu tahu! berapa banyak tanah rizab melayu dah kena beli dengan orang bukan melayu? nak tunggu En. Khairy nak membela..! kantoi la..
gula saja.., sapa punya kuasa? kenapa tidak ada kaum yang mengutuk pasal gula tidak ada?

-
kat bawah sini saya lapirkan siapa yang memuji En. Khairy. dan link web 'Malaysiakini'.

Kgen: I certainly side with Umno Youth chief Khairy Jamaluddin over the 'village idiot' Perkasa chief Ibrahim Ali. This racist has nothing in common with the rural Malays - he does not defend them, he is only using poor Malays as a front for his defence of rent-seeking for himself and his like-minded friends.

Leon Chan: Dear Khairy, your education qualification is far more superior than the 'jaguh kampung'. I believe Malaysians will be 100 percent behind you if you join Pakatan. Your liberal views can never be accepted by the ultras in Umno.

Cala: Kama Mustaffa, your comment is fair. I grow up at the fringe of Malay kampungs and I know how the poor suffer. The poor, to be exact, are still languishing in poverty today unless they have educated children who can later land themselves jobs with the civil service. I will be the first to stand up for these rural poor for the poor transcend across all ethnic groups.

Artchan: Now at least there is one Malay who dare to stand up to the 'gangster' Ibrahim. Even Najib has no guts to face off with Ibrahim. I may not like KJ, but at least he has courage, which is sadly lacking in many Umno fellows.

Myrights: Way to go Khairy! Ibrahim's intellect is no match to you. After all, he is only where he is today because of PAS and now, he is just carrying the racism torch for Dr Mahathir Mohamad. He is a nobody if not for Dr M. Once Dr M is gone, he will be blown away like the dirt in the wind. Keep it up, Khairy.

Tan Kian Khim: For the first - and possibly only - time, I find myself agreeing with Khairy. Ibrahim Ali is nothing more than a village thug, the local equivalent of a redneck Ku Klux Klan leader, whose sole raison d'etre is to cynically inflame communal tensions for the purpose of extorting wealth for himself, his cronies and his patron saint Mahathir.

dan baca lagi! Malaysiakini

June 27, 2010

Khairy Cuma Penyibuk - Ibrahim

Encik Khairy Jamaluddin menyifatkan Encik Ibrahim Ali iaitu selaku Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai jaguh Kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Encik Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sebelum ini telah menyokong kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Encik Khairy juga mendakwa tindaktanduk atau pendekatan yang diambil oleh 'PERKASA' terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Dia (En. Khairy mewakili Pegerakan Pemuda Umno) tetap mempertahankan isu yang diketengahkan (isu biasiswa JPA) oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong (Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran) serta turut dilapurkan berkata, pendekatan yang diambil oleh Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan (Ibrahim Ali) sudah ketinggalan zaman dan tidak laku lagi diguna pakai dalam era globalisasi ini.

Encik Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyebuk, kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputra dalam isu biasiswa.
"Kenapa tiba-tiba dia (Khairy) mempertahankan Ka Siong sadangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu, kerana saya percaya lapuran akhbar tidak silap.
En. Ibrahim menambah, dimana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, iaitu Datuk Ahmad Ismail dihentam hebat kerana membela Melayu?
Beliau (Ibrahim) juga mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO.
-
Saya ingin menambah jika banyak bilangan manusia seperti En. Khairy yang memimpin serta mewakili Orang Melayu saya percaya tidak lama lagi, Melayu hanya akan tinggal nama saja. Sebab mereka seperti ini hanya mementingkan politik dan menyokong mana-mana pehak sekalipun asalkan cita-cita besar diri sendiri akan dicapai.
Semua orang mahu jawatan besar, pangkat besar tapi, anda sebagai pemimpin yang mewakili orang melayu, dalam pada mengejar pangkat dan jawatan, pikir-pikirkan lah nasib orang melayu..
Jangan dengan sewenang-wenang membiarkan anai-anai merayap sesuka hati, kelak satu rumah akan roboh tanpa disedari.. insaflah, sudah banyak hak orang melayu hilang begitu sahaja! insaflah.. wahai pemimpin Melayu!
-

Sunshine Sunday!

Selamat Hari Minggu Yang Ceria. Sunshine Sunday!

hi... Salam semua! Pagi ini saya nampaknya duduk umah je lah.. paling jauh pun pergi kat kampung belakang sana tengok2 lah apa yang patut, tebas-tebas sikit ke.. nak membodek pokok durian tu, maklum la ada dua tiga biji kat atas tu kan.. ini dusun bapak mentua.. bukan saya punya... saya punya ada la sikit nun jauh kat utagha sana nun.. nanti kalu pecen, cadang tu nak stay kat sana la for de and! hu.. hu.. so kalu ada blogger yang dah pencen juga nanti leh la kita joint kat Masjid disana nanti..
Pagi ni tak de ape nak komen. ni cuma nak ubah kan sponsor rabak! nuffnang kat atas sini, pasal dia tenggelam kat bawah...
ermm... kalu ada senang sila klik kat Video Clip! mungkin boleh menghiburkan hati anda yang.. akan menambah lagi keceriaan lagi.. lagi.. dan lagi..

ayah tukaren....?

Uruguay 2 South Korea 1

PORT ELIZABETH, June 26 (Reuters) - Uruguay 2 South Korea 1 - World Cup second round latest. At Nelson Mandela Bay Stadium.
Scorers
Uruguay: Luis Suarez 8, 80
South Korea: Lee Chung-yong 68
Halftime: 1-0; Attendance 30,597
Referee: Wolfgang Stark (Germany)
Follow all matches live at http://live.reuters.com/Event/World_Cup_2010
(Editing by Patrick Johnston)


Uruguay's goalkeeper Fernando Muslera reacts on the pitch during the 2010 World Cup round of 16 football match Uruguay vs. South Korea on June 26, 2010 at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth.


PORT ELIZABETH, SOUTH AFRICA - JUNE 26: Park Ji-Sung of South Korea is closed down by Jorge Fucile (L) and Diego Lugano of Uruguay during the 2010 FIFA World Cup South Africa Round of Sixteen match between Uruguay and South Korea at Nelson Mandela Bay Stadium on June 26, 2010 in Nelson Mandela Bay/Port Elizabeth, South Africa.


Uruguay's midfielder Alvaro Pereira (C) vies with South Korea's midfielder Lee Chung-Yong (L) and South Korea's defender Cha Du-Ri during the 2010 World Cup round of 16 match Uruguay vs South Korea on June 26, 2010 at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth.

June 26, 2010

Kes Allahyarham Adik Mohamad Naim Mustaqim. 1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan.

Hi.. salam sejahtera!
Bagaimana dengan hari anda pada hari ini?
Diharapkan anda senantiasa berada didalam suasana yaang mengembirakan, apatah lagi ditemani anak-anak yang sihat comel, muda belia dan aktif dengan aktiviti remaja mereka. dan anda yang masih single atau masih bujang lagi, pandai-pandai lah cari pasangan,

walaupun jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan, kita dikurniakan akal fikiran yang boleh kita gunakan, so... berusahalah.. tidak semesti nya kita pandang pada rupaa paras semata-mata.. pilihan seharusnya berada tahap sederhana...

..yang logiknya kita tidak akan mendapat pasangan yang betul-betul dengan sesuai, memang tidak akan dapat, tok sah mimpi la... asal siping-siping pun kira ok la... kalu ada kekurangan sesama lah me_ repair  nya,.. sebab itu lah Manusia ini di kurniakan akal yang untuk digunakan..

jangan lah bila anak dah berderet... sanggup lagi becah belah.. yang jadi mangsa adalah anak-anak kesian mereka, gunakan akal untuk mengatasi masaalah.. bukan ikut napsu dunia belaka.. sampaikan ada orang tua-tua berkata.. 'bila dah ada anak-anak, hidup kita adalah untuk mereka'

.erm.. bagi yang masih bersekolah tu... jangan dok pikir yang lain-lain.. tumpukan 88% untuk target hendak score yang cemerlang dalam semua subject, dah pegang Ijazah.. diploma ke.. pastu pikirla... nak cari jodoh.. ye tak..? erm.. ok, ini nak sambung bab semalam... bab allahyarham adik Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, nak perbetulkan ni, perbuatan mereka bukan tahap membuli..

.mereka sebenarnya 'membunuh' jadi hukuman yang keras wajib kenakan keatas mereka-mereka tersebut!
kalau iye pun nak membuli.... ala-ala kadar lah sikit.. jangan lah 'buli bunuh',
Tindakan iaitu 1 digantung sekolah, 4 kena tindakan, tak paham la.. macam cakap lepas je.. nak bagi orang awam senang hati ke?

sedangkan mereka ditahan reman..? mana satu yang betul ni?.. lagi satu.. angaran kejadian pukul 10 setengah lebih... bagi rawatan pukul 1 lebih.. ke? bagi tahu keluarga pukul 2 lebih.. kata dah bagi tindakan segera untuk menyelamat? dari pukul 10 sampai pukul 1.. berapa jam tak sedar diri kesaorangan?

Jika kumpulan 'pembunuh' tu cepat bagi bantuan dimasa itu juga...iaitu masa katanya jatuh, kepala kena kelantai.., munkin satu nyawa dapat diselamat kan, Cuba duduk disebelah Ibu Bapa Allahyarham, apa perasaan anda? lagi satu.., kalau hendak buat apa-apa kenyataan akhbar.. buat lah yang betul-betul.. ok.

Ini saya yang bercakap macam ni.. apa lagi kaum kerabat Allahyarham!
Cuba katakan begini: "kelima-lima pelajar yang disyaki, kini ditahan reman selama tujuh hari, untuk siasatan. Siasatan masih dilakukan dengan cermat dan teliti supaya yang bersalah tetap akan menerima hukumam yang setimpal dengan kesalahan mereka" harap semua pehak bersabar. 

.... tak usah lah dok itu la..ini la.. belum dapat lapuran dari keluarga mangsa la.. berbunga-bunga yang makin membuat lengit telinga dengar.!
erm ok lah...jumpa lagi. 

1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan,

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas.
Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.

Kelima-lima pelajar berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan membuli hingga menyebabkan kematian, Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sebagai perbuatan jahiliah.

“Kami mengambil tindakan serta-merta dengan menggantung seorang pelajar MTD dipercayai dilihat menendang mangsa, manakala empat lagi akan dikenakan tindakan keras.

“Selain itu, mereka juga akan dikenakan tindakan di mahkamah ketenteraan kerana mereka adalah putera (pelajar kolej ketenteraan),” katanya ketika menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, penahanan semua pelajar terbabit dilakukan bagi menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes membuli mangsa hingga menyebabkan kematian.

“Polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mangsa disebabkan kejadian buli atau dera.

“Kalau dilihat luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka, bagaimanapun kami akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Abdul Samah berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada keluarga pelajar berkenaan berhubung kejadian itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kejadian ini yang pertama berlaku dalam tahun ini, namun tidak dinafikan terdapat laporan mengenai pergaduhan membabitkan penuntut institut pengajian tinggi di ibu negara sebelum ini,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang pelajar MTD Sungai Besi, meninggal dunia dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior selepas kepalanya terhantuk pada lantai sejurus ditendang pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri.
[sumber berita, akhbar tempatan]







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!