Mac 31, 2023

Awal Dan Akhir Satu Kepastian Jika Ada Usaha Disitu Ada Kejayaan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera selamat berpuasa,

ketika berpuasa banyak cabaranya terutama cabaran untuk menjaga kata-kata kita supaya tidak berkata-kata yang bolih mengurangkan pahala puasa kita.

Baiklah, anda terasa penat hendak baca banyak-banyak?.😅.. okay jom kita terus ke artikal saya hari ini. Hari ini kita bercerita tentang pembinaan rumah ditanah sendiri dengan kos yang sangat berpatutan dengan kuality kerja yang sangat bagus dan memuaskan.

Pembinaan rumah ini diuruskan sepenuhnya

olih Encik Zaidi Aziz bermula dari plan rumah dan mendapatkan bahan binaan dari pembekal bahan binaan dengan harga lebih rendah dari pelanggan biasa.

Hanya bahan binaan yang berkuality digunakan, termasuk pemilihan jenama semen dan batu-bata. Juga pengalaman berpuluh tahun didalam kerja-kerja pembinaan membolihkan teknik-teknik binaan yang memberi kekuatan rumah untuk bertahan lebih lama.

Jika berminat untuk menggunakan khidmat Encik Zaidi Aziz sila hubunggi nombor 011-5500 4718 . walau bagaimanapun, khidmat Encik Zaidi Aziz hanya tersedia bagi daerah Kulim dan Baling sahaja.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Mac 30, 2023

Pantai Rambah Tempat Rekeriasi Yang Menarik

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera semua sahabat,

terima kasih kerana masih sudi melihat dan memnaca coretan orang kampung ini. Sebagai balasanya saya mendoakan agar kebahagian kesihatan kemakmuran akan menjadi milik anda selamanya.

Kali ini saya akan membawa anda untuk melihat lihat pemandangan sekitar Tempat Rekeriasi Sungai Rambah atau Rekeriasi Pantai Rambah, tempat ini telah lama menjadi tumpuan penduduk setempat beriadah setiap petang atau dihujung minggu.

Tempat setelah beberapa kali tempat ini dinaik taraf, tempat ini telah manjadi tempat riadah yang menarik.

Lokasi Pantai Rambah ini lebih kurang enam kilo dari bandar Pontian. Kedudukanya jika kita menghala ke Kukup dari Pontian, dalam enam kilo kita akan bertemu dengan Jambatan Rambah. Dalam enam puluh meter belok kekanan anda telah sampai ketempat rekeriasi tersebut.

Biasanya orang ramai datang berjoging dan bersenam disini, ada alat untuk bersenam dan ada juga tempat kanak-kanak bermain. Jika waktu cerah akan kelihatan panorama matahari terbenam dengan jelas dan menarik.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Mac 29, 2023

Jambatan Sungai Pulai Menghubungkan Pontian Dengan PTP Forest City

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera semua sahabat,

apa khabar? saya harap tuan puan para sahabat semua senantiasa berada dibawah lindungan Allah jua. Saya macam biasa lah, orang kampung, alhamdulillah sihat, saya buat la kerja-kerja kampung setakat mana yang bolih.

Untuk hari ini jom kita pergi lihat Jambatan Sungai Pulai, tapi banyak orang sebut second link Gelang Patah, second link Tanjung Piai. Baiklah kita mulakan gambar dari arah Pontian menuju ke Pelabuhan Tanjung Pelepas atau PTP.

Jika anda baru pertama ke Pontian bolih ambil panduan mula dari simpang empat trafic light Tambak, ambil jalan arah menuju ke Kukup, sampai dipersimpangan Peradin ambil kiri menuju ke Belokok, dari Belokok itu lah jalan yang akan membawa kita keatas Jambatan Sungai Pulai.

Jambatan Sungai Pulai ini memudahkan serta mempercepatkan masa perjalanan pengguna daerah Pontian untuk pergi berurusan atau bekerja di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan ke Forest City atau ke Iskandar Puteri.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen