May 01, 2013

Sayang Salam Rindu Buat Kamu.

Assalamualaikum...

Sayang.. walaupun aku sibuk dengan berbagai hal setiap hari namun hati aku masih rindu pada kamu!

Kelmarin bila aku pergi kesatu pusat membeli belah dikawasan kediamanku, ketenangan ku ketika itu tergangu olih suatu susuk wajah yang saling tak tumpah seperti kamu.

Berderau darahku berdegup rasa jantungku seperti mahu berhenti denyutannya, aku bagai bermimpi apakah kau berada disini? Dikala itu ramai pelanggan berbelanja disitu, kelibat wajah kamu tenggelam timbul dari sudut pandangan aku yang berada agak jauh.

Aku terpaksa batalkan untuk membeli barang disitu, aku segera melangkah keluar dari pasaraya kerana aku tidak bersedia bersemuka denganmu ketika ini. Sesampai aku diparking aku terhenti seketika, aku fikirkan lebih baik aku cuba pastikan adakah benar susuk wajah tadi adalah diri kamu.

Dengan debaran yang masih terasa aku kembali memasuki gedung tersebut untuk mencari kebenaran apakah benar apa yang baru aku terlihat sebentar tadi. Dimanakah kelibat wajah tadi? puas aku memantau disetiap ruang gedung namun tiada lagi bayang wajah yang seakan kamu!

Ketika memandu pulang aku gagahkan diri untuk tidak memikirkan seraut wajah tadi. Dan aku yakin tidak mungkin kamu berada didaerah sini, tidak mungkin! Aku jadi makin lemah kerana semua tentang kamu terbayang segera, aku mencari-cari senarai nombor kamu aku pasti kamu tidak ada disini.
Dua kali dail tiada jawapan, makin kuat debaranku mungkin benar kamu disini tapi untuk apa? Akhirnya panggilan aku dijawab olih suara ibumu mengatakan yang kamu kemajlis perkahwinan jiran dengan tidak membawa talipon.

Lega rasa hati, tapi kelibat seakan kamu tadi siapa? aaahh.. mungkin aku terlalu rindukan kamu! Nantikan hari membuang undi aku akan pulang kekampung! aku sabarkan diriku sendiri.

Moga kau baik saja, Sayang, Salam rindu buat kamu.
sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: