January 07, 2013

Malam Terakhir Aku Disungai Rengit.

Assalamualaikum...
Hari ini agak sebuk sikit dan memenatkan, kerana menguruskan penghantaran alatan kerja ke Kelang melalui laut.
Berurusan dengan ejen jabatan laut lepas itu hantar pulak document keBot Penunda kat laut sana. Sudah tu nak kena mengadap jepun Takashi yang jadi bos bahagian laut pulak kat opis. Bagi ceramah kat dia perkembagan terkini, petang ingat dah selesai.. baru saja lepas mandi pukul lima lebih dah kena kelaut pulak, ada hal dengan kedudukan kapal pengankut.

Ini baru sampai hotel, aduh penat... besok pagi pukul lapan kapal dijangka belayar ke Kelang. Bermakna tamatlah saya kat Sungai Rengit ini... selamat tinggallah Sungai Rengit ada masa aku datang sini lagi no...

Nak jadi cerita, dua tiga hari ini saya kerap pulak terjumpa dengan kekawan lama yang pernah kerja dalam satu projek, sudah bertahun tidak jumpa tetiba bolih bertemu lagi kat sini, yang sorang tu kata inilah pertama kali dia kesini dan saya kata kemungkinan hari-hari terakhir saya kat sini ermm...

Tengah hari sabtu kami pergi jalan-jalan ke bandar Kota Tinggi sebenarnya saya pun jarang kebandar ini. Kawan punya pasal saya ikut juga walaupun rasa nak berehat saja kat hotel ini.. sepanjang jalan kami bergebang sakan pasal politik bagai.. dan dia kepingin hendak lihat Pulau Batu Putih yang sudah jatuh ketangan Singgapura itu.

Alah.. saya kata mana sempat lagi, alamak.. ada member call pulak.. panggil minomm... okey nanti saya sambung ye... bye.

Baiklah saya sambung lagi sikit, mata dah ngantuk ni.. tadi pergi minum dengan member yang saya selalu pergi lihat dia berlatih main band tu. Kita makan dekat warung tepi pantai, siap ada lampu kelip-kelip lagi.

Tengah sedap berbual ada panggilan dari member yang saya pergi jejalan ke Kota Tinggi sabtu lalu, dia panggil minum saya suruh datang saja kat warung kita orang tengah makan tu, tidak lama dia datang dengan Hilux putih baru syarikat dia punya la..

Cerita punya cerita kedua-dua mereka dilahirkan dinegeri Melaka. Jadi makin galaklah mereka bualkan. Makin rancak gebang hari makin malam, kami pun balik, esok nak kerja lagi.. dan mungkin juga malam ini malam terakhir saya disini.

Nanti saya letak gambar Bandar Kota Tinggi, ok dah ngantuk ni.. ok.
Wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments: