Showing posts with label mengena. Show all posts
Showing posts with label mengena. Show all posts

July 27, 2010

Saya bersyukur ke hadrat Allah

Assalamualaikum.
Salam sejahtera semua.!

Hari ini hari Isnin, apa kata orang Isnin yang ceria...
Ramalan cuaca.. ditempat saya hujan dari Subuh pagi hinggalah meleret kepukul lapan pagi baru reda sedikit, namun begitu mendung masih kelihatan diangkasa.

Saya bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin nya juga saya masih dapat menjelma dekat pc n laptop you'll semua. Semoga dengan ini akan menambahkan lagi keceriaan anda.. hu hu huaaa! ceria selalu...!

Ok, itu baru mukadimah je..
Hari ini saya nak kongsi pengalaman mimpi yang pernah saya alami.. saya rasa semua orang pun pernah bermimpikan?
maksud saya mimpi ketika tidurlah.. bukan nya bermimpi disiang hari..! wakaka.. Ada mimpi yang suka, duka, menakutkan dan sebagainya.
Betulke mimpi ini hanya mainan tidur? Kemungkinan mimpi ini terjadi oleh kerana bawaan daripada aktiviti hidup kita diwaktu siang kan.. sesaorang yang bekerja sebagai Jabatan Perhutanan yang selalu masuk hutan keluar hutan berkemungkinan dia boleh mimpikan Putri Gunung Ledang!
Pernah tak orang mimpi jumpa dengan Putri Gunung Ledang ha?
Memang betuah le orang itu, sebab dia boleh tanya kat mana harta karun disembunyikan kat Gunung Ledang tu.. he.he.


Kekadang tu kita boleh bermimpi yang langsung tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita. Ada ka patut mimpi menguyah ubat nyamuk...! ingat kita kerja kilang ubat nyamuk ke ape..? ish.. ishh..!







Baca Lagi Sini!