April 10, 2023

Lazada Scam | Scammer Model Baru Lebih Cepat Mangsa Akan Tertipu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Sekarang kebanyakan orang mengeluh

kerana kenaikan harga barang, menyebabkan kebingungan ramai ketua keluarga untuk mencukupi keperluan harian keluarga mereka.

Dalam pada kesusahan orang ramai ini timbul bermacam scammer yang menambah pening kepala dan ada yang mengalami kerugian, tidak kurang yang rugi kerana mengikuti skim cepat kaya ada juga yang rugi disebabkan scam Telegram.

Sekarang ini muncul lagi scammer bentuk baharu yang dengan mudah mengikis wang kita didalam bank! bukan sahaja pengguna bank yang pening, pegawai bank pun ikut pening memikirkan scammer bentuk baru ini.

Scammer baru ini mengaitkan nama pembelian secara online terkenal iaitu Lazada. Akan ada sesaorang akan menalipon pengguna bank, mengatakan bahawa pengguna tersebut ada membeli sesuatu barang dari Lazada, kononnya nilai pembelian itu rm4500.

Wakil Lazada itu mengatakan barangan tersebut telah pun dibayar, kononya wakil Lazada itu menalipon untuk memastikan adakah benar pengguna bank itu ada membeli dan membayar barang yang bernilai rm4500.

Tentulah pengguna bank berkata tidak membeli barang apapun dari Lazada, wakil Lazada ini pura-pura heran kenapa barang ini sudah dibayar?

Bermula dari sinilah perangkap Scammer terpasang! jika kita tergopoh dan tidak berhati-hati maka akan lesap lah duit kita didalam bank!

Sila dengar cerita seperti mana yang diviralkan, info kepada sahabat handai tentang adanya scammer Lazada ini.

Konon wakil Lazada ingin memulangkan rm4500 tersebut kerana kesilapan tidak diketahui, scammer yang menyamar wakil Lazada itu pun meminta no pin bank atau no tac berurusan banking, jika pengguna akaun bank memberikan pin banking atau memberi nombor TAC banking sudah tentu scammer akan mencuri semua duit yang ada didalam bank!

Siapa yang tidak mahu duit kesilapan tranfer akan dimasukan kembali.! disini lah orang ramai akan terjerat.

Berhati-hatilah selalu, pesan dengan saudara mara sahabat handai akan adanya scammer seperti ini agar kita semua tidak tertipu.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

2 comments:

  1. pakai nama Lazada pulak. sebelum ni call kata dari Pos Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penipuan sentiasa ada, kita kena selalu sentiasa berwaspada...!

      Delete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~