April 11, 2023

Salam Sayang Dibulan Ramadhan Buat Anda Semua

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera salam hormat salam penuh kasih sayang, dibulan puasa ini selain mrgerjakan ibadah puasa kita juga digalakan membuat pekara-pekara baik yang mana bolih meningkatkan lagi nilai ibadah kita dibulan puasa ini.

Seperti yang kita selalu diajarkan sejak masih kecil iaitu kita hendaklah ada sikap kasih sayang sesama insan, terutamanya lagi sesama orang islam.

Sebagai mereka yang bukan islam pun kita mesti ada sikap kasih sayang terhadap mereka juga, apalagi kita yang hidup berkongsi udara dengan mereka disini. Hanya mereka berbeza ugama, biarkan mereka dengan cara mereka kita dengan cara kita.

Yang penting kasih sayang ada didalam hati kita untuk mereka semua, selain dari harus mengasihi mereka, jiwa kita akan tenang dengan bersikap demikian. Berkasih sayang sesama insan juga adalah satu bentuk makanan rohani kita.

Kita tidak akan rugi apa-apa jika kita semua penghuni tanah pusaka ini saling berkasih sayang. Ikhtiar langsung buat anda semua tidak mengira status bangsa dan ugama , mulakan berkasih sayang sesama kita.
Adalah wajar diterapkan nilai kasih sayang antara kita ditanah air ini, seumpama benang emas yang akan mengikat persaudaraan generasi kita dan hidup bagaikan sekawan merpati bebas mencari makan dan tidur bersama.

Maniskan muka tegurlah sesama kita dengan senyuman persaudaraan, umpama mengayam tikar, lembutnya jari melentur dengan sabar helaian mengkuang, akhirnya lahirlah sebidang tikar yang cantik dan dapat digunakan bersama.

Ya Allah sempurnakan kami dibulan ini dengan rahmatmu, berikan kami taufiq dan hidayahmu, sucikan hati kami dari benih-benih fitnah serta kebencian, sematkan dihati kami dengan jiwa yang penuh kasih sayang.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

2 comments:

  1. kalau akhlak kita baik, orang bukan Islam tenok pun sejuk hati. tu pun satu kaedah berdakwah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. benar tu, lagi pun tidak perlu kita bemasam muka, memang mereka tlh ditakdirkan akan hidup bersama kita..

      Delete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~