April 11, 2023

Mengalami Mimpi Yang Menyedihkan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Semua orang pernah mengalami mimpi,

selagi kita masih bangun makan tidur, bangun makan tidur kita tidak bolih lari dari mengalami mimpi.

Ada sesetengah orang dia akan mengalami mimpi setiap hari ketika dia tidur malam, ada pula orang yang jarang-jarang mengalami mimpi, dan bila dia bermimpi dia akan ingat mimpi itu sampai beberapa hari.

Buat masa sekarang ini atau semenjak kebelakangan ini saya jarang bermimpi, kalau saya bermimpi pun saya tidak mengigati lagi setelah terjaga, dan hanya sedikit sahaja yang saya bolih ingat biasanya saya tidak ambil pusing dengan apa yang saya mimpi.

Kesah mimpi sedih ini saya ceritakan kembali dari sahabat yang menceritakan mimpinya kepada saya. Dari raut wajahnya ketika bercerita dia kelihat gelisah, saya cuba redakan gelisahnya dengan mengatakan mimpi hanya mainan tidur sahaja.

Dia menceritakan bahawa dia bermimpi melihat orang yang dia dikenali masih dalam keadaan bekain kafan menghempas hempas diri sendiri didalam kubur.! amboi.. seram pulak mendengar mimpi dia itu. Saya nasihat dia lagi dengan mengatakan yang arwah dikenali itu memohon doa untuk dia, atau lebih baik sedekahkan alfatihah atau membaca alquran dan diniat sedekahkan pada arwah, dia hanya diam dan mengganguk.

Mungkin arwah mengigatkan dia, dan jangan berfikir terlalu banyak perihal mimpi itu, saya katakan mungkin dia terlalu penat atau keletihan berkerja disiang hari jadi dia bermimpi yang agak ganjil.

Ketika itu kami duduk duduk diluar rumah dihadapan pintu dia merenung jauh kehadapan saya sudah mula risau, dan saya pulak terfikir yang lebih mengarut lagi.

Tapi saya kuatkan semangat dan cuba abaikan apa yang saya fikir tentang dia yang berada dihadapan saya ini. Semoga Allah jauhi dari apa yang saya fikir. Saya tidak mahu kehilangan rakan dan janganlah berlaku bersamaan dengan tafsiran saya pula.

Saya terasa ingin mengatakan bahawa jangan menceritakan mimpi kita kepada sesiapa pun, namun ketika melihat keadaan dia, tidak sampai hati pulak untuk bersuara.

Dia katakan yang dia sedih itu sebab dia saolah-olah nampak berlaku didepan mata, dalam keadaan merota-ronta sambil menghempas hempas diri kedalam kubur..! bagi kita mungkin seram, tapi bagi dia, dia merasa sedih sebab berlaku kepada orang yang dia kenali.

Begitulah cerita mimpi sedih saya sendiri diam dan tidak tahu hendak menasihati yang macam mana lagi.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

2 comments:

  1. sedih juga mimpinya, tapi kita tak boleh buat apa-apa. sekadar dapat sedekahkan fatihah dan mendoakan arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ..benar tu, setiap kali selepas solat jgn lupa doakan buat mereka yg pergi terlebih dahulu, insyaallah mereka akan aman disana..aaminn.

      Delete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~