جزاكم الله خيراالجزاء
Kebanyakan Ayah bersikap tegas
dan seakan tidak memberi peluang kepada anak-anak untuk mendekati dan bermanja.Jika dizaman dahulu atau zaman datok nenek dahulu penampilan saorang ayah rata-rata sangat garang terhadap anak-anak mereka. Mereka ayah ini mendidik dengan ketegasan yang sangat kuat.
Jika anak-anak ingin sesuatu
atau mahu berpegian kemana-mana maka Ayahlah yang menjadi keputusan terakhir.Walaupun Ibu telah memberi kebenaran, tetapi Ibu dimasa itu tetap meminta kata putus akan kehendak anak-anak. Jika anak-anak ada perancangan dengan kawan-kawan misalnya, mereka akan memberitahu kepada Ibu terlebih dahulu.
Setelah perbincangan dengan Ibu, Ibu membawa pekara itu kepada suami atau ayah kepada anak-anak, Ibu memangntidak ada kata muktamad!
Orang dulu-dulu sangat menghormati kedua ibu dan bapa mereka, seandainya tiada persetujuan kedua Ibu Bapa, mereka tidak akan melakukan seperti yang diinginkan.
Pernah orang dulu-dulu berkata jika dihadapan Ayah berjalan tidak akan dongak kepala.. tunduk terus dan tidak berani belagak sombong!
Detik hati saorang Ayah
walau kelihatan garang dan bengis, sebenarnya itu hanya terpaksa beraksi demikian supaya anak-anak tidak berani berbuat pekara yang merugikan diri sendiri.Ayah hanya memakan hati melihat anak-anak ketawa bergurau senda dengan Ibu mereka, Sebenarnya Ayah pun ingin bergelak ketawa dengan anak-anak sepertimana mereka bermesra dengan ibu mereka, namun mereka kuatkan semangat dan sentiasa bertegas demi mendidik anak-anak mereka menjadi seorang yang berguna apabila dewasa.
p/s
Jangan mengabaikan pengorbanan seorang ayah, walaupun kurang dekat dalam emosi, kerana segala keperluan keluarga ayahlah yang berusaha memenuhinya.
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~