November 22, 2020

Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Pandangan Datok Seri Najib Razak.

Siapa Tun Dr Mahathir Mohamad Dari Pandangan Datok Seri Najib Razak.

Pada satu wawancara dengan Datok Seri Najib Razak pada lapan August 2019 yang lalu, Datok Seri Najib Razak apabila diajukan soalan siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad, secara berseloroh mengatakan bahawa soalan ini adalah soalan prowokasi, ye lah sebab kita semua sedia maklum bahawa sekarang ini Datok Seri Najib Razak adalah seteru politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datok Seri Najib Razak adalah orang lama dalam politik, pernah bersama Tun Dr Mahathir Mohamad samada sebagai kawan dan sebagai lawan didalam politik negara. Dan paling ketara menjadi musuh politik pada PRU 14 yang lalu. Jadi eloklah kita tahu sendiri pandangan Datok Seri Najib Razak tentang siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya, bolih dikatakan bahawa Datok Seri Najib Razak ini sangat rapat hubungan keduanya.

Apabila ditanya apakah pelajaran yang dapat diambil setelah sekian lama bergaul dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan bagaimana sikap Tun Dr Mahathir Mohamad dari pengalaman beliu sendiri selama ini.

Datok Seri Najib Razak berkata bahawa "Tun Dr Mahathir Mohamad ini saorang ahli politik yang tahu menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa dan apabila beliu tiada kuasa dia tahu menggunakan politik untuk cari dan mendapatkan kuasa"

"Apa sahaja ruang dan peluang Tun Dr Mahathir Mohamad akan gunakan untuk berpolitik, atau sesetengah orang mengatakan 'Matlamat Menghalalkan Cara' itulah praktik yang digunakan olih Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kalau kita lihat semula semasa PRU 14, siapa bolih sangka Tun Dr Mahathir Mohamad bolih bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah, dan siapa dapat bayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bolih bekerjasama dengan DAP?"

"Seperti semua orang tahu, apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak buat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim? apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim? sampai saya sendiri pun tidak sanggup hendak ulang apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim!" katanya.

"Tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad bolih pulak bekerja sama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan DAP!" tambah Datok Seri Najib Razak.

"Semasa saya menjadi ketua pemuda UMNO memang ada banyak perbincangan dan kerusus, Datuk Seri Tajudin juga ada ketika itu bersama menghadiri kerusus Perdana, dan Tun Dr Mahathir Mohamad sering sangat atau sebahgian besar ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad ditujukan kepada Parti DAP, dengan mengatakan parti DAP ini musuh utama orang melayu dan islam!"

"Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata parti DAP ini parti resis parti anti islam, itu lah ucapan yang Tun Dr Mahathir Mohamad ulang tiap-tiap kali bila berucap" dan berkata Pemuda UMNO ada rakaman ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut.

"Tapi orang atau parti yang dianggap musuh islam musuh orang melayu, lihat apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat semasa PRU 14?

"Akhirnya apa yang sudah berlaku sekarang ini? pada orang melayu islam dinegara kita? jika ditanya kepada orang melayu orang islam, orang melayu orang islam berkata mereka terancam sekarang ini!" (era pemerentahan PH) "islam melayu terancam!"

"Akan tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup buat! jadi dari situ sajalah kita bolih buat kesimpulannya tentang Tun Dr Mahathir Mohamad ini"

"Maknanya pada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kuasa! macam mana hendak cari dapat kuasa atau kemaruk kuasa ini tidak kira apa cara sekalipun harga yang kena bayar untuk mendapatkan kuasa!"

Seperti yang kita semua ketahui yang Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Datok Seri Najib Razak melepaskan jawatan PM ketika itu, namun Datok Seri Najib Razak terpaksa mepertahankan jawatan beliu, dan akhirnya pada PRU 14 Datok Seri Najib Razak gagal mengekalkan jawatan PM atas sebab taktik Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu taktik 'Matlamat Menghalalkan Cara'

Kata Datok Seri Najib Razak lagi atas syor daripada Lim Kt Siang lah tertubuhnya 'Parti Bersatu' mereka ada bukti yang mengatakan Lim Kit Siang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti 'Bersatu' Dan ada orang yang bersama semasa perbincangan Lim Kit Siang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut,

Dan orang itu sudah mengaku secara terbuka sekarang ini, dan orang itu kita bolih sebut namanya iaitu Datok Hamidah, Dato Hamidah kata yang Lim Kit Siang mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya segera menubuhkan parti Orang Melayu yang baru, tujuan dan matlamatnya adalah untuk menarik separuh ahli UMNO untuk menyertai Parti baru itu nanti.

Sekarang ini bagaimana pula pandangan anda tentang Tun Dr Mahathir Mohamad ini? Datok Seri Najib Razak sudah bagi tahu pendapat beliu, lagipun mereka dulu sangat akrab, sudah tentu pandangan beliu agak bolih dipercayai.

Bagaimana pula pada pandangan kita orang biasa ini, mungkin berlainan agaknya, kita banyak dipengaruhi surat khabar dan berita dalam dan luar negara serta sosial media saja.

Sekian jumpa lagi.


mylink





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~