Sembahyang yang didirikan secara bersama-sama itu lazimnya hanya
melibatkan satu jenis solat sahaja sama ada ibadah fardu atau sunat. Itu
semua memang kita faham hanya ada ketika kita jadi bingung mencari pasti
sesuatu pekara. Terutama pekara yang jarang-jarang berlaku ketika kita
sedang mengerjakan solat, seperti bagaimana menjadi imam kepada orang
lain dipertengahan solat, atau ingin menjadi makmum kepada orang lain
yang sedang solat.
Mudah kata, makmum pada kebiasaannya kita akan menunaikan solat fardu
bersama imam yang turut menunaikan sembahyang berkenaan ketika itu. Ini
yang sering kita lakukan iaitu melakukan solat berjemaah bersama imam
dari awal takbir.
Namun adaketikanya dek kerana pahala berjemaah yang lebih besar
berbanding solat secara bersendirian, ada individu tidak sanggup
melepaskan peluang tersebut. Pantang melihat ada orang lain sembahyang
sendiri, laju sahaja langkahnya untuk berdiri di belakang individu
tersebut, lalu menjadikannya sebagai imam.
Adakalanya perkara tersebut berlaku kepada diri kita sendiri. Ketika
sedang mendirikan solat sunat ba’diyah Zuhur misalnya, tiba-tiba ada
orang berdiri di belakang untuk menjadikan kita imam solat fardunya. Apa
yang kita perlu lakukan.
Dalam situasi tersebut, bolehkah kita memimpin sembahyang fardu
berkenaan walaupun ketika itu, kita sedang mendirikan solat sunat?
Jika berhadapan dengan keadaan tersebut, Kita tidak perlulah memberitahu
orang yang dibelakang kita supaya jangan mengimamkan kita, janganlah
kita membuat isyarat tangan atau tiba-tiba menggeleng kepala untuk
memberikan petunjuk kepada orang di belakang bahawa kita tidak boleh
mengimamkan solat mereka.
Sebenarnya kita teruskan saja solat yang kita sedang kerjakan, tidak ada
masaalah, selepas kita selesai solat, kita langsung bangun biarkan dia
meneruskan solatnya jika dia masih kekurangan satu rekaat lagi atau
sebagainya, kita yang sudah selesai ya selesai tidak ada apa yang perlu
dirisaukan.
“Bagaimanapun keadaanya samada orang mengimamni kita atau kita
mengimamni orang lain ketika solat sedang berlaku, walaupun yang
diangkat menjadi imam hanya solat sunat, dari segi ibadahnya, kedua-dua
solat itu akan diangkat dan diterima oleh ALLAH SWT berteraskan niat
tadi. Jika dilihat, baik solat sunat mahupun fardu, kedua-duanya
mempunyai bacaan dan rakaat yang sama,”
Dalam keadaan kedua iaitu melibatkan makmum masbuk yang terlewat
mengikut imam serta perlu menambah bilangan rakaat yang tertinggal.
Ketika sedang menyudahkan solat, kemudian secara tiba-tiba ada orang
datang di belakang, lalu menepuk bahu atau mahu kita mengimamkan solat
fardunya.
Kejadian dimana seorang yang sudah terlewat kekurangan satu rekaat namun
diikuti pula olih orang lain yang juga datang lewat, maksudnya saling
sambung menyambung sesama yang terlewat mengerjakan solat berjemaah,
sebenarnya bolih bolih saja berbuat begitu.
Ada sebilangan ustad mahupun juga pendakwah menegaskan, para ulama
menyebut bahawa orang yang hendak menjadikan kita imam itu sah solatnya,
tetapi makruh hukumnya berbuat demikian.
“Justeru, dinasihatkan agar kita membentuk satu lagi jemaah baharu,
andai tidak pasti solat yang didirikan oleh orang di hadapan kita. Itu
adalah lebih baik,”.
Jika tiada sesiapa lagi untuk solat berjemaah, solatlah bersendirian,
jika belum memahami, segera bertanyakan kepada ustad-ustad atau imam
yang lebih tahu, gunakan perhubungan watsap dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment