April 05, 2023

Enicar Jam Tangan Lama Buatan Swiss

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Faunder Ariste Racine pembuat jenama 'Enicar'

Salam hormat dan salam ceria, bagaimana anda hari ini? saya harap tuan puan semua sihat-sihat sahaja ya..

Baik, kali ini saya hendak berkongsi cerita pasal satu jenama jam yang terkenal, saya sebanarnya tidak tahu pun yang adanya jam jenama "Enicar" ini, kebetulan saja saya bertanyakan kepada penjual jam lama dipasarhari, penjual itu pun tunjukan lah jam ini kepada saya.

Sekali pandang saja saya sudah tertarik dengan jam tangan ini, walaupun saya belum kenal jenama ini, tapi sudah rasa ingin memiliki jam ini, biasanya jenama 'Saiko' 'Citizen' 'Casio' 'Orient' sudah sangat dikenali olih orang biasa seperti orang kampung.

Lagi satu jenama jam tangan yang mahal tapi orang kampung kenal adalah jam tangan "Rolex" memang bisa lihat boss boss dulu pakai. Tapi bagi jenama 'Enicar' memang tidak tahu. Setelah tawar menawar jadi lah jam ini milik saya.

Jika berminat untuk tahu lebih banyak tentang jam tangan "Enicar" sila klik pautan ini.

Asal mula jam 'Enicar' ini dikeluarkan pada tahun 1913 olih Ariste Racine dan isterinya Emma Blatt adalah orang yang bertanggung jawab membina jenama 'Enicar' ini dari bawah.

Nama sebenar 'Enicar' diambil dari tebalikan dari nama keluarga Ariste Racine, sejak itu "Enicar" menjadi jenama jam tangan yang sangat popular ketika itu.

Bagaimana pun 'Enicar' pada masa sekarang dimiki olih jutawan dari Cina. Ikuti link diatas untuk mengetahui sejarah 'Enicar' yang lebih lanjut.

Enicar

Enicar

Enicar

Enicar







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

4 comments:

  1. jam lama ni.. dpt bertahan lama sesuai dgn brandnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya .. jam lama ini says akan sebagai kenangan...

      Delete
  2. jam vintage macam ni selalunya tahan lama. hanya yang tahu menghargai tahu nilainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Bagi mereka yg peminat jam, sangat bahagia jka dpt memilikinya.

      Delete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~