April 08, 2023

Scammer | Cara Mengelak Menjadi Mangsa Scam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam berbahagia selalu,

semua sudah lepas berbuka ni kembali letih, sebab makan banyak hihi..~

Baik, hari ini saya ingin berkongsi cara mengelak menjadi mangsa scammer.

1 - Jangan Screenshot apabila diminta berbuat demikian olih rakan Telegram.

2 - Jangan Update Telegram apabila diminta berbuat demikian olih rakan Telegram.

3 - Jangan transfer duit apabila diminta olih rakan Telegram.

Kebelakangan ini banyak akaun Telegram telah diceroboh, saya tidak pasti pulak samaada akaun WhatsApp pun ada yang diceroboh atau tidak.

Jika scammer hendak ceroboh akaun Telegram kita, scammer terlebih dahulu ceroboh akaun kenalan kita, kemudian menggunakan akaun kenalan yang telah diceroboh itu untuk ceroboh akaun kita.

Cara scammer ialah, menggunakan akaun kenalan kita, tentulah dengan profile gambar kenalan kita, kemudian meminta kita screenshot dengan alasan Telegram kenalan itu telah dihack.

Untuk mengelak acc Telegram kita pula diceroboh, jangan screenshot walaupun yang meminta itu berprofile kenalan rapat kita, sebab acc Telegram kenalan itu memang sudah diceroboh.! dia sudah jadi acc Telegram milik scammer!!

Jika anda tidak screenshot seperti yang diminta, akaun anda sudah selamat dari diceroboh.

Entah apa teknologi atau apa rahsia, kita screenshot saja dengan update Telegram akaun kita sudah diambil alih scammer.

Selalunya kita terpedaya dengan profile kenalan yang sudah diceroboh, profile kenalan itu meminta screenshot kemudian update Telegram, apabila kita ikuti arahan kenalan bukan asli itu, dengan screenshot hingga update Telegram, bermakna automatic akaun Telegram anda sudah pun diambil alih olih scammer.

Apabila acc Telegram kita sudah di ambil alih, scammer akan menggunakan akaun beserta profile kita itu untuk menipu seluruh kenalan kita secara auto kononnya ada masaalah keuwangan dan minta kenalan anda meminjamkan duit segera, dan akan membayar kembali besok paginya.

Anda bolih abaikan saja kenalan palsu itu atau terus menalipon kenalan itu samaada benar atau tidak dia meminta pinjaman dari kita? (ini untuk kes-kes yang sebenar jika anda ingin menolong kenalan, sila talipon dahulu minta kepastian.)

Langkah pertama :- Jangan screenshot dan Update Telegram bila diminta olih sesiapa saja, walaupun profile kenalan rapat. (biasanya kenalan tidak perlu hal yang begitu)

Langkah kedua :-Jangan memberi wang ringgit kepada siapa sahaja melalui akaun berprofile rakan Telegram. (kerana kemungkinan besar acc kenalan itu telah dicuri)

Apabila acc Telegram dihack scammer, mereka akan menggunakan nombor asing untuk mengawal acc Telegram tersebut, kebiasaanya nombor yang mengawal acc yang digodam ialan: +1203-902-2850 yang berasal dari Negeri Connecticut USA, samaada Stamford, New Hawen atau Hartfort tidak pasti.

Ada juga nombor +1346-474-4412 dari Texas dan nombor +1985-621-2044 dari Louisiana. Kumpulan pengodam ini sangat hebat! dengan advanced technology hacking mereka.

Hacker group akan terus memegang dan megawal akaun Telegram berkenaan selama dua ke tiga hari dan melepaskan bila tidak diperlukan lagi.

Walaupun anda delete acc Telegram anda dalam masa dua hari itu, acc anda tetap aktif dibawah kawalan mereka.

Berhati-hati selalu, tolong hebahkan kes scammer ini kepada kenalan anda supaya mereka tidak tertipu, anda juga bolih kongsikan article ini kepada saudara mara juga group whatsApp anda.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

2 comments:

  1. Bahaya sungguh skrg ni. Terima kasih atas perkongsian infonya. ;)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkonsian. sayang betul, saya suka telegram ni untuk transfer gambar sebab tak pecah. frust ramai kawan dah delete lepas kena hack

    ReplyDelete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~