Semoga anda selamat sejahtera. Ini hendak cerita hal kemalangan yang mungkin dapat kita elakan ketika berada dijalan raya!
Setiap hari bila buka surat khabar saja, berita kemalanggan yang menjadi berita yang mesti ada dimuka hadapan. Heran juga kenapa semakin kerajaan membuat berbagai kempen jalan raya, semakin banyak pulak kejadian kemalanggan yang berlaku.
Pada saya punca pertama berlaku kemalangan ialah sikap pengguna itu sendiri! Sikap orang malaysia bila memandu dia akan berubah! Dari yang biasanya bersopan santun atau lemah lembut, akan bertukar menjadi manusia lain bila memandu dijalan raya.
Apa pendorong mereka bertukar sikap, tidak siapa bolih jawab. Mereka ini, bila pegang setereng kereta saja mulahlah bertukar jadi manusia lain.
Bukan setakat pemandu berumur tiga puluhan kebawah, malah pemandu yang lebih berumur lagi daripada itu pun bertukar juga kepada sikap berani mati ketika sedang memandu!
Kebanyakan kemalangan berlaku adalah melibatkan pemandu yang berani mati belaka.. yang takut mati kemungkinan menjadi mangsa dalam kemalangan. Contohnya kemalangan yang berlaku didaerah Batu Pahat, sebuah kereta memandu laju dan hilang kawalan diselengkoh menuruni bukit lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh sebuah teksi.
Pemandu kereta cedera parah dan tersepit didalam kereta tersebut, manakala tiga dari empat orang yang berada didalam teksi disahkan meninggal ditempat kejadian.
Mengikut saksi kejadian, ketika kemalangan itu berlaku dia berada di belakang teksi tersebut tapi agak jauh dibelakang. Dia dalam perjalanan pulang dari menjemput anak sekolah.
"Nasib baik saya tidak mengikuti rapat dibelakang teksi tersebut, jika tidak kami anak beranak akan terlibat sama"
Difahamkan kereta tersebut terbabas dan menghentam bahagian sisi kiri teksi diantara pemandu dan penumpang, pemandu adalah diantara tiga mangsa yang terbunuh.
Polis menasihati pemandu supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut kerana selain dari kawasan perkampungan kawasan tersebut juga berbukit serta berselengkoh merbahaya.
Sikap pemamdu kereta yang memandu laju tanpa memikirkan keadaan jalan yang merbahaya telah mengakibatkan berlaku nya kemalangan, walaupun dia memandu dalam keadaan tidak takut mati tetapi dia bernasib baik tidak mati, namun sikapnya itu membuatkan orang lain yang mati.
Banyaklah kejadian malang seperti ini yang berlaku timbul, dari sikap pemandu berani mati. Jadi sikap pemandulah yang menjadi punca kemalangan.
Ingat.. walaupun tidak yakut mati, tapi orang lain yang banyak tanggungjawab kepada keluarga takut mati.. sebab dia memikirkan nasib keluarga yang ditinggalkan. Beringat selalu jika terasa hendak memecut dijalan raya.. ramai orang yang akan merana jika anda tiada, paling kurang pun buah hati yang merana, itu pun kalau ada buah hati.
Jangan membunuh dan mengsengsarakan ornag lain disebabkan tindakan memandu tidak takut mati. Kalau nak rempuh pun, rempuhlah pokok sawit.. eeehh, tak bolih, sebab pokok sawit itu ada orang yang punya.
Eeermm.. jangan rempuh apa-apa, memandu dengan selamat, biar lewat sejam dua jam tidak mengapa daripada langsung tidak sampai.. kan.?
Sekian. wassalam.
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~