December 06, 2012

Sayangilah Sesama Pengguna Jalan Raya.

Assalamualaikum... Cuba lihat sifat mulia dan macam ada hati perut lah pulak rimau ini.

Bagaimana kita tidak mempunyai perasaan begini bila mana kita sedang memandu? Sayangilah nyawa pengguna lain dijalan raya... supaya kita juga akan turut selamat.

Sekarang ini serangan dijalan raya lebih berbahaya dari serangan harimau didalam hutan.

Kemungkinan manusia lebih selamat didalam hutan belantara di-Malaysia daripada berada dijalan raya!

Jangan jadikan kita pemandu yang mendorong kepada kemalangan! Kereta hanya untuk memudahkan pergerakan manusia. Jangan salah guna kenderaanyang kita ada!

Tiada guna mempunyai lesen dan cukai jalan yang konon-nya kita cukup segalanya! Jika memasang lampu yang silau..! Memandu seperti semut atau memandu macam pelesit! Lebih muatan dan sebagai-nya yang tentunya perbuatan seperti itu, kata orang tua-tua tidak banyak kali jumaat le tu...

Jadi...! Jadilah pengguna jalan raya yang ada hati perut campur ada jiwa nurani yang murni.. erm... jadikan jalanraya selamat. Selamat Memandu.




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~