March 30, 2011

Hujan Memanjang Kat KB Ni..

Assalamualaikum...
Apa khabar anda semua minggu ini?
Semoga minggu ini telah telah menepati seperti mana yang anda rangcangkan! buat saya minggu ini agak mendung sikit, sama seperti keadaan cuaca yang mendung saja.. kat bandar KB ni... memang hujan.. tak pagi, petang tentu hujan.. pagi tadi paras air sungai K agak tinggi, arusnya laju sangat.. ermm... jangan lupa pada sesiapa yang mengendalikan pengankutan air tu.. harap sediakan lah 'Life Jacket' secukupnya ok!
Petang tadi hujan lagi.. mungkin paras air makin naik dan laju arusnya.. saya pun tak pergi lagi.. hujan.. eee basah, sejukkk... yang bukak gerai kat bandar tu, tak payah risau pasal air lagi... air mencurah curah turun.. he. he. saya menyelinap celah hujan pergi beli 'tapau' untuk makan malam. tapau dah makan, tapi rasa lapar lagi ni.. camna ni..?

ok.. olih kerana hari hujan saya terperap je kat bilik.. malas nak gi mana mana, so jari jemari ni gatal dok wat laman 'xaturen search machine',.. tak keje.. lah katakan, saya tak lah ikut format yang diberikan.. maknanya saya dak daftar pun kat situ.. tapi saya try buat sendiri tanpa ada 'account' he.. he.. jangan pak cik google mengamuk sudah le.. dengan rela hati ni.. so pelawa lah tuan tuan try test cuba dulu... taip lah apa apa.. dan tekan... anda akan automatik dibawa ke laman 'xaturen search machine'... tapi anda bolih kembali semula dengan menekan "Back" le.. atau click banner 'xaturen' kat sana.. sila cuba!


aha... ni nak bagi tau lah ni.. walau pun saya tau, semua dah tau.. saya ni kan peramah..! saya serta kan link untuk pigi kat 'google coustom search' tu.. bolih lah tuan tuan cuba buat, semua disediakan, tapi kalau bolih try buat cam saya! perasan.. lah tu..

March 29, 2011

Hantu Zaman Moden.

Assalamualaikum...
ermm... moga kebahagiaan tetap milik anda.
Terima kasih kerana masih dok nak mai kat blog hebat ni.. hehe.. bukan hebat apa, cuma hebat dengan ejaan yang tungang-langang.! Pun begitu saya tetap dok tulis juga, walaupun tak sama dengan blog-blog anda yang lebih 'Hebat' erm..

Dah kira sayang pulak blog ini.. bak kata pepatah, nak telan sakit nak diluah sayang.. haaa cam tu lah lebih kurang.. ye ke..? ermm.. kalau laman sosial yang lain dah lama saya delete dah.. tapi blog tak bolih lah nak wat gitu.. nape ye.?

Orang yang ada blog je yang bolih jawab kan kan... hee.. perasan..
Ok lah.. kali ni saya nak cerita pasal hantu.. eee.. hantu! hantu makan orang...! hey... manusia.. aku makan kau...
yang peliknya tu.. hantu ni kaki dia jejak tanah pulak.., tak seperti hantu-hantu yang orang kata kaki tak sampai tanah, tu..
eee.... mak ai.. macam macam lah.. hantu ni dia ada kat mana mana sama dengan hantu hantu lain juga.. dia ni suka sangat bergaul dengan orang, baik betul hantu ni tau.. tak sangka dia sebenarnya hantu yang sangat sangat kita tak suka. Kalau kita salah cakap sikit dah sampai kat 'Bos'. Masuk terlewat sikit, aii.. bos pun tahu, walhal line memang 'clear'! cam mana bos leh tahu ni? heee.. ini mesti kerja hantu kan?

Ada kekawan bagi tahu kat bawah sana, malam tadi dia nampak hantu tiang..! aii... hantu tiang pun ada ka? kita yang mingong ni pi tanya kat mana? alaa.. yang duk berdiri kat public phone tu..! ada dua ekor hantu tiang tunggu manggsa..! aii... tak faham lah aku. Tak berani lah nak gi public phone malam malam, ada hantu...

Ada juga hantu naik moto laju sangat.. bunyi exzos kuat dan nyaring mengalahkan suara hantu menjerit ekor tersepit kat pintu. Dengar bunyi suara moto.. bingit.. laju.. lampu moto pun tak ada.. malam pulak tu! sedangkan siang hari orang pun pasang lampu, inikan pulak malam.. eee... seram betul la kat hantu ni! maunya tengah melintas, dia datang, cam mana? tak ke dua-dua jadi hantu! hantu ni nama dia 'hantu rempit'..

Lagi satu hantu nescafe 3in1..! keh.. keh.. nescafe 3in1 aku cepat sangat susut la.. baru je 'godok' sepeket dua dah nak habis..! muhaha...

Ghost In The Mirror, alaa.. emak kawin kan aku..!

sekian cerita hantu, wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 28, 2011

Hebatnya Manusia Bila Berusaha!

Assalamualaikum...
Harap semua yang teredah kat sini, sentiasa berada didalam suasana yang indah dan hebat dalam mengharunggi kehidupan ini.
Hidup ini terlalu singkat buat kita berdolak dalik untuk memulakan sesuatu perkara yang baik, buat diri dan keluarga! contohnya bila ada rangcangan nak berniaga, kita tempohkan setahun kesetahun.. tak jadi jadi juga meniaga! memang payah sikit nak memulakan perniagaan apabila sudah ada commitment rumah tangga, jadi pospon lah dahulu.. pospon sampai bila pun tak tahu! apa pun, hendak seribu daya lah kan.. tapi eloknya, dimulakan ketika masih bujang, otak masih geliga buat bisnnes! kalau dah tua nanti otak lembab.. tak ligat, susah mau untung! he. he.

Bagi yang merokok bila nak mula berhenti? minggu depan..? bulan depan..? nak pospon sampai bila tu..? susah lah sikit kalau dah jadi sebati dalam sana..! umur 16 dah ngisap rokok habis cam na..? tapi ada orang senang nak berhenti merokok, zass... sekali berhenti berhenti terus, tak mahu merokok lagi.. tak usahlah dok pi pelawa dia rokok, dia tak hisap punya!

Jadi semua pekara bermula dari hati, apabila hati dah bulat nak buat sesuatu, dia terus berusaha sampai jadi! sampai jaya ke matlamat dan tujuan. Tapi kalau hati saya macam lalang, sekejap kekiri, sekejap kekanan sekejap hati besar, skejap hati kecik.... ermm... tok sah le dok berangan, pi mai pi mai tang tu juge lah.. he.he.. ni bukan nak mengata kepada sesiapa.. seperti kata iklan kopi janda tu.. " Bukan Nak Mengoda, Tapi Nak Meniaga!"

Pendek cerita.. meh kita lihat orang yang cekal bersemangat membuat sesuatu, tak kira bertapa susah pun diaorang bolih buat! Batang balak yang besar dibuat rumah, tak heran! Batu pejal pun bolih dipahat buat banggunan!


gambar asal diatas hilang, update 29jun2023.
How they made it
Bolih kah anda berusaha seperti itu ? ermm..







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

March 27, 2011

Suami Isteri Jangan Lekas Melatah!

Assalamualaikum...
Moga hari ini, adalah hari yang ceria bagi anda semua! saya macam biasa pagi pegi keja petang balik.. ha..ha..

Pagi tadi saya ada terbaca satu article yang agak parah juga isinya. Tak tahu pulak samada cerita rekaan ataupun kesaah benar!

Kesahnya berkisar pada keluhan seorang isteri yang mempunyai suami yang malas. Isteri itu merasakan dialah yang paling banyak menyara kehidupan keluarga mereka. Dia juga mengadu yang keluarga suami selalu menganggu kehidupan suaminya.

Dari apa yang saya baca nampak sangat dia tidak berterima kasih diatas apa yang dia dapat sekarang ini, misalnya dia sudah mendapat dua orang anak yang sihat dan tak lama lagi akan hadir lagi ahli yang kelima pula dalam keluarga.

Sepatutnya kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita ada.. jangan pula sampai hendak yang belebihan pula! Jangan sesekali memberi tempoh kepada suami untuk berubah hanya kerana dia bergaji kecil.. kalau dah sijilnya setakat itu, macam mana dia hendak mendapatkan kerja yang bergaji besar macam isteri yang lebih tinggi pelajarannya?

Suami pemalas macam mana, sedangkan dia masih punya kerja cuma gajinya saja kecil, harap jangan lah kerana kita bergaji besar, kita jadi sombong pada suami sendiri pulak.

Sanggup pulak bagi tempoh untuk bercerai kalau tak berubah! iaitu berubah kepada kerja yang bergaji besar! Ataupun anda telah berubah hati kut..? yelah kat luar sana ramai yang bergaji besar kan..?

Kenapa dari awal kawin atas dasar sesama suka, tapi bila dah lama mula tak suka.? lain kali kalau nak kawin anda pilihlah yang bergaji besar bukannya atas dasar cinta! sebagai suami atau isteri kita jangan menyeksa jiwa raga pasangan sendiri setiap hari, kerana tak puas hati sebab gaji salah saorang kecil.
Jadi apa guna berkahwin? berkahwin adalah untuk bersama sama mengharunggi hidup, dan berbahagia bersama anak anak sebelum kita hilang didunia ini.

Tidak logik hanya sekadar suami gaji kecil dan hidup suami sering diganggu mertua dah nak mintak cerai! saya setuju isteri mintak cerai sebab yang lebih teruk seperti homosexual, dadah, bapak ayam. penyamun, rasuah, gila ha..ha.. dan yang seangkatan dengannya lah..

Lain pada itu tak usahlah mintak cerai kut.. opss.. lagi satu, kalau bakal suami akan datang seorang menteri, menteri apa pun tak kesah lah asal gaji besar.. pergilah.. mintak cerai.. betul tak..? lain yang kes ringan tu bolih disesuaicarakan untuk mendapat kehidupan yang lebih harmoni...

Ingat! kalau dah ada anak, apalagi dah dua tiga orang, tak payah lah fikir cerai... sebagai ayah atau ibu, hidup kita semata mata untuk kebahagiaan mereka, bukan hidup untuk kita lagi.. biasanya suami yang akan hilang dahulu daripada isteri kan?

Mungkin anda derita lebih teruk lagi dipenghujung hayat anda! sebab anak anak dah benci dan tak peduli kat kita pasal kita cerai dengan ayah dia.. dia tak dapat merasa hidup berkeluarga bahagia sebab kita bercerai...
alahai... banyak cerita kat akhbar tu! yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan!
Salah silap harap maap je ek..!

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 26, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa

Assalamualaikum...
Apa cerita hari ini.. moga anda baik baik saja.

Seperti mana manusia lain, saya pun begitu juga.. iaitu senantiasa mengharapkan yang terbaik dalam hidup ini. Dan saya mengharapkan yang terbaik juga untuk anda semua!
Hari ini masa seperti sangat lambat berjalan.. ini kerana hari ini cuti!
Jadi saya dok terperap jelah kat hotel ini. Ada sekali dua turun pergi round kat bandar KB ni.. pagi pergi jelajah pasar, tengah hari pusing pusing lagi.. ye lah sekadar melihat sekeliling bandar, tak ada apa yang nak dibeli. Last beli nasik bungkus naik makan kat atas, ermm...
Petang kita orang pergi mancing dan menjala diseberang sungai KB ni.. sampan kecil suzuki 15kuda naik lima orang.. memang sarat! air tengah pasang, dapat sikit udang dan ikan masing masing ketawa, bagi menukarkan kekecewaan la kut.

Dalam pada bersaorangan kat sini teringgat pulak kenangan lama dimasa kecil dahulu! Masa yang tak pernah rasa bosan, sebab ramai kawan yang sealiran nakal dan adventure! ermm..  masa tu kami berlima ada lah kumpulan yang sering berkumpul. Kami membuat apa saja aktiviti yang bolih menghiburkan kami. Dikala itu usia masih belasan tahun.. masih power dan tak tahu penat.! kalau setakat Gunung Jerai tu selalu sangat kami naik turun.. erm.. sebenarnya saya dari tahun satu saya menetap di Kampung Titi Teras, jadi hanya kat kaki Gunung Jerai saja rumah saya bersama Nenek, mak aii... kenangan betulla.. awat aku sedih nii..?
Ada satu kali penjelajahan kami mendaki Gunung Jerai yang masih segar diingatan. Mahunya tak ingat! sedang kami dalam perjalanan menuruni Gunung, seorang rakan kami kelihatan terkejut dan pucat mukanya.. kami mendiamkan diri setelah diberi isyarat olih nya. Kami berempat menghampiri dan betanya kenapa? dia tidak bersuara melaikan memberi isyarat menyuruh kami memasang telinga betul betul.. saya pun ikut memasang telinga dan mengamati bunyi yang dimaksudkan itu.
Apa lagi meremang bulu tengkuk apabila bunyi ngauman Harimau yang semakin jelas saya dengar! Apa lagi masing masing langkah seribu lintang pukang, ada yang tersembam ketanah, tapi terus bangun dan lari. Masing masing lari nak menyelamatkan diri dari baham Harimau! Saya sendiri rasanya mahu terbang pergi dari situ dengan segera! bunyi Harimau tu... gila apa kalau tak ada yang kecut perut.. memang tak dapat dibayangkan perasaan takut yang saya alami.. terasa harimau sedang mengejar kami semua.. Tak berapa jauh kami berlari.. tiba tiba kedengaran suara orang dewasa menjerit.. woi.. woi.. jangan lari la.. masuk gaung nanti..! saya masih tidak menoleh kebelakang, terus berlari walaupun dah tahu yang berbunyi Harimau tu sebenarnya suara manusia saja...! Sungguh kurang asam betullah... Yang berbunyi Harimau tu sebenarnya suara tiga orang Jabatan Perhutanan yang berkerja kat situ.. eeeegeram nya...

itu kesah lama dulu.. saya percaya kami semua, masih ingat kesah seram itu bila saja memandang Gunung Jerai. Kesah itu semua hanya tinggal kenangan.. kini kami masing masing membawa haluan sendiri. Tak mungkin kami akan bertemu lagi.. kerana tidak lama selepas kejadian itu, saya kembali kepada keluarga yang jauh jaraknya dari kampung Titi Teras. Dan hanya sekali dua saja kesana, jika saya kesanapun mereka tidak akan mengenali saya lagi.! wakakaa..

March 23, 2011

Siapa Nak Jadi Lanun Pergi US..!

Assalamualaikum... ermmm.. apa khabar semua? moga hari hari berlalu meninggalkan seribu kenangan manis yang sungguh indah bagi anda semua... itu lah harapan saya untuk anda semua yang masih sudi menjengah kemari..

Besarlah harapan supaya.. negara kita tidak akan menjadi sasaran seterusnya daripada  kuasa demokrasi democratic yang selalu melaung laung kan kebebasan..! kebenaran.! tapi sebenarnya penyangak  dan lanun kepala dua..... hehe.. janganlah anda bersenang hati dengan memenuhkan perut anda yang memboyot tu..

Takala Negara Libya dan rakyatnya semakin panas dengan bahang bom yang dicampakan kearah mereka tu.. berkecai tulang-belulang... bercerai berai kepala dengan badan.. sepertimana yang pernah berlaku keatas Negara Iraq, peluru bom tidak mengenal kawan ataupun lawan..! dia akan meledak dimana saja jika dilontarkan. jadi tidak heran lah sekejap lagi bersepah kepala manusia disebelah pehak peberontak yang menyokong Negara sekutu US akan berkecai...

He..he.. jika nak meniaga memang bagus kalau dengan Amarika atau US tapi jangan sesekali berjanji dan percaya dengan Amarika..! dia ni penyamun atau lanun nombor satu dunia... dia akan bunuh sesiapa saja kalau dia nak.. macam lanun dalam wayang dulu dulu tu.. hehe... lebih baik kita ikut kominis. kominis lagi tak sesuka hati bunuh orang.kan? kominis bunuh orang yang percaya agama secara terang terangan.. tapi kalau ikut Amarika US, bebas berugama... tapi bebas pulak membunuh manusia... eheheh....

Alamak awat la plak saya hari ni dok pi melarat bab politik perang ni semua...?
Jangan la negara kita ni ada banyak telaga minyak... tak kaya pun tak apalah... asalkan jangan anak, cucicit, bakal isteri isteri yang bekecai kepala otak kena bom taiko sendiri dengan sebab salah maklumat seperti di Iraq... sebenarnya bukan salah maklumat pun.... tentera dia apa peduli..? sebab dia dari negara demokrasi,
negara yang memang bebas bunuh orang. Bom dulu salah ke, ape ke, belakang baru cerita..!

oklah.... dah, jangan banyak sangat cerita pasal politik yang dikuasai kepala lanun.. nanti bolih jadi lanun juga, sebab sekarang ni kita ikut ketua lanun. PBB adalah persidangan lanun lanun sedunia di kepalai US.

Yang negara kecik terpaksa ikut juga.. kakah..kah.. ok...ok.. saya bukanya apa ... cuma kesian dengan manusia manusia yang mati kerana bom yang dibuat olih negara negara demokrasi sendiri... wadoh... hasilnya demokrasi bersamaan dengan satu sijil untuk bebas membunuh manusia demokrasi juga... wakakaka.... hebatt.... sungguh uncle sam lanun ni.
sebab itu lebih elok bertuankan Komunis daripada Demokrasi. kerana demokrasi suka berperang! ermm..!!?




Page on facebook :-  burdibird.

Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 19, 2011

Cicak Tokek Cicak Duit.

Assalamualaikum...
Wah.. rajin hari ni nak cerita pasal sejenis binatang yang digembar gemburkan bernilai tinggi, sangat tinggi nilainya sampaikan ada orang sanggup berminggu minggu malah ada yang berbulan bulan meninggalkan anak isteri semata mata nak cari binatang si tokek ni..
Mereka ini sanggup meredah hutan belantara tak kira jauh ke dekat, asal ada dengar berita ada binatang ini.. kat mana pun, mereka akan cuba berburu kat situ.. tak mengira risiko keselamatan diri meredah hutan. Inilah jika nilai duit lebih tinggi, dan orang sanggat mendambakan duit.. memang hidup kat dunia ini kalau tak punya duit memang susah. Jadi duit tu yang penting.. so kalau ada binatang yang berharga mahal.. woi mak.. sanggup bergolok bergadai buat modal mencari benda itu.
Harga sekor cicak tokek ni mencapai beribu ribu ringgit. Dengar cerita ada yang berharga berpuluh puluh ribu ringgit.
ermm... kalau saya terjumpa sekor dua kan bagus...?? bolih le enjoy sakan.. naik jet-ski kat Sungai Kelantan ni ke... pergi masuk siam ke.. kembara sampai ke Bangkok  hulamak best tu.. tapi itu cuma angan angan saja.. menatang sepisis ni adalah sanggat sukar dijumpai.. apa lagi yang macam saya ni.. harap saja cari  tidak, maknanya tak akan jumpa dapat le.. pemburu sepenuh masa yang berbulan kat dalam hutan pun belum tentu dapat hehe...
Dan sekarang ni pulak kalau dapatpun kenalah berhati hati sikit, bab dah kena lesen kalu ada simpan.. karang tak pasal pasal kena tangkap masuk lokap pulak.. dulu masa kecik kecik, banyak sepisis cicak ni.. bisanya dia berumah tangga kat rumah tinggal atau pun kat pokok pokok mati yang besar.. masa tu cicak tokek ni berbunyi agak menakutkan pada kami kanak kanak kampung. tapi la ni kalau dia bunyi lagi sekarang.. memang bunyi duit le apa lagi... hehe..
hah... mana tau kat hotel ni ada cicak tokek ni... kat sebelahkan ada banggunan lama terbiar.. hoho.. wa kaya lo..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 18, 2011

Sudah Empat Hari Di Kota Baru.

Assalamualaikum... semoga anda semua sihat sihat belaka lah ye.. saya sihat cuma kena selsema sikit, tak le teruk sangat masih bolih makan nasik lagi...

erm.. masuk hari ini sudah empat hari agaknya saya berada di bandar Kota Baru ini. Terasa macam dalam mimpi pulak bila berada dikota ini.. ye lah selama imi cuma dengar cerita orang saja tengtang Negeri ini..
Setakat ini semuanya berjalan lancar.. dan orangnya pun peramah belaka... cuma lograt kelate tu je yang agak kekok sikit de.. bila kat kedai dok kena kecek kelate sokmo.. tapi bila tahu kita orang luar, bolih pula diorang kurangkan sikit lograt kelate..

Kawan yang sorang tu dari Serawak lagi le pening kepalanya.. Makan minum bagi saya tak jadi masaalah, saya bolih makan masakan apa saja.. janji halal he. he..

Sikit hari lagi nak joint orang tempatan nak gi mancing la.. sungai sini besar.. bagus kalau buat mancing ni.. dah kenal sorang kaki pancing, nanti lah kalau dah serasi sikit bolih le bawak gi mancing de..

Apa pun agak sikit terperanjat sikit dengan menu kat satu kedai makan.. saya baru lihat sekali.. tak tahu lagi kat kedai lain.. sedang saya makan.. dan dok lihat barisan menu, ternampak sejenis menuman.. 'Air Tuak' hebat ni... air tuak pun ada jual tu.. tapi saya tidak tanya pulak air macam mana.. budak Serawak tu dah kenyit kenyit mata.. his tak mungkin air tuak Serawak.. keh..keh.. erm.. nanti sikit hari saya nak test tanya kat penjual tu..

Hari ini hujan awal pagi gerimis.. petang kul tiga hujan agak lebat.. terkena sikit hujan.. pantang la kena air hujan.. sikit saja pun kepala dah pening selsema.. adohh.. heran aku.

Ponton sedang membawak pasir.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 16, 2011

Jalan Jauh Hari Ini.

Assalamualaikum...

Semoga anda berbahagia selalu weh...
Ok hari ni ada la penat sikit le... saya macam biasa sibukk..tak tentu pasal... cuba bayangkan baru saja cuti dua tiga hari... dah kena keje pulak.... eeee mau saja aku ni jadi tokey... saja. senang.. main cakap... saja. awak pegi sana.. awak pegi sini...

Ada ka patut baru nak senang kat ptp... dah di suruhnya aku pegi Kelantan.. dia ingat dekat.. gamak nya... dah la aku tak penah pegi pulak tu..
Tapi tak pe demi tugas aku terpaksalah pegi... kalu tak pegi alamat kata orang tua tua.. dapur tak berasap le...
Saya pegi google cari jalan mana yang ok le sikit... ye lah aku ni memang tak penah pegi Kota Baru tu..

ermm.... dengan berat ati saya betolak dari bandar 'P' cewah.. ada bandar P la pulak... ok sapa nak teka sila kan .. kalu dapat saya bagi hadiah istimewa... sekali.. teka lah dulu ok.. bukan PTP tapi P saja... Malam kul 12 betolak ke Kelang.. pasal pagi nak ambik kawan dia pergi sama.. orang serawak tu... mata tak tahan melantak tidur dulu kat Pagoh.. kul 2 pagi sampai 5 pagi.. terus pegi kelang kul 8 sampai Kelang.
Gedebuk gedebak... kul 9 setengah naik utara pasal nak pegi ikut Simpang Pulai.. pergh.... punya jalan berbelit.. mak datok.. jakun pulak aku lalu jalan tu... eee... mau pitam.. sampai satu tempat teringat pulak kat Karam Sing Walia kat tv3 sikit masa dulu... memang botak bukit tu dikerjakan... Sampai Gua Musang lepak habis... saya pun bukan le kaki jalan pun.. tah kenapa saya ikut jalan tu pun tak tau la.. kalau ikut Kuantan ok ke ha? Dari Gua Musang ke Kota Baru pun kuruss... semangat. dah la keta aku jalan macam semut... saya pun tak le berani bawak macam lipas... jalan baru kena hati hati la sikitkan...

Pukul 8 malam baru sampai Kota Baru... jangan tanya kenapa lambat.. ok.. tercari2 hotel yang bos dah tempah awal.. sebelah hotel ada warung... pekena barang sepingan dua terus naik tidur.. besuk kena keje....!! cuba you pikir..!! kebas kaki pun belum hilang lagi...
adohhh... ok sekian.
wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




March 09, 2011

Macam-Macam Hal.....! Bolih Terjadi Dalam Satu Masa Yang Terdekat

Assalamualaikum...

Seperti biasa saya harap abang2 dan adik kakak semua ok je lah ini hari ye..


Hari ni saya macam biasa sibuk juga lah.. masa kerja tadi tak ada kat tempat kerja.. cam mana tu..! kira cabut lari le satu hari.. pergi sana pergi sini...

Mula tu pigi tukar tayar keta yang dah botak licin tu.. kat kedai tayar pun kena beratur.. cepat kaya lah tokey kedai tu.. ramai pelanggan lah kata kan.. tak sabar macam nak beli tayar pasang sendiri je.. ala bukan nya susah sangat pun.. macam nak beli je mesin pembuka sekeru tu.. heh.. heh... tapi tak pe.. sabar.. saya dah bayar dia pasang lah kan..

Tengah dok tunggu.. jumpa pula geng lama.. cerita punya cerita.. kita orang pekena cendol kat warong sebelah.. cong punya cong.. sekali datang hey.. belum tukar lagi tayar tu.. orang lain pulak dah potong line.. eee mak kau.. berasap lubang hidung dibuat nya.. dah le kita nak cepat..! dekat dekat nak jadi naga dah tu... gagah lagi sikit.. hem.. jadi naga..?

Pas tu dah siap pasang tayar, terus jalan pigi balai polis trafik.. nak cek saman le apa lagi.. he.. bab nak buat road tax.. dah panggil orang buatkan tapi tak bolih bab kena sekat.. ada saman.. is..is.. masa mana pulak polis tu saman aku ni... pemandu yang perihatin cam saya pun kena saman ka!

Sampai setengah jalan mata pulak nak tidur...

ada ka patut! tak bolih jadi.. mau masuk sawit kalu cam ni.. cari tempat baik punya kat kawasan Masjid bawah pokok.. perh... angin bertiup sempoi... ja.. layan dekat satu jam kat situ.. itu pun talipon bunyi.. alahmak dah kul berape ni..? rupanya baru kul satu lima puluh tengah hari.. ada sms.. heee... celcom punya sms .. dapat teket wayang konon.. dia tak tahu kita ni bukan kaki wayang.. buat wayang ade la.. he he...

Woi... terus pigi balai.. banyaknya manusia yang kena saman...! beratur lagi nak cek saman pulak... sampai yang kat kaunter dah biru muka melayan pertanyaan yang hampir sama setiap orang.. sekali cek... ada tujuh saman... oi.. banyak tu.. hebat fatimah betul lah.. tahun 1999 pun ada tu... eee tak kuasa nak bayar cam tu punya banyak... sapa suruh saman ni haa?

Dah saman bayar le sendiri kan..

pulak saya kena bayar..? kira punya kira ada dipotong sikit jumlah kena bayar RM444 ... mak oi... banyak tu kena bayar! nak bayar ini hari dah tak bolih.. dah cukup limit... orang pun nak balik umah juga tu.. besuk je bayar...

Haa.. amacam cerita tu ok ke..? hentam saja lah mamat... lepas tu pigi melawat isteri member bersalin..
Tak salah kan... yelah.. bagi tahniah..! bukan senang nak dapat anak.! masuk wat masa lawatan pukul 4.30 petang.. heh.... banyak nya orang beranak..! semua hidung kembang-kembang belaka..! wakaka...

Tahniah le kat kawan tu dah dapat anak, dah jadi ayah anak pertama, kepada isteri kedua...! memang hebat..!

Ok lah.. tak yah cerita banyak banyak, nanti penat nak baca..
jumpa lagi.. wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

March 08, 2011

Hangat Hangat ... Ayam.!

Assalamualaikum,

Maaf la dah lama saya tidak menulis kat sini,..
Sebenarnya sekarang ni dok sebuk memanjang,... dan ditambah dengan takde modal nak tulis,.. modal tu ada,.. cuma takut tak sesuai la pulak,...

Kalau main hentam cam ni sesuai lah kut,... he... macam kelakar ke,.. tak kelakar,..?
tak pa lah kalau tak kelakar,..

Ni nak cerita ni,.. kut dulu tu masa mula tahu sikit berblog,.. huh,.. semangat nak wat macam-macam,... bila dah lama sikit,.. ditambah dengan sebuk kerja memanjang,...

Mula lah dah tak de apa nak buat lagi dengan blog saya ni,... dah dok senyap sunyi,.. saja,.. takdak perubahan,... ada juga kekawan yang dah dok pi bising,.. 'apa dah jadi dengan blog ko tu zek,..? ko tak edit ke,..?' hee,.. edit..!
sory lal zul,.. aku bukan tak nak edit,.. masa tak cukup lah,.. cey wah,.. masa tak cukup,...

erm,.. saya rasa anda semua tak lah berapa kenal saya kan,. kan,. so jadi nak tambah cerita lagi sikit ni,.. cerita sensasi gila,.. alamak,.. jap sambung..



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!