March 27, 2011

Suami Isteri Jangan Lekas Melatah!

Assalamualaikum...
Moga hari ini, adalah hari yang ceria bagi anda semua! saya macam biasa pagi pegi keja petang balik.. ha..ha..

Pagi tadi saya ada terbaca satu article yang agak parah juga isinya. Tak tahu pulak samada cerita rekaan ataupun kesaah benar!

Kesahnya berkisar pada keluhan seorang isteri yang mempunyai suami yang malas. Isteri itu merasakan dialah yang paling banyak menyara kehidupan keluarga mereka. Dia juga mengadu yang keluarga suami selalu menganggu kehidupan suaminya.

Dari apa yang saya baca nampak sangat dia tidak berterima kasih diatas apa yang dia dapat sekarang ini, misalnya dia sudah mendapat dua orang anak yang sihat dan tak lama lagi akan hadir lagi ahli yang kelima pula dalam keluarga.

Sepatutnya kita mestilah bersyukur dengan apa yang kita ada.. jangan pula sampai hendak yang belebihan pula! Jangan sesekali memberi tempoh kepada suami untuk berubah hanya kerana dia bergaji kecil.. kalau dah sijilnya setakat itu, macam mana dia hendak mendapatkan kerja yang bergaji besar macam isteri yang lebih tinggi pelajarannya?

Suami pemalas macam mana, sedangkan dia masih punya kerja cuma gajinya saja kecil, harap jangan lah kerana kita bergaji besar, kita jadi sombong pada suami sendiri pulak.

Sanggup pulak bagi tempoh untuk bercerai kalau tak berubah! iaitu berubah kepada kerja yang bergaji besar! Ataupun anda telah berubah hati kut..? yelah kat luar sana ramai yang bergaji besar kan..?

Kenapa dari awal kawin atas dasar sesama suka, tapi bila dah lama mula tak suka.? lain kali kalau nak kawin anda pilihlah yang bergaji besar bukannya atas dasar cinta! sebagai suami atau isteri kita jangan menyeksa jiwa raga pasangan sendiri setiap hari, kerana tak puas hati sebab gaji salah saorang kecil.
Jadi apa guna berkahwin? berkahwin adalah untuk bersama sama mengharunggi hidup, dan berbahagia bersama anak anak sebelum kita hilang didunia ini.

Tidak logik hanya sekadar suami gaji kecil dan hidup suami sering diganggu mertua dah nak mintak cerai! saya setuju isteri mintak cerai sebab yang lebih teruk seperti homosexual, dadah, bapak ayam. penyamun, rasuah, gila ha..ha.. dan yang seangkatan dengannya lah..

Lain pada itu tak usahlah mintak cerai kut.. opss.. lagi satu, kalau bakal suami akan datang seorang menteri, menteri apa pun tak kesah lah asal gaji besar.. pergilah.. mintak cerai.. betul tak..? lain yang kes ringan tu bolih disesuaicarakan untuk mendapat kehidupan yang lebih harmoni...

Ingat! kalau dah ada anak, apalagi dah dua tiga orang, tak payah lah fikir cerai... sebagai ayah atau ibu, hidup kita semata mata untuk kebahagiaan mereka, bukan hidup untuk kita lagi.. biasanya suami yang akan hilang dahulu daripada isteri kan?

Mungkin anda derita lebih teruk lagi dipenghujung hayat anda! sebab anak anak dah benci dan tak peduli kat kita pasal kita cerai dengan ayah dia.. dia tak dapat merasa hidup berkeluarga bahagia sebab kita bercerai...
alahai... banyak cerita kat akhbar tu! yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan!
Salah silap harap maap je ek..!

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~