جزاكم الله خيراالجزاء
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah disaman rm200 juta!
Orang yang menfailkan saman itu adalah Vincent Tan saorang taiko perniagaan besar Malaysia, Vincent Tan juga adalah pengasas Berjaya Land Berhad. Berjaya Land Berhad terlibat dalam banyak perniagaan salah satunya adalah Sports Toto Malysia Berhad.
Memang bermasaalah kalau sesiapa mencari pasal dengan Vincents Tan ini, banyak duit dia, dia bolih pasang ramai peguam hebat untuk pertahankan diri dia.
YAB Menteri Besar Kedah difahamkan telah membuat kenyataan fitnah terhadap Vincent Tan bersabit dengan projek mega di Selanggor, projek rm10 billion di Sungai Kelang iaitu projek Gerbang Maritim Selanggor.
Ucapan YAB Sanusi bermaksud ada sekandal antara YAB Amirudin Shari, Menteri Besar Selanggor dengan Vincent Tan (Berjaya Land) ketika mengendalikan projek Gerbang Maritim tersebut sehingga Negeri Selanggor mengalami kerugian sebanyak rm180 juta.
Kenyataan YAB Sanusi adalah fitnah terhadap dirinya (Vincent Tan) olih itu beliu telah menuntut YAB Sanusi memohon maaf dan membayar rm200 juta sebagai pampasan diatas kerugian yang dialami olih syarikat beliu (Berjaya Land).
8 ogos ini adalah tarikh akhir bagi YAB Sanusi menyelesaikan semua tuntutan Vincent Tan, jika YAB Sanusi gagal berbuat demikian, tindakan selanjutnya akan diambil keatas beliu (YAB Sanusi).
Berita ini dipetik dari :-
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/08/07/vincent-tan-tuntut-sanusi-bayar-ganti-rugi-rm200-juta/
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~