جزاكم الله خيراالجزاء
Mengambil keputusan untuk tidak
membuang masa yang ada, dengan membiar berlalu begitu saja saorang warga emas bertikad untuk mengusahakan tanaman betik. Bidang prtanian ini walaupun bersekala sederhana tapi memerlukan tumpuan sepenuhnya agar apa yang diusahakan meberi pulangan yang berbaloi.Warga emas ini adalah perasara
dari sebuah syarikat swasta yang besar. Setelah bersara banyak masa terluang terbiar begitu shaja. Namun baru-baru ini dia membuat rundingan dengan sabuah syarikat agar dia bolih menggunakan tanah kosong mereka untuk pertanian.Akhirnya beliau dibenarkan
menggunakan tanah tersebut untuk pertanian dengan beberapa syarat, untuk permulaan beliau telah menanam ratusan pokok betik baka komesial iaitu yang menhasikan buah yang diterima pasaran.Katanya selain
berkemungkinan besar mendatangkan hasil, beliau berkata dengan bertani juga beliau bolih menyihatkan dirinya kerana bila berkebun badannya selalu berpeluh dan beliau merasa segar.
Dapatkah anda kenali siapa
anak muda yang berbaju kotak ini? beliau bukan pekerja kepada warga emas beliau hanya kenalan lama kepada warga emas tersebut. Beliau datang menolong menghidupkan pam air yang mogok, beliu sendiri ada beberapa ekar tanah yang disewa dan ditanam dengan sayur-sayuran.
Saudara kita ini
sudah bertahun-tahun menetap disini, setelah berbagai usaha dijalankan akhir beliau sendiri mengusahakan pertanian dengan menyewa tanah dari orang kita, sebenarnya peluang pertanian ini sangat mengutungkan jika diusahakan dengan betul dan rajin.
Baik, kita buang semua
perasangka tidak baik, cuma ambil contoh yang baik dari apa yang mereka usahakan, tidak ada apa yang tidak bolih! jika kita mahu!
Bacaan Al'quran Al'karim 30 Juz Lengkap
Terima kasih! Jumpa lagi
Baca Lagi Kesah Fidah!
No comments:
Post a Comment
errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~