April 01, 2023

Sekim Cepat Kaya Cara Baharu Mencari Ahli Dengan Menyertai Group Telegram

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera selamat berpuasa,

dan semoga anda sihat sejahtera setiap hari dan dapat menjalankan ibadah dibulan ramadhan ini dengan sempurna, insyaallah.

Saya beberapa hari lalu telah dipengaruhi olih sesaorang yang saya kenal, dia meminta saya menyertai skim mendapatkan wang mudah. Wang mudah itu akan masuk keakaun bank kita setiap hari.

Cara untuk mendapatkan wang mudah ialah dengan menyertai atau mendaftar diri kedalam skim yang dijalankan. Nama skim group itu seperti ini. ( Cikgu Salleh Founder Komuniti SCC Nur Aqil & Twin Network (M) Sdn Bhd ) nak daftar perlu membuat bayaran.

Berhati-hati lah semua sahabat,

sekim yang seperti ini telah berkali-kali timbul, ianya satu cara mudah mereka menipu orang ramai dengan janji mendapat pulanggan yang mudah setiap hari atau setiap minggu.

Sebenarnya tiada jalan mudah untuk jadi kaya segera! semua ini satu penipuan belaka, sama seperti skim cepat kaya yang lepas lepas juga.. cuba bayangkan daftar beli barang sekali.. selepas itu terus dapat duit dengan mudah hanya dengan hanya mencari ahli baru.


mempamer duit untuk mempengaruhi orang ramai

Kesian juga ramai yang kena tipu.. paling kurang pun hangus rm1500.

Berhati-hatilah... tiada cara mudah untuk dapat duit, kalau ada orang kata ada cara mudah.. suruh dia tunjuk kebun ladang beratus ekar atas nama dia sendiri! taman perumahan satu taman atas nama dia, lepas tu mintak la kerja sikurity dengan dia.!!

Sememangnya tidak ada jalan pintas dengan menyertai skim pelaburan apa pun, melainkan diri sendiri terjumpa harta karun dalam tanah, jumpa harta karun baru bolih jual baru kaya segera.!

Awal-awal sudah keluar duit untuk sertai skim, kalau duit sudah mudah dapat.. logiknya tidak perlu lah diit untuk daftar masuk, daftar saja la.. duit datang kemudian.. bayar lah guna duit yang masuk selepas itu kan..??







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

4 comments:

  1. ramai yang tertipu kerana keadaan hidup terdesak untuk dapat duit lebih

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi info. sebab ini saya tak galakkan orang tua saya ada akaun telegram. cukuplah whatsapp

    ReplyDelete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~