March 17, 2023

Pontian Kecil Suasana Bandar Di Tepian Pantai Yang Tenang Dan Damai

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam Jumaat

untuk semua sahabat jauh dan dekat.

Apa khabar anda semua hari ini.? harapan saya agar anda senantiasa aman berbahagia selalu.

Pontian adalah bandar memang betul-betul ditepi pantai, suasana pantai disebelah petang sangat menarik. Ramai pengunjung datang ke Tambak untuk berriadah.

Siapa yang suka pantai datanglah ke pontian disini ada banyak tempat berehat atau memancing. Selalu juga pontian dijadikan tempat lumba memancing!

Bila perut lapar jangan risau, ada banyak gerai-gerai yang menjual berbagai jenis hidangan, ada bakso, ada longtong, ada begedel, nasi ambeng, soto dan lain-lain semua sedap-sedap...

Keadaan cuaca di Pontian pada hari ini baik, sebelah pagi cuaca panas selepas tengah hari agak redup sikit mungkin sedang hujan gerimis, tapi tidak lebat, hanya gerimis.

Sebelah pagi saya pergi meletakan jagoh kampung diluar biar dia mandi cahaya matahari, dah lama dia berada didalam.

Suka dia duduk diluar bawah pokok kelapa, galak dia berkokok dan disambut kokokan ayam jantan lain, hai.. siapa saja yang bela ayam ditaman ni..😅


Jagoh berehat dibawah pohon kelapa

Jumpa lagi besok, wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



4 comments:

  1. Eh…saya pun asal orang Pontian 😊
    Baru je balik kampung jenguk mak pada hujung minggu lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke.. Ujie asal pontian, baguslah.. semoga sihat seharian ..ok

      Delete
  2. best la duduk kampung ...damai dan tenang jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best la duduk kampung, kena pulak org yg jiwanya suka tempat sunyi...bolih la..

      Delete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~