March 02, 2023

Berkawan Dengan Hantu Dua Siri Cerita Seram Yang Diceritakan Dan Saya Ceritakan Kembali

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam mesra dan salam berbahagia. Bagaimana anda hari ini? moga-moga anda sihat sejahtera selalu.

Okay, kali ini saya hendak berkongsi cerita seram lagi, cerita orang berkawan dengan hantu kubur. Seram ke tidak seram bergantung kepada cara bercerita dan orang yang membaca ceritanya.
Memang ada bermacam hantu sebenarnya, bagi orang pernah diganggu hantu tahulah hantu itu aoakah bendanya. Bila diceritakan kepada orang lain pun, orang lain kurang mempercayai, orang akan berfikir dia hanya mereka-reka cerita sahaja.

Ada disebut hantu tanah, hantu laut, hantu sungai, hantu jalan, hantu bukit, hantu pokok, hantu pontianak dan bermacam lagi hantu. Dan hantu ini banyak atau ramai. Dan saya pun rasa seram bila bercerita seperti ini.

Kalau dulu masa masih bekerja, hantu memang kita nampak, dan kita kenal pun, itu namanya hantu tauke atau hantu toke dia ni suka sangat mengadu semua pekara kepada toke, semua dia repot tak kira siapa semua kena, memang sudah perangai dia macam itu suka mengadu, sebab itu digelar hantu, tapi kalau depan kita dia okay-okay saja.

Kerja saya pun biasa saja masa itu, kerja dengan syarikat pembinaan. Saya hanya saorang operator excavator, ermm.. biarlah.. pekara itu sudah lama berlalu.. ada juga coretan saya yang lepas-lepas pasal kerja saya. Berbalik cerita hantu yang saya hendak kongsikan ini ialah kesah hantu kubur yang betul, betul-betul punya hantu bukan hantu main-main.

Bagi orang tertentu mereka ini bolih berintrasi dengan kehidupan di alam lain. Kehidupan Jin atau orang Bunian.. yang kita hendak bercerita ini ialah tentang hantu, hantu ini mungkin duduk diantara dua makhlok Jin dan Bunian, kebarangkalianya.!

Ceritanya begini, ada saorang yang saya kenali dia ini bolih bercakap dengan hantu, betul ke ini? nampak macam saya bohong kan? sebenarnya saya tidak bohong.. mungkin temberang saja.. pun tidak juga, saya tak cakap bohong. Dia berkata dia memang bolih berintrasi dengan hantu!!

Dia sekarang menetap di Gerik, dikampung kawasan sana lah. Dulu dia tinggal berhampiran dengan rumah saya dikampung di kedah. Dah lama juga saya tidak pernah berjumpa dengan dia lagi, insyaallah bila ada rezeki saya akan menziarahi dia.

Dan saya masih ingat pesanan dia lama dahulu sebelum dia berpindah ke Gerik, dia hendak berpesan, satu sahaja katanya, dia berpesan supaya sentisa mengucapkan "Assalamualaikum" bila bertemu dengan siapa-siapa pun kenal ka, tak kenal ka, kena bagi salam dahulu sebelum memulakan bicara.
Itu sajalah dia hendak berpesan katanya. Saya meganguk saja masa tu, tapi itu lah, masih ingat sampai sekarang. Semoga dia sihat sejahtera sekarang ini.

Berkenaan dengan dia bolih berkawan dengan hantu ini macam ini, dia ini orangnya tidak pernah takut untuk berjalan dimalam hari dikawasan perkuburan.
Kawasan rumah keluarga dia memang berdekatan dengan perkuburan, setelah dia berkahwin dia berpidah berdua dengan isteri dia dan tinggal pula berdekatan dengan rumah keluarga saya.
Keluarga dia masih lagi tinggal dirumah yang berdekatan dengan perkuburan tadi.

Olih kerana dia sejak kecil lagi sudah terbiasa dengan kawasan perkuburan dia sudah lali dengan rasa takut atau memang tidak ada rasa takut sedikit pun jika berada atau berjalan melalui kawasan perkuburan.
Atau berjalan saorang diri didalam hutan, semak belukar baik siang ataupun malam. Kebanyakan orang kampung memang tidak takut akan hutan paya, bukit bukau dan tiada sempadan waktu, mereka ada melakukan aktiviti sara hidup didalam hutan.

Kebetulan pulak mungkin dia tidak diajar rasa takut sejak dari kecil, jika orang luar tentu melarang anak-anak mereka bermain atau melalui kawasan kubur.

Ditepi kubur memang ada sungai, sungai itu adalah tempat mereka memancing baik siang ataupun malam.

Jadi lokasi atau geografi nya seperti ini, tanah daratan kemudian sungai selepas sungai adalah sawah selepas sawah ada lagi satu sungai, seperti dalam kebanyakan lukisan perkampungan. Kebanyakan penduduk tinggal berhampiran dikedua-dua sungai ini.

Disatu kawasan daratan inilah, diwakafkan menjadi tanah perkuburan. Kebetulan tanah kebun dan sawah keluarga dia disebelah kubur, sejak dari nenek moyang dia memang mereka sudah tinggal disitu.
Dulu ikan sungai atau sawah adalah sumber protin atau punca utama untuk mendapatkan ikan, tidak seperti sekarang kita beli ikan dikedai atau pasar.

Bermulalah kesah, pada suatu hari.. (dah panjang sangat ni)
bersambung!







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~