March 13, 2023

Apa Ada Pada Nama Satu Pertanyaan Yang Harus Ada Buat Bakal Ayah Dan Ibu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam ceria dan salam kasih mesra

buat anda semua, semoga anda baik-baik sahaja.

Terlebih dahulu saya bermohon kemaafan terlebih dahulu, kerana kali ini saya akan menulis tentang nama, apa ada pada nama!

Tujuan saya menceritakan perihal nama ini bukan untuk ditujukan kepada siapa-siapa pun, ini hanyalah isi konten atau isi muka surat blog xaturen yang saya terbitkan.

Saya bertekad untuk menulis sekurang-kurangnya satu hari, satu konten atau satu artikal, jadi, apa-apa saja yang terlintas difikiran, saya akan tulis, itu saja yang buat, tidak ada tujuan lain selain itu. Apalagi untuk menyentuh hati dan perasaan orang lain.

Idea untuk menulis tentang 'apa ada pada nama' datang ketika saya menghantar Ibu saya ke kelinik kesihatan kerajaan pagi tadi.

Ketika menunggu giliran untuk berjumpa doktor, dimasa itu lah nama-nama akan disebut atau dipanggil untuk berjumpa doktor atau mengambil ubat dikonter ubat.

Jadi banyaklah nama dipanggil, dalam banyak-banyak nama yang dipanggil, ada satu nama yang saya terfikir untuk membuat satu penulisan dalam blog ini tentang 'apa ada pada nama'.

Anda tentu hendak tahu apakah nama tersebut, nama tersebut adalah nama saorang makcik paruh baya, yang turut menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Nama yang dipanggil untuk mengambil ubat adalah Basah. Sayangnya saya tak perasan pulak Basah binti apa?

Barbalik pada 'apa ada pada nama' yang saya hendak tulis ialah, apabila kita hendak memilih nama untuk apa saja kepunyaan kita, tidak kiralah apa saja, nama kedai, nama syarikat, nama rumah, binatang peliharaan, kita mesti berhati-hati meletakan nama atau berhati-hatilah memberi nama.

Kerana nama itu nanti akan memberi kesan kepada empunya nama dan kesan juga kepada pandangan orang lain.

Pilih dan berikan nama kepada semua kepunyaan anda dengan sebaik-baik nama, kerana nama itu sangat penting dan sangat mempengaruhi.

Apa lagi ketika hendak memberi nama kepada anak-anak kita, tidak salah jika buat sedikit kajian atau pembacaan bagaimana untuk memberi nama yang elok kepada anak-anak.

Buat yang tua-tua macam saya ni.. tak payah sebuk nk cari buku pulak! 😅😅 tak ada makna nye...!

Tulisan ini mungkin akan dibaca olih generasi muda akan datang, apabila mereka tergerak hati mencari rujukan di-internet bagaimana hendak memilih nama anak yang sesuai.

Sebagai contoh, nama moden bagi anak-anak zaman sekarang hanya comel atau sedap dipanggil hanya pada usia mereka masih kecil apabila mereka meningkat dewasa nama tersebut terlalu janggal dipanggil.
Itu satu bab yang kita kena fikir apabila memberi nama kepada anak-anak. Contoh nama moden satu perkataan iaitu Romeo, comel ketika kecil bila besar dan tua? apalagi bila dah meninggal.. apabila talkin dibaca, apakah masih comel nama itu?
Belum lagi nama anak yang tiga patah perkataan dan moden, di bin pulak atau binti dengan tiga patah perkataan lagi!! apakah masih comel..?

Jadi jangan hanya meniru atau mengikut tren apabila memberi nama terutamanya nama kepada anak-anak. Jika anda islam, jangan risau.. begitu banyak nama-nama Nabi yang kita kenali, nama anak perempuan pun banyak.

Dengan memilih nama yang baik yang bolih gagah digunakan semasa kecil, semasa muda, semasa dewasa, semasa paruh baya, semasa tua dan semasa akhirnya ditalkinkan namanya. Masih gagah disebut!

Begitu juga nama tersebut sesuai bila mereka remaja dan bekerja dibelbagai bidang pekerjaan, cuba fahamkan bila saya sebut dibelbagai bidang pekerjaan! sudah tentu nama tersebut sangat mempegaruhi kerjaya mereka.

Contoh nama moden 'Gaishan Raffasya Hafis' apakah nama ini sesuai untuk baby sehingga hari tua dan kemudian dihari terakhirnya?

Masa belia, masa berkejaya, masa tua yang sering sakit sakitan, masa beratur mengambil ubat bila sudah tua, dan masa nama disebut terakhir kalinya. Apakah masih comel nama tersebut.?

[Apa pun hal nama ini bebeza-beza pandangan, bukanlah ia menjadi suatu yang harus di-ikuti atau mesti mengikuti cara-cara tertentu, terserahlah kepada kebijaksanaan masing-masing untuk menentukanya.
Asalkan nama yang kita pilih itu tidak bermakna buruk atau bersamaan dengan benda-benda yang rendah martabatnya.]

Kesimpulanya tolong pilih nama yang terbaik untuk anak-anak anda, paling mudah pilih lah nama biasa sahaja. Nama biasa sangat memudahkan perjalanan hidup mereka nanti baik nama baby lelaki atau perempuan.

Baiklah kita bersangka baik! Anak bijak dalam pelajaran, melanjutkan pelajaran diluar Negara, belajar dibidang jurutera pesawat terbang, apakah nama 'Gaishan Raffasya Hafis' bolih memudahkan mereka? Anda bolih jawab sendiri.!

Ini contoh sahaja tidak ditujukan untuk siapa-siapa..

Cukup catatan saya hati ini, mungkin akan bersambung topik yang sama besok, nama benda atau nama kedai dan syarikat.

jumpa besok, wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



2 comments:

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~