February 04, 2021

Ikan Kerapu Besar

Assalamualaikum...

Semoga anda semua berada didalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja untuk hari dan selamanya.

Sekarang ini masih lagi musim PKP mulai beberapa hari lepas seluruh Semenanjung diistiharkan PKP. Saya pun duduk rumah sahaja lah, ada la sesekali keluar kekedai untuk mencari barangan dapur.

Dan bila terasa hendak makan ulam ulaman, saya menaikai motosikal dan pergi kekawasan hutan kecil atau ditepi tepi jalan terpencil, kerana banyak terdapat daun-daun ulaman seperti pucuk paku pakis dan paling banyak ialah pucuk Ubi kayu.

Saya selalu sangat dalam dua tiga hari sekali tentu saya ketepi sungai besar disini untuk mencari ulam ulaman, kawasan tanah yang subur apa lagi selepas tebingnya dicuci olih Jabatan Peparitan.

Ada kala selalu juga saya bertemu dengan pemancing ikan dikawasan tebing sungai ini ada juga yang memancing diatas jambatan batu disitu, memancing disitu tidak memjadi masaalah sangat kerana jabatan batu itu jarang dilalui orang, hanya apabila pekerja atau pekebun sawit sahaja yang menggunakanya.

Pernah juga saya teserempak dengan kaki pancing disitu yang hasil yang agak lumayan besarnya, tetapi tidaklah sebesar ikan yang saya muat naik dibawah ini.

Video dibawah ini yang saya daripada media sosial terasa ingin saya berkongsi dengan anda semua! mungkin anda belum pernah lihat lagi video ini.
Semua kaki pancing meimpikan joran mereka berhasil menaikan ikan sebesar itu, agak susah juga untuk menjadi kenyataan kerana sudah tiada lagi ikan sebesar itu berkeliaran.

Jika imbas kembali zaman kecil saya, bukan disini tetapi dikampung kelahiran saya dahulu, ikan sangatlah banyak didalam sungai pada masa itu air sungai sangat jernih, saya dengan rakan sekampung selalu menyelam dan melihat didalam sungai. Kami menggunakan cermin menyelam yang berwarna biru diperbuat dari bahan getah sekeliling nya dia akan melekap kemuka kita. Memang betul jernih! ikan pun banyak berkeliaran dihadapan kita sebesar dua jari orang dewasa dan ada yang lebih besar.

Sekarang semua itu sudah tiada lagi, sungai masih ada cuma airnya sentiasa putih atau kata orang kampung air keruh. Ikan pun susah hendak hidup lagi disitu, walaupun masih banyak lagi sungai yang jernih airnya, namun jika hendak dikira peratusanya lebih banyak sungai yang tercemar dari yang jernih, jika jernih sekalipun hanya beberapa kilometer sahaja yang jernih... selebihnya yang menuju kelaut semua keruh atau air nya putih.

Jadi sesekali bagus kita dapat melihat kelibat warga yang sangat bernasib baik mendapat rezeki yang tidak terduga ini. Saya simpan disini videonya dan untuk tontonan generasi akan datang!

Ayuh kita menonton bersama!

Ikan Kerapu Besar. Ikan lautan.


salamceria





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~