April 09, 2013

Slim River - Felda Terolak.

Assalamualaikum...

Salam hormat tuan-puan, adik kakak.. apa khabar hari ini? semoga anda semua sihat ye..

Hari ini saya berada di Terolak dekat Slim River Perak.

Ini pertama kali datang kesini, udara segar kat sini sebab banyak pokok-pokok menghijau, berpemandangan bukit dan gunung berkabus sayup mata memandang.

Semalam petang raund kat dalam kawasan Felda Terolak, masa dalam perjalanan ketempat semaian Felda tu, untuk cari benih sawit.

Inilah duit punya pasal bukit-bukau yang begini punya tinggi pun habis ditarah buat tanam sawit, jika tidak berapa bermodal.. lupakan saja kalau berhajat hendak jadi tokey ladang sawit, kerana banyak wang diperlukan untuk membeli dan mengerjakan ladang ini.

Keluasan tanah saja 200 ekar lebih. Agak lah sendiri kalau kita hendak membelinya..?

Atasnya jalan Lebuhraya Utara Selatan. Saya melaluinya setiap hari untuk keladang ini. Selepas lintasan ini ada jalan lama utara selatan la kut, saya pun tak pasti. Dari sini untuk sampai keladang pun jauh lah juga rasanya dalam enam km untuk sampai.

Ladang Sawit tahap gaban.. sebab bukit bukau berbatu, dan ada kawasan curam pun tanam sawit jugak.. agaknya bagaimana hendak petik sawit itu nanti..?

Harta yang dikerjakan ini tentunya untuk keturunan tuan punya ladang ini, jika untuk dia sendiri, duit buat modal saja tak habis pakai dua tiga keturunan ooii.. memang besar lah jumlah kapital nya kata orang.

Dikawasan pejabat Risda Semaian.

Bunga kuning diatas bukit ini, cuba teka bunga apa?


edited15/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



1 comment:

  1. Bunga Tembikai Tikus... biasanya hidup kat belukar..

    jadi makanan tikus.. haha..

    ReplyDelete

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~