March 18, 2013

Pengajaran Lahat Datu.

Assalamualaikum...

Salam berbahagia semua, apa yang anda sedang fikirkan apabila ketika mula mendapat khabar yang Negara kita diceroboh diLahat Datu sana?

Apakah anda tidak merasa apa-apa langsung didalam diri anda? Apakah anda sibuk sehinggakan terlupa yang kejadian tersebut sangat besar pengajaranya terhadap Negara Kita.

Mungkin anda tidak terlibat secara langsung dalam kes ini, maka sudah tentunya anda tidak merasai apa-apa, anda hanya berdoa supaya kerajaan akan mengambil tindakan yang betul untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.

Ok.. betulah kalau begitu.. sebab kita orang biasa ini tidak mampu hendak membuat keputusan yang bolih mempegaruhi kepimpinan yang ada.

Hanya mungkin didalam fikiran anda, yang kita ini telah tersilap membuat percaturan berkenaan dengan keselamatan Negara. Atau mungkin juga kita terperanjat dengan musuh-musuh yang tidak disangka ini.

Saya pun tidak reti nak cakap apa-apa kerana hal yang membabitkan Pulau Batu Putih masih lagi bermain difikiran... masih ramai orang yang belum lagi dapat menerima kehilangan P. Batu Putih.

Kita harus sentiasa awas dengan jiran kita yang berada disekeliling kita, kerana mereka tidak jujur dan sentiasa mencari jalan hendak mencuri apa-apa saja daripada kita.

Untuk pengatahuan pemerentah atau kerajaan Malaysia, kita berharap segera mengambil tindakan bijak bagi melindugi pulau-pulau yang ada diperairan kita.

Jangan diberi peluang untuk mereka mencuri dalam senyuman, pastikan pulau-pulau yang ada, tidak diduduki olih warga asing, jangan dibiarkan sama sekali membina penempatan apa lagi membina atau mengelola bangunan batu contoh seperti pusat kajian sains, pusat pelancungan, rumah api dan sebagainya.

Jika dibiarkan dikelolakan olih 'Warga Asing' atau sumber keuwagan 'Negara Asing' maka lambat laun mereka akan menuntut bahawa harta benda itu mereka yang punya.

Jangan sesiapa cuba ketawa... tapi hendaklah menangis semahu-mahunya..... kerana ini telah berlaku....

Saya harap segera diambil tindakan sewajarnya diatas pulau-pulau yang masih ada, supaya kita tidak menggigit jari lagi seperti kehilangan P. Batu Putih.

sekian. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~