February 16, 2013

Isteri Curang Suka Khianat Pasangan.

Assalamualaikum...
Petang tadi saya ada mendapat pangilan talipon dari saorang sahabat lama, dia meminta saya datang kerumahnya pada hari Ahad depan iaitu pada Lusa ini.

Kemungkinan besar saya akan pergi kerumahnya, lagi pun cuti masih panjang lagi. Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk kerumah dia kerana hendak melihat peralatan muzik yang baru dibelinya.
Tapi saya masih belum sempat-sempat lagi hendak berbuat demikian..

Selain untuk melihat peralatan muzik, saya juga akan bertemu dengan saorang warga tua yang selalu saya bercakap hal politik dengan dia. Pak cik ni memang suka berbual tentang politik orang Melayu. Saya kekadang tu rasa kagum juga dengan cara dia bercakap.

Saya pernah berbual dengannya pasal isu kalimah 'Allah' yang hendak digunakan olih orang bukan Islam. Kata warga tua ini yang sebenarnya isu ini timbul kerana kepentingan politik semata-mata. Pehak yang sengaja timbulkan isu kalimah 'Allah' ini adalah untuk memecahkan perpaduan bangsa Melayu sahaja.

Jika hendakkan sangat kalimah 'Allah' ini masuk Islam sahajalah apa nak bising-bising lagi? katanya sambil mengerut dahi.

Kalimah 'Allah' hendak pakai, tapi Islam tidak mahu! apa ni..? (ini sahaja sudah jelas yang puak ini sengaja hendak lihat orang bangsa melayu di Malaysia ini kucar kacir, {Melayu Umno, PKR, PAS, DAP, Bebas, dan ahli Melayu Baru [yang baru pertama kali berangan nak mengundi.. terencat terus tidak tahu nak sokong siapa, bila isu ini timbul..!] bila bangsa Melayu bertelagah sesama sendiri siapa yang untung? bila suara orang Melayu berterabur... bila undi orang Melayu tidak kukuh siapa yang untung..?

Cuba bangsa Melayu ingat betul-betul..... UMNO, PAS, PKR, DAP, BEBAS bila parti ini semua berbahagi undi Bangsa Melayu, secara auotomatik suara orang Melayu tidak mempunyai kuasa........ ini belum kira Melayu yang langsung tidak pernah mengundi..! dan Melayu yang tidak mahu mengundi lagi, sebab malu pada diri sendiri... sebab selama ini sokong Umno PAS PKR DAP Bebas, tiba isu ini timbul.... pecah le kepala otak nak fikir...

Jadi orang Melayu ini ambil jalan mudah, tok sah mengundi lah tahun ini.... fedup aku lah! katanya. Jadi makin menjadi-jadilah Bangsa Melayu kekurang tangan yang nak mengundi.... "YANG UNTUNG SIAPA? SSSSIIIIAAAPPPPAAAA....? Siapa lagi kalau bukan dalang (Musang) yang memulakan isu ini lah....!

Sekarang pun Melayu sudah tak ada 'KUASA' apa lagi jikalau taktik "MUSANG-MUSANG" berjaya, habislah orang Melayu.
Sekejap lagi bukan "SAHAJA" kalimah Allah..! Pembinaan Masjid pun tidak dibenarkan dikawasan perumahan!
Mu tok sah dok gebang la... suara (undi) Bangsa Melayu tak kuat, "KETUA" mu pun tidak bolih buat apa-apa....!

NAJIB ke, ANUAR ke, NIK AZIZ ke, bila sokongan mu sekadar cukup makan saja.... mu nok buat gapo...? kalau tak faham apa yang saya cakap, buat lah kajian sendiri..!

Ketua-ketua politik semua tahu hal ini... tapi demi kepetingan kuasa peribadi, dia orang hantam sajalah... 'Aku kalau setakat dua tiga keturunan pun cukup makan harta aku, rakyat (penyokong) manalah aku mana tahu, siapa dok suruh sokong berterabur macam ini, tidak mahu fikir dahulu akibatnya' sambil matanya menjeling kat saya, saya menganguk saja.

Yang logiknya kalimah 'Allah' ni mana bolih dibebas kepada semua ugama bukan Islam, kalau dia tampal kalimah Allah kat kedai daging khinzir macam mana? Papan tanda kedai tu berbunyi 'Selamat datang 'الله لوباما' daging segar' sipenjual adalah orang bukan Islam, tidakkah nanti jadi haru biru?

Ada pulak tu kait pasal lagu Sekolah ke, yang ada nama Allah, kena tukar edisi khas untuk yang bukan islam. Gila talak ke apa ni..? Ini semua suara orang yang tidak bersemangat Negara! Orang yang semacam inilah yang patut diharamkan, bukannya Kumpulan Al-Arqam.

Dulu bila ada Kumpulan Al-Arqam dicopnya sebagai perkauman, dan merbahaya kepada Malaysia! Hari-hari hantar surat bantahan (kononnya surat nasihat) kepadan pucuk kepinpinan. Akhirnya setelah bertahun-tahun diasak, kerajaan terpaksa mengalah dan mengharamkan Al-Arqam.

Yang sebenarnya Orang yang hendak sangat Kalimah Allah inilah yang perkauman dan sangat MERBAHAYA kepada Malaysia. Berkemungkinan keturunan dia orang ini akan membawa bencana kepada Negara Malaysia dimasa akan datang.
Mereka-mereka ini (Musang) seperti 'Isteri Curang Suka Khianat Pasangan'. ada-ada saja dia cari pasal sampai bercerai berai.. bila kat mahkamah dituduhnya sisuami yang tidak bertanggung jawab dan suamilah punca mereka bercerai! yang menjadi mangsa anak-anak yang ada dirumah...

Pada pendapat akulah.. kata Pak cik itu dengan bersemangat "walaupun aku ni bukan ahli Al-Arqam, kumpulan ini jauh seratus kali lebih baik kepada orang melayu, daripada daripada manusia-manusia "Musang" yang mengikis sedikit demi sedikit 'benda' daripada orang melayu.

Sekurang-kurangnya cara perniagaan Kumpulan ini memberi banyak faedah kepada orang melayu. Jika tidak diharamkan cabang perniagaan Al-Arqam, aku garenti Kumpulan Al-Arqam bergerak lebih hebat lagi dan sudah berjuta-juta wang mereka, sebab aku pun selalu beli barangan jualan mereka.

Macam itu lah keluh warga tua yang hendak jumpa esok, mungkin dia ada cerita baru nak dikongsikan lagi. Harap dia sihat sahaja ketika ini.

Jumpa lagi. wassalam.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~