January 04, 2013

Melayu Yang Semakin Tersepit.

Assalamualaikum...
Tahun baru 2013 sudah menjelma tanpa disuruh!

Permulaan tahun baru ini meh kita tengok apakah agenda bangsa melayu seantero negara!
Apakah bangsa melayu semakin maju ditahun-tahun yang lepas? dan akan menambah kejayaan ditahun seterusnya?

Dan jawapannya mestilah tidak enak didengar telinga kita! Melayu masih ditakuk lama! masih tidak berubah dari semenjak dahulu!

Jika kita ambil harta kekayaan sebagai contoh, lain-lain hal tu memang banyak lagi sebenarnya... sampai ada orang peguam bolih bercakap biadap soal raja segala..

Malaysia ini tanah melayu, okeys... ini bukan bercakap tentang perkauman, tapi nak bercakap perihal kenapa orang melayu masih ketinggalan dalam kekayaan harta benda didalam negara mereka sendiri.

Katalah pehak kerajaan menyediakan pelbagai bantuan untuk menolong orang melayu ini berjaya, samada mengikut musim pilihan raya atau bantuan mengikut giat usaha individu itu sendiri.

Walau dari arah mana sekalipun bantuan diberikan, tetapi kenapa susah sangat nak lihat peratusan kejayaan kaum ini meningkat?
Orang melayu masih jadi kulibatak dinegara dia sendiri? Sampai bila kaum melayu ni nak terus jadi begini?

ermm... pada pandangan saya orang melayu bolih maju setanding dengan bangsa lain dalam negara Malaysia tercinta ini dengan mengikuti petua dibawah ini.

Pertama-tama!
Sekiranya anda sedang berniaga, wajib bercita-cita untuk diwarisi generasi anda.
Jika anda seorang Pendidik, didiklah mereka seperti anak sendiri.
Jika anda seorang ahli politik, jangan jadi anjing yang menggigit kaki orang melayu.
Jika anda seorang pejawat awam, jangan jadi anjing yang menggigit kaki orang melayu.
Jika anda ada harta tanah, jangan jual tanpa sebab yang bolih diterima akal.
Jika anda hendak naik Haji, tanya dahulu kaum kerabat yang sangat memerlukan biaya pelajaran anak mereka.
Jika anda seorang pelajar, anda mesti ada satu cita-cita yang tetap.
ermm... okeys... jangan marah.. jumpa lagi. eehh.. ada lagi satu, jangan ketawa jika melihat melayu jatuh! tapi menangislah kerana terpaksa membeli durian dikebun bangsa lain! ahak.. ahak..
wassalam.

Diantara toke durian Malaysia yang berjaya.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~