January 30, 2013

Pulau Indah Kelang.

Assalamualaikum...
Aha... Kita jumpa lagi ye.. Sudah hampir sebulan saya kat Kelang ini.
Tapi baru sekarang saya berpeluang mengupdate blog xaturen ini. ermm... okey saya harap anda semua sihat sahaja ye..
Sampai tempat kerja baru ini, banyak yang kena buat, penatlah juga. Sampai nak tulis apa kat sini pun tak tahulah..
Kerja yang saya buat sekarang adalah kerja penambakan pasir dikawasan bakau. Jika anda melalui jalan menuju ke Pulau Indah Pelabuhan Kelang pandanglah disebelah kiri, anda akan nampak perojek penambakan tersebut.
Harap kerja-kerja katsini cepat siap, supaya saya dapat kembali ke Johor secepat mungkin, rindulah...
Disini saya dapat kenal dengan ramai kenalan yang berasal dari negeri kelahiran saya iaitu dari negeri Kedah. Okeylah.. kat sini saya letakan satu dua gambar yang saya ambil.


Kapal yang berisi pasir menghampiri tebing untuk memunggah pasir.


Pasir yang disedut ditengah laut sedang dipunggah kedarat menggunakan alat khas.


Tiga buah kapal sedang berlabuh untuk menanti giliran memunggah pasir.


Saekur Ketam Nipah meminta makanan dari anda!


Orang asli membuat kerja sambilan menangkap Belangkas.




Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~