October 17, 2012

Cukup Sampai Disini Saja.

Cukup-cukup sudah.. cukup sampai disini saja...
Daripada hati terseksa.. lebih baik aku pergi...

Pernahkah anda cuba menyelami penderitaan orang lain..?
Pernahkah anda memikirkan kesusahan orang lain.?
Selalukah anda cuba mengerti bagaimana peritnya kesengsaraan orang lain..?
Adakah hidup anda membuatkan orang lain makan hati..?


Assalamualaikum...

Hai.. apa kesah ni..?

Tidaklah saya hendak meributkan ketenangan anda semua.! cumanya sesekali itu, jika hendak melakukan sesuatu... ada baiknya anda mendahului dengan keberangkalian, apakah yang bakal terjadi jika anda melakukan tindakan tersebut.?

Seandainya sudah terjadi dan berlaku, tidak mungkin anda dapat kembali semula ketempat asal! Apabila masa bergerak.. dia tidak akan dapat diulangi semula..

Pergerakan masa itu berserta apa-apa tindakan yang kita telah buat, ianya tetap sudah berlaku! Jadinya berhati-hatilah apabila membuat sesuatu tindakan.

Ada sesetengah orang, dia ambil jalan mudah.. dia mengatakan dia tidak mahu membuat apa-apa tindakan kerana tidak mahu menanggung apa-apa masaalah kepada diri dia dan orang lain. Jadi dia hanya membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Cukuplah katanya dengan apa yang dikerjakan sekarang atau kehidupan dia sekarang ini dan dia tidak mahu menyusahkan orang lain.

Okay.. pada sekali pandang terasa betullah apa yang sedang dia lakukan pada kehidupan dia, akan tetapi dia sebenarnya sedang membuat satu tindakan!
Anda hendak tahu apa tindakan yang dia sedang buat..? Sebenarnya dia sedang membuat tindakan yang dia tidak mahu berubah untuk menjadi yang lebih baik.
Tindakan tidak bagus untuk kehidupan dia yang mungkin masih panjang lagi..
Disini kita bermula..

Okay.. Kebelakangan ini, bila nampak saja surat khabar., cerita pertama adalah kemalangan! Tidak cukup muka depan tambah lagi dimuka surat didalam. Inipun satu contoh yang kita tidak pernah cuba untuk memahami bakal penderitaan yang akan dilalui olih orang lain.

alkesah....
Diwaktu pagi yang samar dan dingin sepasang suami-isteri dirempuh sebuah kereta yang memotong bas pekerja digarisan berkembar. Kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan ketempat kerja disebuah kilang yang jaraknya hanya enam kilo meter dari kediaman mereka.

Keadaan jalan yang membeluk dan sedikit berbukit, ini membuatkan pemandu kereta tidak dapat melihat bayang lampu motosikal yang digunakan mangsa. Akibatnya pasangan ibubapa tersebut tidak sempat menyara serta membesarkan anak-anak mereka!

Kasihan.. tindakan pemandu kereta yang tidak mahu memikirkan keselamatan dan kesusahan orang lain, telah menghempap anak-anak mangsa dirumah dengan kepayahan hidup! Sedangkan masih punya ibubapa makan minumpun alakadar, namun masih gembira kerana mereka masih ada kedua ibubapa.

Cukup-cukup sudah... cukup sampai disini saja...

Sudah-sudahlah dengan tindakan yang selama ini telah dan bakal memudaratkan insan lain!
Jadilah manusia yang menjana kebaikan kepada diri sendiri serta orang lain didalam kehidupan ini.
Begitu juga terutamanya kepada pelajar-pelajar yang sedang belajar dikoleg-koleg, buatlah tindakan yang bijak agar dapat memberi kebaikan kepada kedua ibubapa yang sangat sayangkan anda.

Cuba memahami penderitaan yang bakal terjadi terhadap mereka olih tindakan kita yang tidak bijak.!

Ahirkata, buatlah tindakan dengan mengambil kira kepentingan ayah dan bonda dikampung!

Jumpa lagi..

wassalam.


edited20/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~