June 30, 2010

macam mana dengan perkembagan FIFA 2010?

Salam,
helo.. semua sahabat!
Apa cerita hari ini sahabat? macam mana dengan perkembagan FIFA 2010? Tinggal berapa team lagi yang terus berjuang sehingga ke matlamat nya? bagi sahabat yang memang kaki bola dah tak jadi masaalah nak menghitung tentang kalah menang sesuatu kumpulan kan, kalau macam saya ni ada susah sikit lah nak meramal dengan sesuai kumpulan mana yang kelak akan menjulang piala dunia, bab tidak le berapa buat kajian sangat cuma sekadar menghagatkan kerusi kat kedai mamak saje.. joint kekawan..
Saya harap sahabat lebih arif lah tengtang semua itu...

Ni saya nak cerita pasal gula!

KUALA LUMPUR: Mulai Khamis ini sehingga September depan, kerajaan akan menambah bekalan gula di pasaran sebanyak 15 peratus bagi menghadapi permintaan tinggi dan juga persediaan musim perayaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan langkah diambil itu akan memastikan tidak berlaku kekurangan gula di pasaran.

Langkah lain diambil kementerian dengan melantik persatuan tertentu untuk membekalkan gula secara terus kepada ahlinya.
Kementerian akan membekalkan gula kepada persatuan dilantik seperti Persatuan Kedai Runcit Kaum India, Persatuan Kedai Runcit Melayu Malaysia dan Persatuan Industri kecil dan Sederhana (IKS).
Kementerian memberi secara borong kepada persatuan yang dipilih itu supaya mereka dapat membekalkan terus kepada ahlinya, ” katanya ketika menggulung hujah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10), di Dewan Rakyat, semalam.

-
Gula sudah memang susah nak dapat ni.. anak sudah mula bising bab minum tak ada gula..! entah mana disorok gula tu pun tak tahu la... mungkin kementerian berkenaan dapat mengesan dimana gula yang banyak itu disorokan? kita ni mana lah ada kuasa nak pergi selidik benda gula itu kat mana kan? kalau kat kedai tak ada! makna nya minum kopi pahit... le,

Bila lagi kementerian berkenaan hendak bertindak ha? rasa nya sudah lama bab gula ni... nak tunggu sampai bila lagi? Buka saja lah kepada penusaha-pengusaha lain supaya mereka bawak masuk gula dari luar negeri ke mana ke..
Tak kan lah cuma dua tiga orang saja yang pandai meniaga gula! yang lain-lain tak reti ke meniaga gula?
Sepatut nya kementerian bertidak lebih awal lagi.. supaya kerisis gula tidak sampai ketahap yang lebih keritikal..!

Ada sikit masaalah lagi bab gula ini.. ada sesetengah rakyat Malaysia yang memang tidak dapat bahadian gula sudah banyak hari.. pegi kedai sana.. pegi kedai sini... tak ada! gula belum sampai lagi.. itu tuan kedai kata. akan tetapi sesetengah rakyat Malaysia tidak ada masaalah tengtang gula.. (saya sebut rakyat supaya tak sebut yang lain' faham kan? kalu tak faham tanya, tanya orang yang faham.. ok.) mereka ini saya tidak dengar pulak keluhan pasal gula! sedangkan saya bejiran... sikit-sikit saya tahu lah pasal diaorang punya cerita kan..

Haa.. dah tu.. macam mana! kalu minyak ke, simen ke, ayam ke yang naik harga semua kecuh.. bab semua terkena lah kut? aaduii.. pening,!


June 29, 2010

Foto Bola FIFA 2010

Salam sejahtera semua!
Oleh kerana saya sekarang kat mamak rest'
Maka, dapat lah saya selitkan foto-foto yang saya kira menarik untuk tatapan sahabat semua yang masih sudi lagi menjengah kat blog tidak seperti nya ini! isk.. isk.. sedih..
Kalau kat umah tak dapat lah nak buat semua ini... sebab ternet saya dah over load dah.. kalau setakat corak-coret tu boleh le gagah.. bukannya gagah kuat! tapi gagah merangkak-rangkak.. kekadang naik angin juge.. tapi oleh kerana iman saya masih menebal lagi, saya sabar le banyak-banyak..
bak kata orang tua-tua pondok.. sabar itu baik untuk kesihatan! ye le.. kalu tak sabar, mudah marah.. nanti darah tinggi! kan tak sihat..
Saya harap sahabat pun jangan le cepat marah ye..
dan kalu baca corak-coret saya kat blog ni.. jangan ambik perhatian sangat.. hanya untuk orang yang berkenaan saja.. kalu yang tidak berkenaan jangan dok ambik hati sikit pun ok..
Kata orang lagi, rambut sama hitam, tapi cara penulisan lain-lain.. dik kerana sebab lain la kita kena baca, kalu sama saja tak payah le baca..kui2 (pinjam sapa ni ha?.. kui3..) jadi mai la selalu kat blog saya ini.. sebab saya tulis ini datang dari majoriti isihati orang kampung! tidak usah malu le.. (memang saya orang kampung cek oi..) cuma dia orang tak de tempat nak luahkan atau atas sebab-sebab lain.. jadi saya jadi peantaran kat dia orang.. yang elok-elok saja.. yang tidak elok tu dari saya sendiri..

p/s kalau sahabat bukan kumpulan yang saya cakap tu, sila abaikan saja.



A Brazilian fan waves the national flag during the FIFA World Cup South Africa 2010 football match between Brazil and Chile in Copacabana Beach in Rio de Janeiro, Brazil on June 28, 2010. Brazil won 3-0.



An octopus named Paul sits on a box with decorated with a German flagand a a shell inside on June 29, 2010 at the Sea Life aquarium in Oberhausen, western Germany. Paul's task is to decide in favour of one of the shells hidden in boxes with the flags of Germany and Argentina (L) and to act thus as oracle for the upcoming quarterfinal match of the FIFA Football World Cup between the two countries on July 3, 2010 in Capetown, South Africa. Paul, who had predicted well the result of four matches earlier in the tournament, this time decided for Germany.


Brazil's midfielder Kaka tries to control the ball during the 2010 World Cup round of 16 football match Brazil versus Chile on June 28, 2010 at Ellis Park Stadium in Johannesburg. Brazil won the match 3-0.
Lisa Mueller (L), wife of German player Thomas Mueller chats with singer Alessia Walch (R), girlfriend of German defender Dennis Aogo as they watch the 2010 World Cup round of 16 match Germany vs England on June 27, 2010 at the Free State stadium in Mangaung/Bloemfontein. Germany won 4-1.


 Brazil's striker Luis Fabiano (C) tries for a chance on goal as (L to R) Chile's defender Ismael Fuentes, Chile's midfielder Arturo Vidal, Chile's midfielder Carlos Carmona and Brazil's midfielder Gilberto Silva eye the ball during the 2010 World Cup round of 16 football match Brazil versus Chile on June 28, 2010 at Ellis Park Stadium in Johannesburg. Brazil won the match 3-0.


A Brazil football supporter holds up a sign cheering on Brazil's midfielder Kaka during the 2010 World Cup round-of-16 football match between Brazil and Chile on June 28, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

Khalid terus ditekan - Didesak lepas jawatan MB


SYAH ALAM 28 Jun - Setelah terpaksa melepaskan jswatan Pengurusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat(PKR)Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhadapan pula dengan satu lagi cabaran hebat! iaitu desakan supaya meletakan saja jawatan Menteri Besar.

Ramai dikalangan pemimpin PKR sendiri bependapat sukar untuk Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang telah dilantik oleh Pengurusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

-
Begitu lah sedutan ahkbar tentang kepincagan pentakbiran Selangor dibawah pimpinan PKR. Maka banyak lah ahli-ahli politik sebelah lagi memberi komen tentang perihal nasib Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim, kedengaranlah nada teramat sinis dikeluarkan bagi di muatkan dalam akhbar-akhbar tempatan, seolah-olah mereka seronok bila melihat kegagalan Khalid serta PKR di Selangor.

Saya kata' Itu kita tak perlu ambik tahu sangat la.. sebab kita memang sudah tahu siapa sebenarnya yang mentakbir PKR kan.. biarkanlah diaorang PKR bertelagah sesama sendiri merebut jawatan dan kepentingan, ahli-ahli parlimen yang sebelum ini merentah Selangor pun bukan main sinis memperkatakan tentang Khalid Ibrahim dan nasib Pentakbiranya sekarang. Mereka macam tidak malu mengatakan kepincangan orang lain sedangkan semasa mereka memerintah, mereka sendiri GAGAL memerintah untuk kepingan rakyat! dan gagal juga memerentah dan mengawal untuk kepentingan sendiri!
Yang ada dalam mulut pun tidak pandai nak jaga, tidak usahlah nak buli Tan Seri Khalid Ibrahim pulak! Kesian Tan Seri Khalid..
Jaga kerja-kerja sekarang sudahlah! banyak pekerjaan yang perlu diperbaiki supaya kepercayaan rakyat boleh kembali semula. Rakyat sebenarnya mahu kepimpinan yang telus dan berkualiti, yang tidak mudah menebang balak sesuka hati! dan mengabaikan keperluan orang melayu. peratusan pengundi melayu sedikit.. yang mendaftar sebagai pengundi pun, seperti dilapurkan 40 - 1, jika kemenangan bukan dari mejority orang melayu, alamat kata macam bola lah awak, sebab undi pehak itu boleh beralih arah dengan sekelip mata sahaja.
Wahai pemimpin Melayu.. Insaf lah... kuatkan 'iman' bila berkuasa. Jaga lah kepentingan atau hak orang melayu! andai kata mejoriti orang melayu lemah dan kecewa, mereka tidak akan ambil peduli lagi akan hal politik! bermakna, kita semua orang melayu akan susah kemudian hari.

June 28, 2010

Ibrahim 'gedebe politik' - Khairy

REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menarik balik gelaran 'Jaguh Kampung' yang telah diberikan kepada Presiden Pertubuhan Peribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, tetapi telah mengantikannya dengan gelaran baru iaitu 'gedebe politik' (samseng politik).

Khairy juga bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Datuk Ibrahim Ali yang disifatkan sebagai penhalang konsep 1Malaysia.
dengan menambah "Saya menyesal panggil dia sebagai 'jaguh kampung' sebab apabila saya teliti betul-betul dia sebenarnya tidak layak dipanggil jaguh kampung, sebab gelaran itu terlalu mulia bagi nya, tetapi dia hanya layak dipanggil 'gedebe politik' murahan.
Khairy berkata demikian selepas menhadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pegerakan Wanita, Pemuda dan Putri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.

Tegas Khairy, beliau tidak mempunyai sebarang masaalah dalam mempertahankan hak orang Melayu, tidak perlu dilakukan dalam kaedah yang agresif.
Beliau menambah, sekiranya UMNO tidak menjauhi gerak-geri dan rentak Ibrahim, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap Barisan Nasional (BN).
Kita kena pastikan bahawa sokongan terhadap BN datangnya dari semua pehak iaitu Melayu yang progresif serta Cina dan India.
"Ingin saya tegaskan yang kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara Ibrahim yang boleh melukakan hati ramai pehak bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain",katanya.
Jelasnya, sebagai saorang pemimpin muda, beliau berasa tercabar dengan 'serangan' terhadap dirinya dan pasti akan 'membalasnya' semula.

-
Saya Kata: jelas sikap yang kurang elok memang dah tersedia ada pada En. Khairy.
Dia mudah membuat sesuatu keputusan dengan tidak memikirkan dengan sedalam-dalamnya terlebih dahulu kesannya! Sebagai contoh, ialah dengan penarikan gelaran yang telah diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali iaitu 'jaguh kampung'. Dan dia menyesal mengelarkan Datuk Ibrahim sebagai 'jaguh kampung'. ini jelas menunjukan dia sememangnya tidak peduli dengan hak mejority orang Melayu!

En. Khairy tidak mahu dengar ada orang Melayu yang menentang usul yang dicanangkan oleh kaum-kaum lain, walaupun usul tersebut sedang mengikis keistimewaan orang Melayu. Yang dia semua orang sokong dia, dan jika dia mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain dan ditambah sokongan Melayu Elit, Melayu Progresif maka mudahlah dia mengapai impian keperingkat yang lebih tinggi dalam 'Pentakbiran Negara'.
Lihat lah sekarang lagi dia sudah berani mengecop Ibrahim Sebagai 'gedebe politik' bayangkan jika dia mempunyai kuasa lebih besar?

Janggan harap dia hendak mendengar nasihat bekas-bekas pemimpin Melayu yang lain, dan dikala itu, baru semua anak cucu orang Melayu yang sekarang menyokong En. Khairy makan ubi dengan pisang bakar saja! Kerana En. Khairy dah jadi ketua besar dia tak peduli siapa kamu, yang dia peduli siapa yang menyokong dia, zaman globalisasi dalam pinpinan En. Khairy tidak memilih siapa! asal dia 1Malaysia rebutlah sendiri peluang yang ada! Nak korek, koreklah seberapa banyak keuntungan asal bayar cukai, nak belajar, belajarlah seberapa tinggi asal kau ada duit, nak beli belilah seberapa banyak yang kau suka asal kau ada duit!

Sekarang saja keadaan dah semacam ini, seperti yang semua Orang Melayu tahu! berapa banyak tanah rizab melayu dah kena beli dengan orang bukan melayu? nak tunggu En. Khairy nak membela..! kantoi la..
gula saja.., sapa punya kuasa? kenapa tidak ada kaum yang mengutuk pasal gula tidak ada?

-
kat bawah sini saya lapirkan siapa yang memuji En. Khairy. dan link web 'Malaysiakini'.

Kgen: I certainly side with Umno Youth chief Khairy Jamaluddin over the 'village idiot' Perkasa chief Ibrahim Ali. This racist has nothing in common with the rural Malays - he does not defend them, he is only using poor Malays as a front for his defence of rent-seeking for himself and his like-minded friends.

Leon Chan: Dear Khairy, your education qualification is far more superior than the 'jaguh kampung'. I believe Malaysians will be 100 percent behind you if you join Pakatan. Your liberal views can never be accepted by the ultras in Umno.

Cala: Kama Mustaffa, your comment is fair. I grow up at the fringe of Malay kampungs and I know how the poor suffer. The poor, to be exact, are still languishing in poverty today unless they have educated children who can later land themselves jobs with the civil service. I will be the first to stand up for these rural poor for the poor transcend across all ethnic groups.

Artchan: Now at least there is one Malay who dare to stand up to the 'gangster' Ibrahim. Even Najib has no guts to face off with Ibrahim. I may not like KJ, but at least he has courage, which is sadly lacking in many Umno fellows.

Myrights: Way to go Khairy! Ibrahim's intellect is no match to you. After all, he is only where he is today because of PAS and now, he is just carrying the racism torch for Dr Mahathir Mohamad. He is a nobody if not for Dr M. Once Dr M is gone, he will be blown away like the dirt in the wind. Keep it up, Khairy.

Tan Kian Khim: For the first - and possibly only - time, I find myself agreeing with Khairy. Ibrahim Ali is nothing more than a village thug, the local equivalent of a redneck Ku Klux Klan leader, whose sole raison d'etre is to cynically inflame communal tensions for the purpose of extorting wealth for himself, his cronies and his patron saint Mahathir.

dan baca lagi! Malaysiakini

June 27, 2010

Khairy Cuma Penyibuk - Ibrahim

Encik Khairy Jamaluddin menyifatkan Encik Ibrahim Ali iaitu selaku Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai jaguh Kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Encik Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sebelum ini telah menyokong kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Encik Khairy juga mendakwa tindaktanduk atau pendekatan yang diambil oleh 'PERKASA' terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Dia (En. Khairy mewakili Pegerakan Pemuda Umno) tetap mempertahankan isu yang diketengahkan (isu biasiswa JPA) oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong (Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran) serta turut dilapurkan berkata, pendekatan yang diambil oleh Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan (Ibrahim Ali) sudah ketinggalan zaman dan tidak laku lagi diguna pakai dalam era globalisasi ini.

Encik Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyebuk, kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputra dalam isu biasiswa.
"Kenapa tiba-tiba dia (Khairy) mempertahankan Ka Siong sadangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu, kerana saya percaya lapuran akhbar tidak silap.
En. Ibrahim menambah, dimana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, iaitu Datuk Ahmad Ismail dihentam hebat kerana membela Melayu?
Beliau (Ibrahim) juga mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO.
-
Saya ingin menambah jika banyak bilangan manusia seperti En. Khairy yang memimpin serta mewakili Orang Melayu saya percaya tidak lama lagi, Melayu hanya akan tinggal nama saja. Sebab mereka seperti ini hanya mementingkan politik dan menyokong mana-mana pehak sekalipun asalkan cita-cita besar diri sendiri akan dicapai.
Semua orang mahu jawatan besar, pangkat besar tapi, anda sebagai pemimpin yang mewakili orang melayu, dalam pada mengejar pangkat dan jawatan, pikir-pikirkan lah nasib orang melayu..
Jangan dengan sewenang-wenang membiarkan anai-anai merayap sesuka hati, kelak satu rumah akan roboh tanpa disedari.. insaflah, sudah banyak hak orang melayu hilang begitu sahaja! insaflah.. wahai pemimpin Melayu!
-

Sunshine Sunday!

Selamat Hari Minggu Yang Ceria. Sunshine Sunday!

hi... Salam semua! Pagi ini saya nampaknya duduk umah je lah.. paling jauh pun pergi kat kampung belakang sana tengok2 lah apa yang patut, tebas-tebas sikit ke.. nak membodek pokok durian tu, maklum la ada dua tiga biji kat atas tu kan.. ini dusun bapak mentua.. bukan saya punya... saya punya ada la sikit nun jauh kat utagha sana nun.. nanti kalu pecen, cadang tu nak stay kat sana la for de and! hu.. hu.. so kalu ada blogger yang dah pencen juga nanti leh la kita joint kat Masjid disana nanti..
Pagi ni tak de ape nak komen. ni cuma nak ubah kan sponsor rabak! nuffnang kat atas sini, pasal dia tenggelam kat bawah...
ermm... kalu ada senang sila klik kat Video Clip! mungkin boleh menghiburkan hati anda yang.. akan menambah lagi keceriaan lagi.. lagi.. dan lagi..

ayah tukaren....?

Uruguay 2 South Korea 1

PORT ELIZABETH, June 26 (Reuters) - Uruguay 2 South Korea 1 - World Cup second round latest. At Nelson Mandela Bay Stadium.
Scorers
Uruguay: Luis Suarez 8, 80
South Korea: Lee Chung-yong 68
Halftime: 1-0; Attendance 30,597
Referee: Wolfgang Stark (Germany)
Follow all matches live at http://live.reuters.com/Event/World_Cup_2010
(Editing by Patrick Johnston)


Uruguay's goalkeeper Fernando Muslera reacts on the pitch during the 2010 World Cup round of 16 football match Uruguay vs. South Korea on June 26, 2010 at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth.


PORT ELIZABETH, SOUTH AFRICA - JUNE 26: Park Ji-Sung of South Korea is closed down by Jorge Fucile (L) and Diego Lugano of Uruguay during the 2010 FIFA World Cup South Africa Round of Sixteen match between Uruguay and South Korea at Nelson Mandela Bay Stadium on June 26, 2010 in Nelson Mandela Bay/Port Elizabeth, South Africa.


Uruguay's midfielder Alvaro Pereira (C) vies with South Korea's midfielder Lee Chung-Yong (L) and South Korea's defender Cha Du-Ri during the 2010 World Cup round of 16 match Uruguay vs South Korea on June 26, 2010 at Nelson Mandela Bay stadium in Port Elizabeth.

June 26, 2010

Kes Allahyarham Adik Mohamad Naim Mustaqim. 1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan.

Hi.. salam sejahtera!
Bagaimana dengan hari anda pada hari ini?
Diharapkan anda senantiasa berada didalam suasana yaang mengembirakan, apatah lagi ditemani anak-anak yang sihat comel, muda belia dan aktif dengan aktiviti remaja mereka. dan anda yang masih single atau masih bujang lagi, pandai-pandai lah cari pasangan,

walaupun jodoh pertemuan bukan kita yang tentukan, kita dikurniakan akal fikiran yang boleh kita gunakan, so... berusahalah.. tidak semesti nya kita pandang pada rupaa paras semata-mata.. pilihan seharusnya berada tahap sederhana...

..yang logiknya kita tidak akan mendapat pasangan yang betul-betul dengan sesuai, memang tidak akan dapat, tok sah mimpi la... asal siping-siping pun kira ok la... kalu ada kekurangan sesama lah me_ repair  nya,.. sebab itu lah Manusia ini di kurniakan akal yang untuk digunakan..

jangan lah bila anak dah berderet... sanggup lagi becah belah.. yang jadi mangsa adalah anak-anak kesian mereka, gunakan akal untuk mengatasi masaalah.. bukan ikut napsu dunia belaka.. sampaikan ada orang tua-tua berkata.. 'bila dah ada anak-anak, hidup kita adalah untuk mereka'

.erm.. bagi yang masih bersekolah tu... jangan dok pikir yang lain-lain.. tumpukan 88% untuk target hendak score yang cemerlang dalam semua subject, dah pegang Ijazah.. diploma ke.. pastu pikirla... nak cari jodoh.. ye tak..? erm.. ok, ini nak sambung bab semalam... bab allahyarham adik Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, nak perbetulkan ni, perbuatan mereka bukan tahap membuli..

.mereka sebenarnya 'membunuh' jadi hukuman yang keras wajib kenakan keatas mereka-mereka tersebut!
kalau iye pun nak membuli.... ala-ala kadar lah sikit.. jangan lah 'buli bunuh',
Tindakan iaitu 1 digantung sekolah, 4 kena tindakan, tak paham la.. macam cakap lepas je.. nak bagi orang awam senang hati ke?

sedangkan mereka ditahan reman..? mana satu yang betul ni?.. lagi satu.. angaran kejadian pukul 10 setengah lebih... bagi rawatan pukul 1 lebih.. ke? bagi tahu keluarga pukul 2 lebih.. kata dah bagi tindakan segera untuk menyelamat? dari pukul 10 sampai pukul 1.. berapa jam tak sedar diri kesaorangan?

Jika kumpulan 'pembunuh' tu cepat bagi bantuan dimasa itu juga...iaitu masa katanya jatuh, kepala kena kelantai.., munkin satu nyawa dapat diselamat kan, Cuba duduk disebelah Ibu Bapa Allahyarham, apa perasaan anda? lagi satu.., kalau hendak buat apa-apa kenyataan akhbar.. buat lah yang betul-betul.. ok.

Ini saya yang bercakap macam ni.. apa lagi kaum kerabat Allahyarham!
Cuba katakan begini: "kelima-lima pelajar yang disyaki, kini ditahan reman selama tujuh hari, untuk siasatan. Siasatan masih dilakukan dengan cermat dan teliti supaya yang bersalah tetap akan menerima hukumam yang setimpal dengan kesalahan mereka" harap semua pehak bersabar. 

.... tak usah lah dok itu la..ini la.. belum dapat lapuran dari keluarga mangsa la.. berbunga-bunga yang makin membuat lengit telinga dengar.!
erm ok lah...jumpa lagi. 

1 Digantung Sekolah, 4 Kena Tindakan,

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas.
Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.

Kelima-lima pelajar berusia 17 tahun itu ditahan sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan tindakan membuli hingga menyebabkan kematian, Mohamad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sebagai perbuatan jahiliah.

“Kami mengambil tindakan serta-merta dengan menggantung seorang pelajar MTD dipercayai dilihat menendang mangsa, manakala empat lagi akan dikenakan tindakan keras.

“Selain itu, mereka juga akan dikenakan tindakan di mahkamah ketenteraan kerana mereka adalah putera (pelajar kolej ketenteraan),” katanya ketika menghadiri mesyuarat Agung Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat berkata, penahanan semua pelajar terbabit dilakukan bagi menyiasat sama ada mereka terbabit dalam kes membuli mangsa hingga menyebabkan kematian.

“Polis tidak menolak kemungkinan punca kematian mangsa disebabkan kejadian buli atau dera.

“Kalau dilihat luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka, bagaimanapun kami akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan,” katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Abdul Samah berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada keluarga pelajar berkenaan berhubung kejadian itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan kejadian ini yang pertama berlaku dalam tahun ini, namun tidak dinafikan terdapat laporan mengenai pergaduhan membabitkan penuntut institut pengajian tinggi di ibu negara sebelum ini,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan seorang pelajar MTD Sungai Besi, meninggal dunia dipercayai dibuli sekumpulan pelajar senior selepas kepalanya terhantuk pada lantai sejurus ditendang pelajar senior sehingga tidak sedarkan diri.
[sumber berita, akhbar tempatan]







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



June 25, 2010

Maut Selepas Diarah Tekan Tubi

Assalamualaikum.
Salam hormat dan salam sejahtera,
Minta maaf, kali ini tak dapat nak selitkan gambar-gambar tengtang Bola..! Sebab ternet saya memang dah tak larat nak angkut gambar pun! Maklum le modem mahal.. jadi dia ada limited, tak boleh kerja berat. nak buat macam mana kan..! erm... nanti kalau dapat.. saya akan selitkan ok..
erm... Ini ada satu kesah yang membuat hati saya sangat sedih!
Utusan Malaysia. 25 Jun 2010.
Maut Selepas Diarah Tekan Tubi
Kesah sedih dan menyayat hati!..  24 Jun - Seorang pelajar tingkatan 4 Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi disini, mati setelah tidak sedarkan diri selepas dikenaka hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakan-rakannya di dalam sebuah bilik disekolah itu.
Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16 tahun, sempat diberi rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi tetapi disahkan meeninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi.
Walaupun ajal maut itu ditangan Tuhan, tetapi perbuatan mendera atau membuli macam tu memang tak masuk akal langsung! Tidak dinyatakan pula kesalahan apakah yang sampai dikenakan hukuman sampai sebegitu berat! (Hukum Mati). Kalau sudah satu Maktab atau Sekolah rakan-rakan yang ada, sebenar nya akan menjadi pelingdung apabila kita menghadapi sesuatu masaalah, bukan nya menjadi musuh ketat sehingga sanggup membunuh rakan sendiri! Saya percaya pelakuan ini dilakukan secara berkumpulan bukan nya seorang! Saya cop sesiapa yang bersekongkol sehingga Adik Mohammad Naim mati, mereka adalah 'pembunuh'. walau apa pun alasan, mereka tidak sepatutnya mendera atau membuli macam orang hilang akal! kalau terkena atas kaum keluarga sendiri macam mana? Saya harap pehak Polis bertanggung jawab menyelesaikan dengan adil dan saksama, saya juga percaya kumpulan ini (yang membelasah Adik Muhammad Naim) telah lama berkelakuan tidak baik! orang yang tidak biasa, tak akan dapat melakukan, dan takan mungkin sampai hati melihat kawan meraung-raung kesakitan! jadi pehak 'Polis' tak usah pilih bulu dalam mengambil tindakan! Kesian...! Harap pehak Maktab (MTD) mengeluarkan kenyataan jelas tentang pekara ini termasuk fakta-fakta kesalahan yang telah dilakukan sehingga dibiarkan Hukuman ini bebas dilakukan, [sila bertanyakan sesiapa yang pernah ke Maktab atau Sekolah Berasrama]. Selain orang ramai tahu duduk pekara sebenar serta pihak Maktab (MTD) tidak dipersalahkan.
erm...ok..lah.. Jumpa lagi.

June 24, 2010

BOLASEPAK DUNIA 2010 FIFA Afrika

  5

Assalamualaikum.
hi... Salam sejahtera!
Pagi ini saya cergas, sihat dan tidak terlampau tertekan dengan kerja-kerja.
Selepas antar anak sekolah, balik umah jap.. baca surat khabar Utusan Mlaysia. Biasa nya terus pergi kerja.. tapi hari ini ada free sikit, so tak de masaalah kalu pegi keje lambat sikit, erm.. selak punya selak.. jumpa lah satu article yang sangat menarik!
Khairy pertahan Ka Siong     [Muka surat 5 - Dalam Negeri]

..cerita yang timbul dari kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr, Wee Ka Siong - dalam Ahkbar The Star pada 16 Jun yang lalu. ape ke hal.. Encik Khairy Jamaluddin ni beria-ia sangat mempertahankan kenyataan yang telah dibuat Datok Dr Wee Ka Siong tu..!
Datok tu sudah cakap macam tu, macam tu lah,.. yang enko [Encik Khairy] sibuk.. mempertahan kan dia, yang nak tunjuk 'hero' kat orang dia tu, buat ape?

Encik Khairy ingat orang ramai ni tidak kenal ke Sape dia Datuk Dr Wee Ka Siong tu? Ni la Orang Melayu..! Sanggup menhentam Encik Ibrahim Ali sedangkan Encik Inrahim Ali itu daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa. [Perkasa] haduhh... Encik Khairy kenapa lah awak ni lupa sangat? ini lah juga dinamakan 'Melayu Mudah Lupa' gaji dah besar.. makan minum tak jadi masaalah.. dah lupa bangsa..? Saya harap manusia sebangsa ku yang berjawatan Besar, begaji Besar, berkereta Besar! supaya jangan mudah lupa diri.! lupa nasib anak bangsa sendiri!,... sedangkan dia Datuk Dr Wee Ka Siong sendiri tidak melupakan bangsa dia, ketika dia  berjawatan 'Besar'..! saya kecewa dengan Encik Khairy Jamaluddin! Panjang cerita nya, so pergilah semak-semak akhbar ok.. 
haa... itu lah kesah nya, ok lah sentiasalah berhati-hati selalu kalau dengan Melayu yang mudah lupa, Sebab orang yang lupa, dia selalu tertinggal barang dia, jika anda kawan atau sahabat dia, anda juga dia akan terlupa! ...[hanya Tuhan saja yang tahu hati perut Manusia!]
erm... baiklah..
..kat bawah ini saya selitkan lagi beberapa keping gambar, harap semoga terhibur. Jumpa lagi.






Serbia's coach Radomir Antic reacts at the end of the Group D first round 2010 World Cup football match Australia vs Serbia on June 23, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. Australia defeated Serbia 2-1.




Australia's midfielder Brett Emerton (L) and Australia's defender Michael Beauchamp react at the end of the Group D first round 2010 World Cup football match Australia vs Serbia on June 23, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. Australia defeated Serbia 2-1.


Australia's striker Tim Cahill reacts at the end of the Group D first round 2010 World Cup football match Australia vs Serbia on June 23, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. Australia defeated Serbia 2-1.


 Ghana's striker Kevin-Prince Boateng (R) shakes hand swith Ghana's defender Isaac Vorsah after their Group D first round 2010 World Cup football match on June 23, 2010 at Soccer City stadium in Soweto, suburban Johannesburg. Germany won 1-0.

June 22, 2010

BOLASEPAK DUNIA 2010 , World Cup football (soccer) 2010.


BOLASEPAK DUNIA 2010 , World Cup football (soccer) 2010.

Assalamualaikum.
Hi.. Salam, salam sejahtera semua!
Apa khabar anda semua hari ini ha? Saya harapkan anda sekalian sentiasa berada didalam keadaan yang memuaskan. Terima kasih daun keladi, ada masa lapang datanglah lagi kesini.. Kehadiran anda kemari membuatkan saya merasa sangat gembira! Saya ada melihat-lihat kebelog anda juga, blog anda semua ok-ok belaka.. tak lah macam belog saya ini kan..! Blog saya ini seakan sebuah dairi saja kut.. yang saya tahu, saya main masukan saja apa yang saya terlintas nak buat.. dan kalau anda lain macam saja blog ini.. jangan dok gelak kuat sangat no.. nanti dengar orang len, segan la saya..
erm.. siang hari saya kerja.. tidak boleh la sangat dot tercongok kan depan benda ni, takut kerja lain tak jalan.. huh.. macam mana nak jawab.? Gaji ambik tetiap bulan, kerja tak jalan.. manyak cantik gua punya muka! so.. jadi ada masa sebelah malam baru saya tip top tip top.. la.. lagi pun nak buat entri pun susah nak dapat idea la.. jadi menambah lambat lagi la entry saya nak keluar kat sini.. erm.. saya nak pesan kat kekawan le ni.. kalu nak buat entry.. kalu tak de edia, jangan dok wat idea tak logik sangat no.. kalu nak reka pun, buat lah yang ada logik.. skeq...! bab kalu oreang baca.. diaorang dah leh agak.. ni betui ka ni.. ish..ish.. ok.. jap lagi saya nak link lagu vedio dangdut! ada dua yang hebat.. nak tengok klik je link tu nanti.. idak le saya suka sangat dangdut ni.. tapi suka sesikit ja.. lagipun saya ni, apa yang saya tak suka.. semua dia suka.. ish..ish..erm.... Habis lah wakil Asia.. anyways, two thumb up for the great team! genbira selalu, sat lagi saya sambung lagi.. ada org kacau daun pulak..,










Argentina's national football team players (from top L) defender Martin Demichelis, goalkeeper Sergio Romero, midfielders Juan Sebastian Veron and Mario Bolatti and defender Nicolas Burdisso, (from bottom L) defender Clemente Rodriguez, strikers Lionel Messi, Sergio Aguero and Diego Milito, midfielder Maximiliano Rodriguez and defender Nicolas Otamendi pose prior to the start of the Group B first round 2010 World Cup football match Greece vs Argentina on June 22, 2010 at Peter Mokaba stadium in Polokwane.

Portuguese referee Olegario Benquerenca (C) gives a yellow card to Nigeria's goalkeeper Vincent Enyeama (L) as South Korea's midfielder Park Ji-Sung runs during their Group B first round 2010 World Cup football match on June 22, 2010 at Moses Mabhida stadium in Durban.


Argentina's midfielder Juan Sebastian Veron (R) fights for the ball with Greece's midfielder Giorgos Karagounis during the Group B first round 2010 World Cup football match Greece vs Argentina on June 22, 2010 at Peter Mokaba stadium in Polokwane.

 
Greece's national football team players (from top L) defenders Lukas Vyntra, Socrates Papastathopoulos and Vangelis Moras, midfielder Alexandros Tziolis, defender Sotiris Kyrgiakos and goalkeeper Alexandros Tzorvas, (from bottom L) defender Avraam Papadopoulos, midfielder Costas Katsouranis, defender Vasilis Torosidis, midfielder Giorgos Karagounis and striker Giorgos Samaras pose prior to the start of the Group B first round 2010 World Cup football match Greece vs Argentina on June 22, 2010 at Peter Mokaba stadium in Polokwane.


Argentina's striker Lionel Messi (L) fights for the ball with Greece's defender Avraam Papadopoulos during the Group B first round 2010 World Cup football match Greece vs Argentina on June 22, 2010 at Peter Mokaba stadium in Polokwane.


Argentina's striker Lionel Messi (R) controls the ball in front of Greece's defender Socrates Papastathopoulos during the Group B first round 2010 World Cup football match Greece vs Argentina on June 22, 2010 at Peter Mokaba stadium in Polokwane.


Greece's defender Socrates Papastathopoulos (R) falls next to Argentina's striker Lionel Messi during the Group B first round 2010 World Cup football match Greece vs Argentina on June 22, 2010 at Peter Mokaba stadium in Polokwane.


Nigeria's striker Chinedu Obasi (R) vies with South Korea's midfielder Ki Sung-Yueng during their Group B first round 2010 World Cup football match on June 22, 2010 at Moses Mabhida stadium in Durban.

 

South Korea's striker Park Chu-Young (C) celebrates with teammates after scoring during their Group B first round 2010 World Cup football match on June 22, 2010 at Moses Mabhida stadium in Durban.


South Korea's midfielder Kim Jung-Woo (L) clashes with Nigeria's midfielder Yussuf Ayila (R) during the Group B first round 2010 World Cup football match between Nigeria and South Korea on June 22, 2010 at Moses Mabhida stadium in Durban.

Spain's goalkeeper Iker Casillas gestures during the 2010 World Cup group H first round football match between Spain and Honduras on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

Honduras' goalkeeper Noel Valladares (R) dives to catch the ball behind Spain's midfielder Cesc Fabregas during the 2010 World Cup group H first round football match between Spain and Honduras on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

Spain's defender Sergio Ramos reacts after Spain's striker David Villa (unseen) failed to score a penalty shot during the Group H first round 2010 World Cup football match Spain vs. Honduras on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

Honduras' striker George Welcome (C) vies with Spain's defender Carles Puyol (L) and Spain's defender Gerard Pique during their Group H first round 2010 World Cup football match on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

 Honduras' goalkeeper Noel Valladares dives to catch the ball behind Spain's midfielder Cesc Fabregas (back) during the 2010 World Cup group H first round football match between Spain and Honduras on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.


Honduras' striker George Welcome (down) vies with Spain's defender Sergio Ramos during their Group H first round 2010 World Cup football match on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.


Spain's Jesus Navas is fouled and obtains a a penalty kick during their Group H first round 2010 World Cup football match on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.




Spain's Joan Capdevila (L) fights for the ball with Honduras' striker David Suazo during the Group H first round 2010 World Cup football match Honduras versus Spain on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.



TOPSHOTS Spain's striker David Villa (R) is challenged for the ball by Honduras' defender Sergio Mendoza during the 2010 World Cup group H first round football match between Spain and Honduras on June 21, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

June 21, 2010

BOLASEPAK DUNIA 2010 , World Cup football (soccer)2010.


BOLASEPAK DUNIA 2010 , World Cup football (soccer) 2010.








Assalamualaikum...
Serta Salam Sejahtera pada semua yang tersinggah kat blog saya ni, blog ke?
Sama ada anda Cina ke, India ke, Sabahan ke, Serwak ke.. kita dilahirkan disini, duduk elok-elok, sama-sama.. we all together in one nation, one citizen, 1MALAYSIA.
Begitujuga dengan sahabat-sahabat blog dari negara jauh dan dekat,
saya sayang kamu! where you coming from, I'm your friends too.. love to see u here! ok..lah ikut suka pemahaman anda lah.. saya pun dok 'kompius' jugak ni.. blok ka apa kenama ni..? senang cerita blog rojak le.. ni bukan apa.. orang blog kita pun tak mau koman eh.. betul tak? ha.. ni, nak tanya sikit.. semalam Hari Bapa adake sape-sape yang terlupe nak ucap selamat Hari Bapa pada Ayah atau Bapa you all?
hiss... jangan dok buat lupa..

Bapak itu satu manusia yang amat penting dalam hidup kita tau.. walau pun selalu kita ni dok bermanja dengan Ibu atau Emak..
tak semesti nya kita dok lupa pada Ayah atau Bapa, Bapa ni sangat sayangkan
anak-anak dia tau.. betul.. saya ni Bapa pada anak-anak.. saya tau la.. walaupun
kadang-kadang Bapa ni garang, bengis,.. tak leh nak manja-manja.. jangan dok cop semua yang kita buat Ayah tak suka.. sebab terlalu sayang lah, Bapak selalu banyak komplen apa yang kita buat.. kerana dia dah pernah alami dulu. jadi dia tidak mahu terjadi pada kita pulak.. macam mana pun dia, kita tetap dengan Ayah kita, itu je la Bapa kita, lagi satu, kekadang Bapa ni comot sikit..
misai, jangut yang ada, tak sempat nak gunting.. maklum saja lah.. sibuk sangat cari duit nak bagi makan anak-anak.. diri sendiri dak tak terjaga! biar macam tu pun, dia tetap Bapa kita, kita pun dah tahu manusia mana ada 'perfect'.. jadi luahkanlah lah kasih kit kat dia, sila lah, sms ke, talipon ke, ucap lah,.. 'Selamat Hari Bapa' ayah.. along sayang ayah. sebaris ayat itu dah cukup besar makna nya bagi ayah baca atau dengar! erm.. dalam dok cerita ni, tak da siapa ka nak ucap 'Selamat Hari Bapa' pada saya ni ha? kalau tak da.. saya ucap sendiri lah ye.. saya.! "Happy Father Day" awak! ya..ya.. terima kasih, sayang juge awak kat saye iye.. ?..
Untuk peminat bola.. ni ada saya selitkan foto-foto menarik tentang bola, sepanjang temasya bolasepak sekarang ni.. semua nya hanya yang terpilih sahaja..khas buat anda semua. semoga terhibur.



RUSTENBURG, SOUTH AFRICA - JUNE 21: David Beckham smiles during the England training session at the Royal Bafokeng Sports Campus on June 21, 2010 in Rustenburg, South Africa.



French referee Stephane Lannoy (L) gestures to Brazil's midfielder Kaka (2nd L) as Brazil's midfielder Gilberto Silva (2nd R) and Ivory Coast's striker Didier Drogba (R) look on during the Group G first round 2010 World Cup football match Ivory Coast versus Brazil on June 20, 2010 at Soccer City stadium in Soweto, suburban Johannesburg.


 Brazilian fans celebrate after Brazil won the Fifa World Cup South Africa 2010 football match against Ivory Coast, in Copacabana Beach, in Rio de Janeiro, Brazil on June 20, 2010. Brazil won 3-1.


A supporter of Ivory Coast cries after the national team lost their World Cup match against Brazil, as crowds gathered to watch the game in Abidjan on June 20, 2010. Brazil qualified for the last 16 of the World Cup with a 3-1 win against Ivory Coast in their World Cup Group G clash at Soccer City, but had star midfielder Kaka controversially sent off



TOPSHOTS Ivory Coast's midfielder Didier Zokora (top) leans on Brazil's midfielder Elano as they fight for the ball during the Group G first round 2010 World Cup football match Brazil vs. Ivory Coast on June 20, 2010 at Soccer City stadium in Soweto, suburban Johannesburg.

Members of the Ivory Coast starting team pose before theGroup G first round 2010 World Cup football match between the Ivory Coast and Brazil on June 20, 2010 at Soccer Citystadium in Soweto, suburban Johannesburg. Pictured are (top row-L to R) Ivory Coast's goalkeeper Boubacar Barry, defender Kolo Toure, midfielder Yaya Toure, defender Guy Demel, midfielder Cheik Ismael Tiote, striker Salomon
Kalou and bottow row (L to R) defender Emmanuel Eboue, striker Didier Drogba, midfielder Didier Zokora, strikerAruna Dindane and defender Siaka Tiene.











Page on facebook :-  burdibird.

June 20, 2010

BOLASEPAK DUNIA 2010 , World Cup football (soccer)


BOLASEPAK DUNIA 2010 , World Cup football (soccer)2010.

Salam, dan salam sejahtera semua!
Hari ini hari ahad, peluang orang membuat kenduri perkahwinan..
lagi pun cuti dah nak habis dah.. hari ini memenuhi jeputan rakan sekampung! tapi lebih berusia daripada saya ni.. kami agak rapat juga.. banyak kenangan semasa kecil dulu bersama mereka semua..ermm.. perwatakan mereka telah banyak berubah.. ye la... mereka dah menjadi bapak mentua sekarang ni.. makna nya sudah naik pangkat lagi.. kejap lagi dapat pangkat datok le pulak kan.. sebenar nya saya merindui masa kecil dahulu... terasa ingin kembali semula kezaman dahulu... tapi itu semua hanyalah impian yang tidak akan menjadi kenyataan lagi.. tak tahu lah... bila berkumpul sesama rakan sekampung, nostalgia zaman silam mudah kembali di ingatan ini...
A combination of two file images shows South Korea's midfielder Park Ji-Sung and Nigeria's midfielder Lukman Haruna during the 2010 World Cup football tournament. Nigeria will face South Korea in their Group B first round 2010 World Cup football match on June 22, 2010 at Moses Mabhida stadium in Durban.
Enternet saya masih lagi bermasaalah... lambat... lembekk.... tah ape.. ape.. lagi..
susah nak buat apa.... ni saya naik kan gambar pasal Bola!  kat luar sana orang dah riuh pasal bola..
saya suka rojak je sikit.. tapi tak le extreme sangat.. sekadar mengikut musim..! .. walaubagaimana pun.. anda cemua Happy to enjoy gambar-gambar kat sini  ey.. Semalam  aku masih merindui dia! entah mengapa aku masih sayang, malah aku tidak pernah membenci dia!
Sudah puluhan tahun.. namun, hati ini..
Semoga kau bahagia selalu. Tak kira dimana kau sekarang.
Ermm.. ok semoga anda terhibur dengan foto dibawah!

PRETORIA, SOUTH AFRICA - JUNE 20: Goalkeeper Tim Howard (C) of USA speaks during a press conference with teammates Jozy Altidore and Clint Dempsey at Irene Farm on June 20, 2010 in Irene near Pretoria, South Africa. The USA will play their next World Cup Group C match against Algeria at Loftus Stadium in Pretoria, South Africa, on Wednesday June, 23, 2010.






PRETORIA, SOUTH AFRICA - JUNE 20: Team manager Oliver Bierhoff of Germany speaks to the media during a press conference in the media center at Velmore Grande Hotel on June 20, 2010 in Pretoria, South Africa.


PRETORIA, SOUTH AFRICA - JUNE 20: Midfielder Clint Dempsey of US national football team speaks during a press conference at Irene Farm on June 20, 2010 in Irene near Pretoria, South Africa. The USA will play their next World Cup Group C match against Algeria at Loftus Stadium in Pretoria, South Africa, on Wednesday June, 23, 2010.







Slovakia's midfielder Jan Kozak (back) fights for the ball with Paraguay's striker Roque Santa Cruz during the Group F first round 2010 World Cup football match Slovakia versus Paraguay on June 20, 2010 at Free State Stadium in Mangaung/Bloemfontein.









Slovakia's defender Martin Skrtel (R) fights for the ball with Paraguay's defender Antolin Alcaraz during the Group F first round 2010 World Cup football match Slovakia vs Paraguay on June 20, 2010 at Free State Stadium in Mangaung/Bloemfontein. 2-0.






Seychellois referee Eddy Maillet officiates during the Group F first round 2010 World Cup football match Slovakia versus Paraguay on June 20, 2010 at Free State Stadium in Mangaung/Bloemfontein.


 

The Paraguayan team huddle before the Group F first round 2010 World Cup football match Slovakia versus Paraguay on June 20, 2010 at Free State Stadium in Mangaung/Bloemfontein. 2-0.


  

The Slovakian team huddle before the Group F first round 2010 World Cup football match Slovakia versus Paraguay on June 20, 2010 at Free State Stadium in Mangaung/Bloemfontein.




Page on facebook :-  burdibird.