May 25, 2010

Titiwangsa

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Bertemu kembali..
sekejap na rasa nya aku kat sini, dah datang lagi.. Baru duduk ja waiter tu dah hantar air kegemaran aku… esh.. esh.. baik betul lah dia ni ngan aku, .. esh.. esh.. tapi kena bayar la..
Tapi pun tak ada dalam dunia ni free kan.. Lagi zaman sain dan tenologi ini, Cuma satu saja yang free.. iaitu nyawa kita ni.. so jaga lah nyawa kita ni baik-baik.. nyawa ni mahal harga nya dok… tapi tak da dijual.. penat Emak Bapak membesarkan ye… tapi kita anak muda tak sayang pulak.. buat pa lah dok merempit, celok celok kat tengah jalan yang sibuk tu.. buatnya jatuh, kan rugi.. satu nyawa.

Kalau dah bawak elok cermat tapi nak kena juga itu kira kita bukan sengaja.. dah takdir.. ini kalau sengaja merempit, apa nak kata? Rugi beras bagundi bakilo-kilo gula, the, susu, termasuklah besikal buruk tu semua kena bayar.. habistu.. kalu mati mermpit.. ish..ish.. rugi besar Emak ngan Bapak..tau! tapi aku percaya sesangat member bloger muda belia tak buat cam tu kan….?
..ok lupakan itu semua, sebab aku nak bertemu dengan You all semua member Bloger. Sebab aku nak peturunkan ilmu batin ku ini pada yang sudi menerima nya.. Iaitu ilmu batin dari pendalaman nun kat banjaran Titiwangsa sana, mentera ni selalunya tok Batin baca kalu nak berubat anak buahnya masuk hantu..! You all bolih lah hafal mana tau nak guna masa terdesak nanti, mana kut nak camping kat dalam hutan ke..! Bulih juga jadi bomoh.. keh..keh..

Mentera nya macam ni la lebih kurang..

Kain yang putih jangan dipegang,
Ikatan kepala dukun terbilang.
Mengapa kasih ku tak pernah hilang,
Ku cuba melupa semakin sayang.

Puteri beradu dengan mahkota,
Diatas hamparan tanpa pelita.
Mimpi bertemu kekasih tercinta,
Bilakah ia kan jadi nyata?

Putik rumbia pusaka panglima,
Warisan penghulu dahulukala.
Ikatan didunia terpisah lama,
Cinta ku kasih ku hanya engkolah saja.

Daun semalu daun berduri,
Terkena kaki sakit sekali.
Sering bertemu saban hari,
Tapi kau bukan milik ku lagi.

Buah kuini dimakan kedidi.
Dibawa terbang berat buahnya,
Jika begini suratan terjadi,
Biarku bujang sampai ahkhirnya.

Atap rumbia kuat tahan nya,
Disusun bertiga diatas titi.
Andai didunia bukan tempat nya,
Dipintu syurga ku akan menanti.

Haa… macam tu lah menteranya…
mentera ni aku dapat secara kebetulan saja.
.'
Sekian.
Wassalam.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!



No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~