June 30, 2010

macam mana dengan perkembagan FIFA 2010?

Salam,
helo.. semua sahabat!
Apa cerita hari ini sahabat? macam mana dengan perkembagan FIFA 2010? Tinggal berapa team lagi yang terus berjuang sehingga ke matlamat nya? bagi sahabat yang memang kaki bola dah tak jadi masaalah nak menghitung tentang kalah menang sesuatu kumpulan kan, kalau macam saya ni ada susah sikit lah nak meramal dengan sesuai kumpulan mana yang kelak akan menjulang piala dunia, bab tidak le berapa buat kajian sangat cuma sekadar menghagatkan kerusi kat kedai mamak saje.. joint kekawan..
Saya harap sahabat lebih arif lah tengtang semua itu...

Ni saya nak cerita pasal gula!

KUALA LUMPUR: Mulai Khamis ini sehingga September depan, kerajaan akan menambah bekalan gula di pasaran sebanyak 15 peratus bagi menghadapi permintaan tinggi dan juga persediaan musim perayaan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan langkah diambil itu akan memastikan tidak berlaku kekurangan gula di pasaran.

Langkah lain diambil kementerian dengan melantik persatuan tertentu untuk membekalkan gula secara terus kepada ahlinya.
Kementerian akan membekalkan gula kepada persatuan dilantik seperti Persatuan Kedai Runcit Kaum India, Persatuan Kedai Runcit Melayu Malaysia dan Persatuan Industri kecil dan Sederhana (IKS).
Kementerian memberi secara borong kepada persatuan yang dipilih itu supaya mereka dapat membekalkan terus kepada ahlinya, ” katanya ketika menggulung hujah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMKe-10), di Dewan Rakyat, semalam.

-
Gula sudah memang susah nak dapat ni.. anak sudah mula bising bab minum tak ada gula..! entah mana disorok gula tu pun tak tahu la... mungkin kementerian berkenaan dapat mengesan dimana gula yang banyak itu disorokan? kita ni mana lah ada kuasa nak pergi selidik benda gula itu kat mana kan? kalau kat kedai tak ada! makna nya minum kopi pahit... le,

Bila lagi kementerian berkenaan hendak bertindak ha? rasa nya sudah lama bab gula ni... nak tunggu sampai bila lagi? Buka saja lah kepada penusaha-pengusaha lain supaya mereka bawak masuk gula dari luar negeri ke mana ke..
Tak kan lah cuma dua tiga orang saja yang pandai meniaga gula! yang lain-lain tak reti ke meniaga gula?
Sepatut nya kementerian bertidak lebih awal lagi.. supaya kerisis gula tidak sampai ketahap yang lebih keritikal..!

Ada sikit masaalah lagi bab gula ini.. ada sesetengah rakyat Malaysia yang memang tidak dapat bahadian gula sudah banyak hari.. pegi kedai sana.. pegi kedai sini... tak ada! gula belum sampai lagi.. itu tuan kedai kata. akan tetapi sesetengah rakyat Malaysia tidak ada masaalah tengtang gula.. (saya sebut rakyat supaya tak sebut yang lain' faham kan? kalu tak faham tanya, tanya orang yang faham.. ok.) mereka ini saya tidak dengar pulak keluhan pasal gula! sedangkan saya bejiran... sikit-sikit saya tahu lah pasal diaorang punya cerita kan..

Haa.. dah tu.. macam mana! kalu minyak ke, simen ke, ayam ke yang naik harga semua kecuh.. bab semua terkena lah kut? aaduii.. pening,!


June 29, 2010

Foto Bola FIFA 2010

Salam sejahtera semua!
Oleh kerana saya sekarang kat mamak rest'
Maka, dapat lah saya selitkan foto-foto yang saya kira menarik untuk tatapan sahabat semua yang masih sudi lagi menjengah kat blog tidak seperti nya ini! isk.. isk.. sedih..
Kalau kat umah tak dapat lah nak buat semua ini... sebab ternet saya dah over load dah.. kalau setakat corak-coret tu boleh le gagah.. bukannya gagah kuat! tapi gagah merangkak-rangkak.. kekadang naik angin juge.. tapi oleh kerana iman saya masih menebal lagi, saya sabar le banyak-banyak..
bak kata orang tua-tua pondok.. sabar itu baik untuk kesihatan! ye le.. kalu tak sabar, mudah marah.. nanti darah tinggi! kan tak sihat..
Saya harap sahabat pun jangan le cepat marah ye..
dan kalu baca corak-coret saya kat blog ni.. jangan ambik perhatian sangat.. hanya untuk orang yang berkenaan saja.. kalu yang tidak berkenaan jangan dok ambik hati sikit pun ok..
Kata orang lagi, rambut sama hitam, tapi cara penulisan lain-lain.. dik kerana sebab lain la kita kena baca, kalu sama saja tak payah le baca..kui2 (pinjam sapa ni ha?.. kui3..) jadi mai la selalu kat blog saya ini.. sebab saya tulis ini datang dari majoriti isihati orang kampung! tidak usah malu le.. (memang saya orang kampung cek oi..) cuma dia orang tak de tempat nak luahkan atau atas sebab-sebab lain.. jadi saya jadi peantaran kat dia orang.. yang elok-elok saja.. yang tidak elok tu dari saya sendiri..

p/s kalau sahabat bukan kumpulan yang saya cakap tu, sila abaikan saja.



A Brazilian fan waves the national flag during the FIFA World Cup South Africa 2010 football match between Brazil and Chile in Copacabana Beach in Rio de Janeiro, Brazil on June 28, 2010. Brazil won 3-0.



An octopus named Paul sits on a box with decorated with a German flagand a a shell inside on June 29, 2010 at the Sea Life aquarium in Oberhausen, western Germany. Paul's task is to decide in favour of one of the shells hidden in boxes with the flags of Germany and Argentina (L) and to act thus as oracle for the upcoming quarterfinal match of the FIFA Football World Cup between the two countries on July 3, 2010 in Capetown, South Africa. Paul, who had predicted well the result of four matches earlier in the tournament, this time decided for Germany.


Brazil's midfielder Kaka tries to control the ball during the 2010 World Cup round of 16 football match Brazil versus Chile on June 28, 2010 at Ellis Park Stadium in Johannesburg. Brazil won the match 3-0.
Lisa Mueller (L), wife of German player Thomas Mueller chats with singer Alessia Walch (R), girlfriend of German defender Dennis Aogo as they watch the 2010 World Cup round of 16 match Germany vs England on June 27, 2010 at the Free State stadium in Mangaung/Bloemfontein. Germany won 4-1.


 Brazil's striker Luis Fabiano (C) tries for a chance on goal as (L to R) Chile's defender Ismael Fuentes, Chile's midfielder Arturo Vidal, Chile's midfielder Carlos Carmona and Brazil's midfielder Gilberto Silva eye the ball during the 2010 World Cup round of 16 football match Brazil versus Chile on June 28, 2010 at Ellis Park Stadium in Johannesburg. Brazil won the match 3-0.


A Brazil football supporter holds up a sign cheering on Brazil's midfielder Kaka during the 2010 World Cup round-of-16 football match between Brazil and Chile on June 28, 2010 at Ellis Park stadium in Johannesburg.

Khalid terus ditekan - Didesak lepas jawatan MB


SYAH ALAM 28 Jun - Setelah terpaksa melepaskan jswatan Pengurusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat(PKR)Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhadapan pula dengan satu lagi cabaran hebat! iaitu desakan supaya meletakan saja jawatan Menteri Besar.

Ramai dikalangan pemimpin PKR sendiri bependapat sukar untuk Khalid menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar memandangkan kuasa politik dipegang oleh Naib Presiden PKR, Azmin Ali yang telah dilantik oleh Pengurusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

-
Begitu lah sedutan ahkbar tentang kepincagan pentakbiran Selangor dibawah pimpinan PKR. Maka banyak lah ahli-ahli politik sebelah lagi memberi komen tentang perihal nasib Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim, kedengaranlah nada teramat sinis dikeluarkan bagi di muatkan dalam akhbar-akhbar tempatan, seolah-olah mereka seronok bila melihat kegagalan Khalid serta PKR di Selangor.

Saya kata' Itu kita tak perlu ambik tahu sangat la.. sebab kita memang sudah tahu siapa sebenarnya yang mentakbir PKR kan.. biarkanlah diaorang PKR bertelagah sesama sendiri merebut jawatan dan kepentingan, ahli-ahli parlimen yang sebelum ini merentah Selangor pun bukan main sinis memperkatakan tentang Khalid Ibrahim dan nasib Pentakbiranya sekarang. Mereka macam tidak malu mengatakan kepincangan orang lain sedangkan semasa mereka memerintah, mereka sendiri GAGAL memerintah untuk kepingan rakyat! dan gagal juga memerentah dan mengawal untuk kepentingan sendiri!
Yang ada dalam mulut pun tidak pandai nak jaga, tidak usahlah nak buli Tan Seri Khalid Ibrahim pulak! Kesian Tan Seri Khalid..
Jaga kerja-kerja sekarang sudahlah! banyak pekerjaan yang perlu diperbaiki supaya kepercayaan rakyat boleh kembali semula. Rakyat sebenarnya mahu kepimpinan yang telus dan berkualiti, yang tidak mudah menebang balak sesuka hati! dan mengabaikan keperluan orang melayu. peratusan pengundi melayu sedikit.. yang mendaftar sebagai pengundi pun, seperti dilapurkan 40 - 1, jika kemenangan bukan dari mejority orang melayu, alamat kata macam bola lah awak, sebab undi pehak itu boleh beralih arah dengan sekelip mata sahaja.
Wahai pemimpin Melayu.. Insaf lah... kuatkan 'iman' bila berkuasa. Jaga lah kepentingan atau hak orang melayu! andai kata mejoriti orang melayu lemah dan kecewa, mereka tidak akan ambil peduli lagi akan hal politik! bermakna, kita semua orang melayu akan susah kemudian hari.

June 28, 2010

Ibrahim 'gedebe politik' - Khairy

REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah menarik balik gelaran 'Jaguh Kampung' yang telah diberikan kepada Presiden Pertubuhan Peribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, tetapi telah mengantikannya dengan gelaran baru iaitu 'gedebe politik' (samseng politik).

Khairy juga bertegas tidak akan menarik balik kenyataannya terhadap Datuk Ibrahim Ali yang disifatkan sebagai penhalang konsep 1Malaysia.
dengan menambah "Saya menyesal panggil dia sebagai 'jaguh kampung' sebab apabila saya teliti betul-betul dia sebenarnya tidak layak dipanggil jaguh kampung, sebab gelaran itu terlalu mulia bagi nya, tetapi dia hanya layak dipanggil 'gedebe politik' murahan.
Khairy berkata demikian selepas menhadiri Majlis Perasmian Serentak Perwakilan Pegerakan Wanita, Pemuda dan Putri UMNO di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas.

Tegas Khairy, beliau tidak mempunyai sebarang masaalah dalam mempertahankan hak orang Melayu, tidak perlu dilakukan dalam kaedah yang agresif.
Beliau menambah, sekiranya UMNO tidak menjauhi gerak-geri dan rentak Ibrahim, ia akan mendatangkan implikasi buruk terhadap Barisan Nasional (BN).
Kita kena pastikan bahawa sokongan terhadap BN datangnya dari semua pehak iaitu Melayu yang progresif serta Cina dan India.
"Ingin saya tegaskan yang kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara Ibrahim yang boleh melukakan hati ramai pehak bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain",katanya.
Jelasnya, sebagai saorang pemimpin muda, beliau berasa tercabar dengan 'serangan' terhadap dirinya dan pasti akan 'membalasnya' semula.

-
Saya Kata: jelas sikap yang kurang elok memang dah tersedia ada pada En. Khairy.
Dia mudah membuat sesuatu keputusan dengan tidak memikirkan dengan sedalam-dalamnya terlebih dahulu kesannya! Sebagai contoh, ialah dengan penarikan gelaran yang telah diberikan kepada Datuk Ibrahim Ali iaitu 'jaguh kampung'. Dan dia menyesal mengelarkan Datuk Ibrahim sebagai 'jaguh kampung'. ini jelas menunjukan dia sememangnya tidak peduli dengan hak mejority orang Melayu!

En. Khairy tidak mahu dengar ada orang Melayu yang menentang usul yang dicanangkan oleh kaum-kaum lain, walaupun usul tersebut sedang mengikis keistimewaan orang Melayu. Yang dia semua orang sokong dia, dan jika dia mendapat sokongan daripada kaum-kaum lain dan ditambah sokongan Melayu Elit, Melayu Progresif maka mudahlah dia mengapai impian keperingkat yang lebih tinggi dalam 'Pentakbiran Negara'.
Lihat lah sekarang lagi dia sudah berani mengecop Ibrahim Sebagai 'gedebe politik' bayangkan jika dia mempunyai kuasa lebih besar?

Janggan harap dia hendak mendengar nasihat bekas-bekas pemimpin Melayu yang lain, dan dikala itu, baru semua anak cucu orang Melayu yang sekarang menyokong En. Khairy makan ubi dengan pisang bakar saja! Kerana En. Khairy dah jadi ketua besar dia tak peduli siapa kamu, yang dia peduli siapa yang menyokong dia, zaman globalisasi dalam pinpinan En. Khairy tidak memilih siapa! asal dia 1Malaysia rebutlah sendiri peluang yang ada! Nak korek, koreklah seberapa banyak keuntungan asal bayar cukai, nak belajar, belajarlah seberapa tinggi asal kau ada duit, nak beli belilah seberapa banyak yang kau suka asal kau ada duit!

Sekarang saja keadaan dah semacam ini, seperti yang semua Orang Melayu tahu! berapa banyak tanah rizab melayu dah kena beli dengan orang bukan melayu? nak tunggu En. Khairy nak membela..! kantoi la..
gula saja.., sapa punya kuasa? kenapa tidak ada kaum yang mengutuk pasal gula tidak ada?

-
kat bawah sini saya lapirkan siapa yang memuji En. Khairy. dan link web 'Malaysiakini'.

Kgen: I certainly side with Umno Youth chief Khairy Jamaluddin over the 'village idiot' Perkasa chief Ibrahim Ali. This racist has nothing in common with the rural Malays - he does not defend them, he is only using poor Malays as a front for his defence of rent-seeking for himself and his like-minded friends.

Leon Chan: Dear Khairy, your education qualification is far more superior than the 'jaguh kampung'. I believe Malaysians will be 100 percent behind you if you join Pakatan. Your liberal views can never be accepted by the ultras in Umno.

Cala: Kama Mustaffa, your comment is fair. I grow up at the fringe of Malay kampungs and I know how the poor suffer. The poor, to be exact, are still languishing in poverty today unless they have educated children who can later land themselves jobs with the civil service. I will be the first to stand up for these rural poor for the poor transcend across all ethnic groups.

Artchan: Now at least there is one Malay who dare to stand up to the 'gangster' Ibrahim. Even Najib has no guts to face off with Ibrahim. I may not like KJ, but at least he has courage, which is sadly lacking in many Umno fellows.

Myrights: Way to go Khairy! Ibrahim's intellect is no match to you. After all, he is only where he is today because of PAS and now, he is just carrying the racism torch for Dr Mahathir Mohamad. He is a nobody if not for Dr M. Once Dr M is gone, he will be blown away like the dirt in the wind. Keep it up, Khairy.

Tan Kian Khim: For the first - and possibly only - time, I find myself agreeing with Khairy. Ibrahim Ali is nothing more than a village thug, the local equivalent of a redneck Ku Klux Klan leader, whose sole raison d'etre is to cynically inflame communal tensions for the purpose of extorting wealth for himself, his cronies and his patron saint Mahathir.

dan baca lagi! Malaysiakini

June 27, 2010

Khairy Cuma Penyibuk - Ibrahim

Encik Khairy Jamaluddin menyifatkan Encik Ibrahim Ali iaitu selaku Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai jaguh Kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Encik Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sebelum ini telah menyokong kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Encik Khairy juga mendakwa tindaktanduk atau pendekatan yang diambil oleh 'PERKASA' terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Dia (En. Khairy mewakili Pegerakan Pemuda Umno) tetap mempertahankan isu yang diketengahkan (isu biasiswa JPA) oleh Datuk Dr. Wee Ka Siong (Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran) serta turut dilapurkan berkata, pendekatan yang diambil oleh Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan (Ibrahim Ali) sudah ketinggalan zaman dan tidak laku lagi diguna pakai dalam era globalisasi ini.

Encik Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyebuk, kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputra dalam isu biasiswa.
"Kenapa tiba-tiba dia (Khairy) mempertahankan Ka Siong sadangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Orang Melayu, kerana saya percaya lapuran akhbar tidak silap.
En. Ibrahim menambah, dimana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, iaitu Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, iaitu Datuk Ahmad Ismail dihentam hebat kerana membela Melayu?
Beliau (Ibrahim) juga mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO.
-
Saya ingin menambah jika banyak bilangan manusia seperti En. Khairy yang memimpin serta mewakili Orang Melayu saya percaya tidak lama lagi, Melayu hanya akan tinggal nama saja. Sebab mereka seperti ini hanya mementingkan politik dan menyokong mana-mana pehak sekalipun asalkan cita-cita besar diri sendiri akan dicapai.
Semua orang mahu jawatan besar, pangkat besar tapi, anda sebagai pemimpin yang mewakili orang melayu, dalam pada mengejar pangkat dan jawatan, pikir-pikirkan lah nasib orang melayu..
Jangan dengan sewenang-wenang membiarkan anai-anai merayap sesuka hati, kelak satu rumah akan roboh tanpa disedari.. insaflah, sudah banyak hak orang melayu hilang begitu sahaja! insaflah.. wahai pemimpin Melayu!
-