September 04, 2012

Merdekakan Minda

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita Malaysia.

Masa sekolah dulu-dulu sambut hari Kemerdekaan ini sangat istemewa! sebab ada banyak acara yang diadakan disekolah.

Ada permainan, nyayian berkumpulan dan sebagainya.. walaupun telah lama berlalu namun kenangan dimasa sekolah masih diingat, terutama dapat makan, minum air 'milo' percuma! erm... kemana pergi kekawan semua itu. Harap semua sucses dengan kehidupan anda semua.

Tetapi bila sudah dewasa ini, dapat dilihat masih ramai lagi orang-orang dewasa yang belum 'Merdeka' lagi. Masih berada ditahap lemah lagi walaupun sudah tua bangka..!
Sepatutnya orang yang sudah tua ini, sangat faham apa itu 'Merdeka' kan.? Yelah... kita haruslah menghormati antara satu sama lain, tidak kiralah siapa bangsa dia, saling menghormati adalah sangat penting bagi mengekalkan 'Kemerdekaan'.!

Jangan pulak pekara remeh ini dibuat tidak kesah, contohnya bertimbang rasa semasa di jalan raya. Berikan ruang jika ada pemamdu lain hendak memotong kita. Saya perhatikan ramai pemandu (tidak semua) yang berpenyakit bila memandu!

Mereka ini suka sangat pemandu lain Q dibelakang mereka, bila ada ruang untuk memotong dia pulak yang pecut laju kehadapan.. bila tiba didubble line dia memandu macam 'lembu' pulak! memang sudah sah orang yang macam ini berpenyakit! dan mungkin masih belum 'Merdeka' lagi pemikiran dia.
Sedar kah mereka ini sebenarnya sedang cuba mencipta kemalangan! Banyak kemalangan berpunca dari pemandu sakit begini! Seronok dia jika dapat memberi musibah kepada pemandu lain.

Ada pemandu lain pulak pasang lampu hadapan sampai empat atau enam, sangat menyilaukan mata..! langsung tidak mengendahkan pengguna lain, ada lampu kuning bersinar.. sampai naik kelabu mata dibuatnya.. apalagi yang memang mata sudah kelabu!

Sedarlah kita ini sama-sama hidup didalam negara yang telah lama 'Merdeka'.., jadi tolonglah 'Merdeka'kan pemikiran itu. Jangan jadi pemandu 'hantu' yang suka mendorong kepada kejadian kemalangan yang bolih membawa maut kepada pengguna lain.

Dan dengan ini kita berharap pehak yang bertanggung jawab tentang pekara ini, terutama JPJ ke POLIS ke, tolong jangan benarkan sesiapa pun menambah bilangan lampu tambahan hadapan atau ubahsuai lampu asal hadapan sehingga menggangu pengguna lain.

Cukuplah kemalangan yang berlaku disebabkan cuaca, kerosakan jalan, binatang liar atau hal-hal lain yang mungkin tidak dapat dielakan, tidak usahlah anda menambah lagi punca kemalangan tersebut! Ingat setiap pemandu dijalanraya adalah sama seperti kita juga, mereka ada orang tersayang seperti kita juga.

Jangan memasang lampu terang sesuka hati, kelakuan anda menyebabkan pengguna hadapan dari kedua-dua arah tergaggu! Pehak berkuasa wajib mencegah pekara-pekara buruk seperti ini. Jangan biarkan masaalah ini berpanjagan kelak kita semua rugi.

Memanglah duit itu kamu punya, kereta pun kamu punya jika hendak sangat.., pasang lampu itu kat bumbung rumah sekurang-kurangnya dapat mencegah kecurian!

Merdekakan diri anda dari amalan yang buruk!

'MERDEKA'



Terima kasih!


Baca Lagi Sini!




No comments:

Post a Comment

errmm..
~ Yang merah itu saga, yang lorek itu kendi. Yang indah itu bahasa, yang baik itu budi. ~