November 12, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam hormat semua ye...

Moga anda semua sihat waiafiat semuanya... walau macamana pun hari ini saya tidaklah berapa sihat sikit..
ala.. cuma sikit saja.. bukan pe masa dok sibuk keje.. hujan pun turun lah gerimis gerimis.... apalagi.. terus tangkap le kat kepala saya ni... erm.. tak le kuat sangat... cuma rasa lenggoh kat belakang leher ni...
kalau dapat dipicit-picit pergh..... memang best tul...
erm... sapelah nak tolong picit ni ye..?

Jawabnya kena pekena panadol le apa lagi... ok lah... cukup dulu kali ini.
Selamat Menyambut Hari Raya Haji....

November 08, 2010

Projek Jambatan Kolam Bukit Merah - Kami telah berjaya.!

Assalamualaikum serta salam sejahtera semua.

erm.. terima kasih kerana masih sudi menjengah keblog saya ini..
maaflah bab agak lama juga saya mengupdate, bukan apa.. cuma saya tak mempunyai kesempatan dan masa tidak mengizinkan disamping kerja yang melambak yang perlu diutamakan..
Ye.. lah kita mesti mengutamakan yang utama dahulu kan.. kalau tidak camana nak sukses dalam kehidupan.. cewah..
tapipun memang betul.. kita mesti mempunyai sikap yang seperti itu baru kita bolih berjaya didalam apa-apa impian pun. Kalau kita tidak bersikap begitu nanti bercelaru dan semua tak dapat..
Macam kita yang bekerja mestilah utamakan kerja.. yang masih belajar misalnya, haa.. utamakan hal-hal pelajaran le dulu.. akeh.. keh..
Jangan le dok beblog saja kan.. nanti masa hadapan terblock lah pulak.. kan nyaye..

okey.. jangan dok pikir sangat.. angaplah dia sebagai angin yang lalu, dia bertiup dan berbunyi sesuka hati..

erm.. hari ini saya nak bagi anda semua menatap sedikit gambar yang kami ambil buat kenangan, dan lain-lain gambar yang berkenaan.



Anda bolih lihat bagaimana gembiranya mereka meraikan kesudahan penat lelah mereka selama ini.. selepas ini mereka perlu berkerja lebih gigih lagi untuk mrnyempurnakan kerja-kerja yang masih berbaki bagi menyelesaikan sehingga ke peringkat terakhir.


Kerja-kerja menarik besi ketengah tasik, yang dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak merosakan lagi alam sekitar. Kebersihan kawasan tasik adalah paling diutamakan di tapak perojek ini.
erm.. cukup dulu untuk kali ini.. sehingga jumpa lagi..
Wassalam.

November 01, 2010

Indah nya sekuntum bunga..!

Assalamaualaikum.
Salam hormat semua ye...
Indah nya sekuntum bunga, ramai pelukis menjadikan bunga sebagai motif karya mereka. begitu juga dengan peminat photograph, tidak ketinggalan para penyair.. betul ke ni..!!
Nenek saya diberikan nama bunga olih moyang saya. Olih kerana mereka berpisah tak kala mereka mendapat anak pertama mereka iaitu Ayah saya. Maka nama Bunga masih digunakan apabila mereka berjumpa. Pernah saya dengar Atok lelaki bertanya Nenek ketika mereka bertemu dirumah saya. Atok tanya cam ni..
"Bila hang sampai Bunga?" perh... Bunga tu.. nostalgia mereka la tu.. cuba perhatikan betapa wanita atau gadis diumpamakan sebagai Sekuntum bunga.! betapa hebatnya saorang wanita kampung pada masa itu.


Tapi bunga-bunga zaman sekarang lagi bertambah hebat.. sangat hebat sehingga bolih buat macam mana yang orang lelaki bolih buat..!! adakala nya orang lelaki pun tak sanggup nak buat.. akah..kah..
Seperti yang berlaku tak lama dulu.. kes tu masuk mahkamah jadi berita, macam lelaki juga kawin dua serentak..! memang hebat tu...


Harapan saya bunga-bunga sekarang jangan le jadi cam tu.. erm.. maap la saya tak tuju kat sapa-sapa pun, cuma terasa nak tulis saya tulis je.. hehe... mungkin pening sikit kut.. bab baru makan KFC tadi ahak.. hak..


Bunga oh bunga idaman hati ku.. bukan nya bunga oh bunga.. bunga layu..


Bunga melur diatas tanah, harum mewangi daun merendang.
Tangan dihulur tanda peramah, Tidak kah nanti salah di pandang?
jawab jangan tak jawab.. alahai..

Permandagan ini berhampiran kediaman saya diselatan semenanjung. Gambar ini saya masukan dalam web tripod.com saya. Masa tu kali pertama buat website, camna pun kalau guna tripod senang buat. tetapi sekarang web tu dah tidak bolih edit lagi. dah kena bayar tak de free lagi.. kedekut le tu.. hehe..

Malam saya akan ke Perak semula. ok.. jumpalagi..!
Wassalam.