October 31, 2010

Indah nya sekuntum bunga..!

Assalamaualaikum.
Salam hormat semua ye...
Indah nya sekuntum bunga, ramai pelukis menjadikan bunga sebagai motif karya mereka. begitu juga dengan peminat photograph, tidak ketinggalan para penyair.. betul ke ni..!!
Nenek saya diberikan nama bunga olih moyang saya. Olih kerana mereka berpisah tak kala mereka mendapat anak pertama mereka iaitu Ayah saya. Maka nama Bunga masih digunakan apabila mereka berjumpa. Pernah saya dengar Atok lelaki bertanya Nenek ketika mereka bertemu dirumah saya. Atok tanya cam ni..
"Bila hang sampai Bunga?" perh... Bunga tu.. nostalgia mereka la tu.. cuba perhatikan betapa wanita atau gadis diumpamakan sebagai Sekuntum bunga.! betapa hebatnya saorang wanita kampung pada masa itu.


Tapi bunga-bunga zaman sekarang lagi bertambah hebat.. sangat hebat sehingga bolih buat macam mana yang orang lelaki bolih buat..!! adakala nya orang lelaki pun tak sanggup nak buat.. akah..kah..
Seperti yang berlaku tak lama dulu.. kes tu masuk mahkamah jadi berita, macam lelaki juga kawin dua serentak..! memang hebat tu...


Harapan saya bunga-bunga sekarang jangan le jadi cam tu.. erm.. maap la saya tak tuju kat sapa-sapa pun, cuma terasa nak tulis saya tulis je.. hehe... mungkin pening sikit kut.. bab baru makan KFC tadi ahak.. hak..


Bunga oh bunga idaman hati ku.. bukan nya bunga oh bunga.. bunga layu..


Bunga melur diatas tanah, harum mewangi daun merendang.
Tangan dihulur tanda peramah, Tidak kah nanti salah di pandang?
jawab jangan tak jawab.. alahai..

Permandagan ini berhampiran kediaman saya diselatan semenanjung. Gambar ini saya masukan dalam web tripod.com saya. Masa tu kali pertama buat website, camna pun kalau guna tripod senang buat. tetapi sekarang web tu dah tidak bolih edit lagi. dah kena bayar tak de free lagi.. kedekut le tu.. hehe..

Malam saya akan ke Perak semula. ok.. jumpalagi..!
Wassalam.

2 comments:

Tihara said...

cantik pic bunga2 ni..ske sgt :)

♥xaturen♥ said...

memang bunga sememangnya cantik.!
harap bunga2 semua jagalah kecantikan, dinilai sebaiknya..

@Tihara: Terima kasih bab sudi sampai kesini.. jengah2 lah lagi..