September 08, 2023

McLaren Artura

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kali ini kita bercerita tentang kereta mewah sportcar McLaren, bukan apa saja tukar angin, saya peminat kereta sportcar sebenarnya, ye lah sekadar minat, jom kita cerita sikit.

McLaren ini adalah syarikat pengeluar supercar mewah dan kumpulan kereta lumba yang terkenal di dunia. Mereka terkenal karena menghasilkan kereta-kereta berprestasi tinggi yang menjadi ikon di industri otomotif. Salah satu model paling terkenal dari McLaren adalah mobil sport yang dikenal sebagai "McLaren F1".

McLaren F1 adalah sport supercar yang dikeluarkan antara tahun 1992 dan 1998. Kereta ini dirancang oleh jurutera legendaris 'Gordon Murray' dan menjadi salah satu mobil tercepat dan paling mahal di dunia pada masanya. McLaren F1 menawarkan pengalaman memandu yang luar biasa dengan rekabentuk aerodinamis yang elegan dan engine yang sangat berkuasa.

Kereta F1 ini dikuasakan oleh engine bertenaga V12 6,1 liter yang dibangunkan oleh BMW. Dalam versi standard biasa saja pun, McLaren F1 mampu menghasilkan tenaga sebesar 627 tenaga kuda dan mencapai kecepatan tertinggi lebih dari 386 km/per-jam. Pada ketika itu, ini adalah kecepatan tertinggi yang pernah dicapai oleh kereta keluaran secara banyak.

Tidak hanya itu, McLaren F1 juga terkenal karena rekabentuknya yang inovatif. Kereta ini memiliki tiga tempat duduk dengan posisi pemandu yang ditengah, dikelilingi oleh dua kurusi penumpang. Ini memberikan pengalaman memandu yang unik dan membuat McLaren F1 menjadi salah satu kereta paling dicari oleh para pengumpul kereta mewah.

Selain berjaya di jalan raya, McLaren F1 juga sukses di dunia perlumbaan. Pada tahun 1995, McLaren F1 memenangkan perlumbaan legenda '24 Hours of Le Mans' dengan kumpulan lumba mereka yang dikenal sebagai McLaren F1 GTR. Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan McLaren F1 sebagai salah satu kereta sport terbaik dalam sejarah.

Meskipun pengeluaran McLaren F1 berakhir pada tahun 1998, warisan dan reputasinya tetap hidup hingga hari ini. McLaren terus menghasilkan kereta mewah dan supercar yang inovatif, seperti McLaren P1, McLaren 720S, dan yang terbaru adalah McLaren Speedtail dan McLaren Artura.

Jika berpeluang, McLaren model yang mana pilihan anda?








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


September 07, 2023

'Imam Mustaqim' didenda 10.000 dipenjara 6 bulan Hina Sultan Selangor

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Kes Imam Mustaqim dipenjara dan didenda kerana menghina Sultan Selangor. Saya pun tidak tahu setakat mana penhinaan yang telah dibuat olih Imam Mustaqim ini didalam facebook beliu.

Sebagai pengajaran daripada apa yang telah dilakukan, mungkin selepas ini tiada lagi sesiapa yang berani-berani memuat naik kata-kata yang menyentuh mana-mana pehak apalagi terhadap raja-raja atau sultan.

Jika rasa tidak berpuas hati, diam sajalah dan jangan meluahkan perasaan didalam facebook, sebab kita ini bukan siapa-siapa, pangkat tiada wang ringgit jauh sekali.

Lebih baik masa yang ada digunakan dengan cara yang berfaedah, atau usahakan sesuatu yang bolih menstabilkan dan memakmurkan hidup. Ibu bapa keluarga sangat memerlukan pertolongan kita dimasa harga barang semakin naik ini.

Tidak perlulah terlalu taksub dengan mana-mana pertubuhan, kelak diri sendiri yang menanggong akibatnya. Ramai orang kampung yang bermasam muka kerana taksub dengan sesuatu kumpulan, sakit demam kematian semua diuruskan olih orang terdekat atau orang kampung, orang besar dalam kumpulan tidak akan datang jengok pun.

Jika kita orang berpangkat atau jutawan bolihlah bercakap sesuka hati, sebab semua pekara memerlukan duit banyak, tidak ada duit jangan cakap apa, ni money no talk!

Disebabkan zaman sekarang kita terdedah dengan midium berita dari banyak sumber, samada tv dan sebagainya. Menyebabkan kita tahu dimana ada kesalahan atau dimana ada keburukan yang dilakukan olih individu dari masa kesemasa, janganlah cuba-cuba mengajar atau mencela jika kita tidak punya kuasa.

Semua orang tahu kebaikan atau keburukan yang mereka lakukan sendiri. Jadi mereka juga tahu kebaikan atau keburukan yang bakal mereka terima bagi diri mereka dan generasi mereka.

Semoga kita hidup sihat dan bahagia.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆