September 06, 2023

SELAMAT PENGANTIN BARU - Wan Nurin Iwani dengan Hafis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

SELAMAT PENGANTIN BARU. Wan Nurin Iwani bersama Hafis.

Bulan purnama ikut tersenyum dengan ramah. Sang bintang juga tidak mau mengalah. Dengan doa yang indah untuk kalian yang telah menikah, semoga keluarga kalian sakinah mawaddah dan warrahmah.

“Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin“

“Semoga Allah jugalah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah jua meningkatkan darjat keturunan kamu menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi saudara mara”

“Cinta sesama manusia kerana Allah, akan menuju syurga nan indah. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.“









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


September 05, 2023

Pengawal Keselamatan Dipanggil Bagi Membela Diri Atas Tuduhan Merogol Gadis 9 Tahun

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Saorang Pengawal Keselamatan yang berusia 62 tahun yang didakwa merogol saorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, tahun lalu untuk membela diri.

Kota Kinabalu:

Seorang pengawal keselamatan berusia 62 tahun yang didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tahun lalu diarah membela diri. Liwoh didakwa merogol gadis 9 tahun itu pada petang 3 Mei 2022, di sebuah rumah di Jalan Kionsom, perbandaran baharu Inanam, dekat sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan lanjut pada Liwoh pada 18 Mei 2022, Lewoh mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan. Liwoh menuntut perbicaraan terhadap pertuduhan itu. Mahkamah menetapkan 11 November ini untuk pembelaan Liwoh.

Enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan semasa peringkat pendakwaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Dacia Jane Romanus manakala Liwoh diwakili peguam Jaikol Situn.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


September 04, 2023

Kulim ke Pontian, Johor.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Cuti Merdeka, jalan semua sesak sebab ramai ambil peluang musim cuti yang terhad ini untuk berpegian keluar dari daerah sendiri untuk bercuti.

Yang dari utara jelajah ke Kelantan Terangganu Johor kembali semula melalui bandar-bandar sepanjang Johor Melaka Selanggor Perak akhirnya kembali semula keutara tempat sendiri.

Begitu juga orang dari selatan jelajah pantai barat kembali melalui pantai timur dan kembali semula ke Johor, semua mengambil peluang menemui saudara mara sahabat handai yang ada disemenanjung.

Kebetulan saya pun ikut jalan jauh dari Kulim turun ke Pontian untuk menemui buah hati yang berada di Pontian.

Olih kerana perjalanan jarak jauh saya sendiri sudah tidak selera lagi hendak memandu, naik bas sahaja, selain jimat belanja badan pun tidak keletihan..

Yang penting dapat jumpa buah hati tersayang, kemudian akan kembali semula ke Kulim.

Sebagai kenangan saya letak video buah hati disini dan dapat dilihat kembali dimasa akan datang.

Akhirnya sampai juga ke setesen bas Larkin Johor Baharu dengan selamatnya.

Pasar yang berada didalam Tarminal Bas Larkin. Ada banyak gerai-gerai didalam Tarminal Bas ini.

Akhirnya dapat bertemu buah hati sayang yang saorang ini. Dapat bertemu dan melepas rindu pada adik Damia buah hati kami.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Semoga adik Damia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik dengan kedua ibu bapa, dan menjadi anak yang solehah serta dilindunggi olih Allah selamanya. aaminn.








Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆