July 24, 2023

Bina Rumah Dikampung Air Merah -7

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam sejahtera sahabat semua.. bagaimana keadaan anda sekarang? semoga anda baik-baik sahaja setiap hari...

Saya doakan juga supaya semua kebaikan adalah untuk anda. ! Jangan lupa menjaga kesihatan diri sendiri, kurangkan makanan yang tidak bagus untuk kesihatan seperti minuman berlebihan manis atau makanan berlemak dan berlebihan serbuk perasa.

Gembira lah selalu.. jangan bersedih..ia juga mempengaruhi kesihatan.

Baik lah, kali ini saya berikan kemaskini perkembangan rumah yang dibina hingga setakat ini..


Siri Berdirinya Sebuah Rumah







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

July 22, 2023

Selamat Pengantin Baru, Aisyah Dengan Pasanganya Faiz

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Selamat Pengantin Baru kepada kedua mempelai Nurul Aisyah Binti Marzuki bersama pasanganya Muhammad Faiz bin Jamaludin.

22 Julai 2023, Kg. Ulu Tawar

Kami doakan agar perkahwinan ini menjadi Iman serta Taqwa dalam diri tuan berdua, Semoga zuriat yang bakal lahir, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ
“Semoga Allah SWT memberi berkah untukmu. Semoga Allah menurunkan kebahagiaan atasmu. Semoga Allah SWT menyatukan kamu berdua dalam kebaikan dan ‘afiyah,”

Aminn.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

July 20, 2023

Sunway Lost World Of Tambun _2

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam Sejahtera, semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Kali ini lagi cerita perihal Kakak Siti bercuti di Sunway Lost World Of Tambun .

Kita kongsikan disini, gambar dan video pada hari Kakak bercuti tersebut. Anda bolih lihat sendiri bagaimana keadaan atau suasana Kakak bercuti selama mereka berada disini.

Memang lokasi riadahnya lain dari yang lain, dengan panorama bukit batu kapur yang bolih dilihat dari dekat, biasanya kita lihat dari jauh sahaja.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

July 19, 2023

Penoreh Getah Dipatuk Ular Tedung Selar.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Keningau:
Seorang penoreh getah ditemui maut selepas dipercayai dipatuk binatang berbisa, di Kampung Banang Ulu Sook disini pada 13 julai 2023.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata mangsa berumur 36 tahun itu pada mulanya ditemukan penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum bertindak menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Pihak polis menerima laporan penemuan pada jam 8 pagi dan terus mengerakkan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi

Pihak polis menerima laporan penemuan pada jam 8 pagi dan terus mengerakkan sepasukan polis ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian turut menemukan satu mesin rumput yang berada berhampiran mangsa.

Pemeriksaan awal pada badan mangsa pula mendapati beberapa kesan merah kehitaman pada kulit dipercayai dipatuk haiwan berbisa.
Siasatan turut mendapati, mangsa dikatakan pergi ke kawasan kebun berkenaan untuk menoreh getah dan memotong rumput, sehari sebelum ditemukan meninggal dunia, katanya.

Nor Rafidah berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Mayat mangsa sudah dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya, katanya.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen