April 27, 2023

Semoga Anda Bahagia Selalu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Salam bahagia semua, semoga hari ini lebih baik dari hari anda semalam.

Maafkan saya kerana tidak buat apa-apa pos sejak dua tiga hari ini. Saya macam biasa okay saja, hanya mod raya masih lagi menguasai, lebih2 lagi tidak berada dikampung halaman sendiri bila hari raya.

Jika saya kata tidak rasa apa-apa perbezaan berhari raya biarpun dimana, itu semua bohong sajalah.. sebab saya ini, saya la.. orang lain tidak tahu pulak, walaupun usia saya sudah tua tetapi kampung tetap menjadi ingatan.. hihi..😅

Jadi mood nak buat tulisan apa-apa sudah terganggu.. jadi tulisan yang macam ini sajalah yang bolih saya buat.

Saya mendoakan akan kesihatan dan kebahagian akan tetap milik anda sepenuhnya. aaminn.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 5

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 4

Pada kebiasaannya makcik tidak akan memberi sebarang reaksi dengan hanya buat muka selemba seolah-olah dia tidak tahu apa-apa.

Akhirnya sampai juga makcik kerumah jirannya, pada ketika itu disana sudah ada tiga orang sedang menunggu, ketiga orang tersebut memang dia kenali termasuk sorang makcik yang kelihatan lebih berusia, makcik yang kelihatan berusia itu sebenarnya sudah lama bekerja diresot sana. Manakala yang dua lagi mungkin cuba nasib seperti dia juga.

Kesemua mereka kelihatan ceria ketika melihat dia datang, dia memberhentikan moto dan bersalaman mesra dengan mereka semua, memang mereka semua rakan lama walaupun tidak tinggal sekampung, sambil berpelukan bertegur sapa, maklumlah sejak dia mendirikan rumahtangga, sama seperti wanita lain, hidup mereka sepenuhnya bersama keluarga dan untuk keluarga. Ketika itu muncul saorang makcik lagi dari dalam rumah, seraya memohon maaf kerana membuatkan yang lain menunggu diluar rumah.

Akhirnya mereka berlima menaiki empat biji motosikal satu persatu meninggalkan pekarangan rumah menuju ke resort seperti yang dirancangkan, tuan rumah itu sebenarnya yang memberitahu yang resort tersebut memerlukan pekerja. Namanya Zabedah rakannya memanggil Kak bedah, nak jadi cerita suami Kak bedah ini juga rakan kepada suaminya dan mereka bekerja satu kumpulan yang akan memulakan kerja menebang bakau hari ini. Ketika dalam perjalanan memang ada kedengaran suara gergaji berantai bebunyi sayup-sayup hampir tidak kedengaran dan jauh dihujung kampung.

Resort tersebut berada diseberang jalanraya besar, jalan yang menghubungkan dua Bandar besar, mereka mesti melintas jalanraya ini sebelum memasuki jalan menuju kekawasan resort, resort ini besebelahan dengan jalanraya besar ini. Pagar serta pokok rendang yang padat menghalang pendangan terus kedalam resort, dari jalanraya memang tidak akan nampak apa-apa aktiviti didalamnya.

Ketika sampai dihadapan pintu gate utama sekali lagi makcik rasa agak terperanjat kerana sebuah lori Hilux muncul untuk keluar dari resort tersebut. Lori yang sama dengan pemandu yang sama masih dengan senyuman ceria sambil sedikit mengangok lalu keluar meneruskan perjalanan. Dia tertanya-tanya apa urusan pemandu lori tadi?

Bersambung besok part - 6

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 24, 2023

Meriah Aidilfitri Disana Sini

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

Masih dalam mood raya lagi, ada lah tetamu sanak saudara sikit, sambutan cara kampung saja, petang hujan turun dengan lebatnya.

Selalu sangat dah beraya diperantauan dah biasa saja, cuma sedikit-sedikit teringat juga beraya dikampung halaman.

Sebelum bulan puasa sudah ada disini bermakna sebulan lebih dah berada disini, dalam perancangan hendak balik keutara pula selepas habis beraya disini.

Pada yang beraya ditempat sendiri saya ucapkan selamat bergembira bersama sanak saudara.

Lagi sekali Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Saya doakan semua kegembiraan milik anda sepenuhnya.







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 23, 2023

Janda Yang Setia Menanti Dalam Kesedihan - part 4

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

sambungan dari part - 3

Pagi yang cerah dengan matahari telah memancar dan menerobos dicelah-celah dinding papan rumah makcik, dia baru saja lepas menyiapkan bekalan makanan suaminya yang akan memulakan kerja baru bersama rakan-rakannya.

Selepas selesai menghantar suaminya didepan rumah dia bergegas kedalam rumah untuk bersiap-siap kerana dia akan mengikuti rakannya ke resort bagi menemui pegawai yang bertugas disana untuk temuduga sebelum memulakan kerja.

Setelah bersiap lebih kurang, dia pun turun kebawah mencapai motosikal Kriss dan bergerak menuju kerumah jirannya yang berada agak jauh dari rumahnya, ketika keluar dari rumahnya disimpang tiga mini tar, sebuah Lori Hilux bergerak agak laju melintas disimpang tiga tersebut, sekilas pandang dia sempat juga melihat kearah pemandu Lori tersebut.

Makcik itu sedikit terperanjat juga kerana tidak berhati-hati hendak keluar dari persimpangan itu, sebenarnya makcik itu lebih fokos kepada pertemuan dengan penemuduga nanti, dia meneka-neka bagaimanakah sikap penemuduga yang akan dia temui nanti, dia sebenarnya jarang dan tidak ada pengalaman kerja sebegitu.

Adakah dia akan diterima kerja atau tidak, tapi bila memikirkan jirannya mengatakan yang resort itu memang memerlukan berapa orang pekerja cleaner, dia yakin memang dia akan dapt kerja tersebut. Entah kenapa pandangan dan senyuman pemandu lori Hilux yang mengangok sambil berlalu pergi tadi sedikit memberi kesan yang lain dari biasa.

Memang dia sering mendapatkan senyuman dari sesiapa sahaja ketika berselisih dijalanan ketika menaiki moto bersendirian, hanya yang tidak memberi senyuman adalah saudara mara terdekat dan jiran terdekat sahaja yang buat muka biasa walaupun ketika menegur atau bercakap, jiran jauh atau orang luar sering kali bila berselisih selalu tersenyum sambil mengagok kepala, sama seperti pemandu Lori Hilux tadi.

Bersambung besok part - 5

Baca lagi seterusnya dibawah-







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

April 22, 2023

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2023

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
جزاكم الله خيراالجزاء

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.

MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Selamat Menyambut Hari Raya untuk tahun 2023 - 1444 H. Selama Kita Bersama Di Bulan Ramadhan, saya orang kampung sekeluarga mengucapkan terima kasih atas semua perhatian yang anda diberikan.

Semoga anda sekeluarga selalu sehat. dan saya doakan semoga anda semua berbahagia dihari lebaran.🥰







Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen