June 02, 2012

Bayang Fidah Menjelma.

S eketika kemudian Intan bersuara "Bila Abang nak datang lagi kat Merbuk ni.." sambil matanya mengerling kearah Ani. Ku lihat Ani hanya diam dan tunduk memandang kemeja makan sambil tangannya mencarik-carikan kertas tisu.

"Abang bila dah balik jangan pulak lupa nak datang sini lagi tau.." tambah Intan lagi seperti mahu mengatahui apa kah yang bakal aku lakukan seterusnya dengan hubungan aku dengan Ani.

"Insyaallah.. kalau tak ada apa-apa aral abang akan datang secepat mungkin.." kataku untuk menyedapkan perasaan Ani yang masih lagi membisu.

Aku hanya masih keliru dengan ingatanku terhadap Fidah, jadi aku tidak mempunyai apa-apa keputusan yang jelas mengenai kehadiran Ani yang dicadangkan oleh keluargaku.

Bahkan ini juga cadangan dan rangcangan Nenek dan semua ahli keluarga kami agar kami bersatu. Tapi apakandaya.. dalam aku menyukai Ani, dan seperti aku mula jatuh cinta dengannya.. bayangan Fidah juga menjelma serta membuatkan hatiku jadi luntur pada semuanya.

Terasa seperti tiada apa lagi rangcangan hidupku untuk seterusnya. Sebab itu aku hanya mengungkap perkataan "Insyaallah" sahaja.
Intan senyum lebar kearah Ani sambil memegang tangan Ani. Mungkin Intan berpuashati dengan jawapan aku itu. Dan dia berharap sesuatu yang terbaik buat rakan karibnya itu. Intan bangun dan minta diri untuk kekedai runcit disana, dia begitu cergas menghidupkan moto. Mungkin moto itu masih elok jadi tidak ada masaalah untuk menghidupkanya.

Melihat Intan membawa moto, aku terkenangkan Fidah.., Fidah juga pandai naik moto.. tapi moto Ayah Fidah agak lama, jadi kalau hendak menghidupkanya tidak bolih hanya sekali tendang.. dua atau tiga kali baru bolih hidup.. namun Fidah tidak pernah merunggut, dia tahu mereka orang susah. Aku bila teringatkan Fidah.. mulalah aku jadi sebak.. aku sangat kasihkan dia, aku sangat sayangkan dia!

Aku sentiasa berharap Fidah sekarang ini hidup berbahagia disamping keluarganya, aku harap Fidah dapat tabah menghadapi hidup dengan pilihan orang tuanya. Mungkin pilihan orang tuanya lebih baik daripada aku ini, aku rela dia pergi.. tapi aku tak mungkin dapat melupakan dia.

Kelibat Intan sudah tiada dalam pandangan ku, aku meninjau dimana Intan menghilang, dari jauh aku dapat lihat Intan berada disebuah kedai jahit, mungkin dia membeli barangan jahitan agaknya.

Intan juga sangat baik dengan Ani, dia sangat gembira atas kedatangn aku kesini, kerana sangkanya aku dapat memberi kebahagian hidup baru kepada teman baiknya Ani.

Nampak sangat dia sayangkan Ani keikhlasan Intan untuk melihat Ani gembira terpancar dari riak wajah dan percakapannya. Begitu juga dangan Ani, Ani pun ku lihat sangat sanyangkan Intan, sehingga sanggup mencadangkan rakan baiknya itu kepada aku dahulu, hanya kerana ingin menduga sikap aku.

Aku menolih kearah Ani, sekilas pandang aku lihat Ani pun jauh lamunanya.. entah apa yang bermain difikiranya. Ani.. kasihan kamu Ani.. Sayang aku pada mu masih belum kuat untuk melupakan Fidah!

Aku harap Intan dapat memahami, dan memaafkan aku kerana mungkin selepas ini aku menghampakan harapan dia, harapan ikhlas seorang sahabat baik sejak dari kecil.

Harapan Intan tentu sama juga seperti harapan Nenekku dan Makcikku juga. Mereka sangat mengharapkan agar aku membuat keputusan yang sama sepertimana keinginan mereka juga. Keinginan mereka untuk aku menyunting Ani sebagai teman hidupku.

Aku menarik nafas panjang kerana aku sebenarnya belum pasti samaada aku akan kembali lagi kesini. Buat seketika aku merenung kearah Ani yang ketika itu dia sedang memerhati Intan dikedai yang tidak jauh dari kami.

Menyedari aku merenung kearahnya Ani segera menoleh kearahku seraya bersuara dengan nada perlahan.. "Pukul berapa abang nak balik besok.." aku terdiam sebentar.

"Tengok pada Neneklah.. mungkin sebelah pagi, sebab kata Nenek kalau lewat sangat, panas pulak.." Ketika itu kulihat Ani cuma mengangok perlahan.. seperti memikirkan sesuatu. Perhatianku beralih kearah pelanggan warong di meja hujung sana yang ketawa agak kuat sesama mereka.

Bau masakakan mula membuat aku berselera, tapi makanan yang dinanti masih belum sampai lagi. Makcik warong masih sibuk menyediakan tiga pingan mee yang kami pesan.

Gelak tawa pelanggan dimeja hujung sana tidak lagi menarik perhatianku. Aku memerhati sekeliling pekan, dari satu kedai kesatu kedai aku perhatikan.

Keadaan tenang saja dipekan itu, hanya sesekali deruan lori tanah yang memasuki jalan kecil sedikit membingitkan suasana. Entah jalan kampung mana yang mereka sedang betulkan.

Aduh.. bingung aku dibuatnya.. bagaimana harus aku melalui semua ini. Aku jadi serba salah untuk memberitahu hal yang sebenar apa yang aku fikirkan ini kepada Ani! Apakah aku hanya pergi besok tanpa memberitahu apa-apa? Atau hanya berjanji kosong untuk menjaga hatinya..?










Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen

Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik

⬆ scroll keatas ⬆


March 06, 2012

Mengikut Perasaan.

Belum sempat Ani menjawab pertanyaan aku, Intan kembali kearah kami dengan diiringgi keluarga Makcik nya. Wajah Intan ceria sekali sambil memperkenalkan mereka kepada kami.
"wah.. sudah sampai mana cerita ni.. " kata Intan bergurau kepada kami.
Ani pura-pura bersahaja cuba melinduggi dirinya yang tadi telah menanggis, namun Intan dapat melihat perubahan mata Ani yang hampir merah itu.

"Apa hal pulak dengan kau ni Ani..? " tanya Intan.
"Kau menanggis ye Ani..?" kata Intan lagi kepada sahabat baiknya.
"Tak adalah... " jawab Ani ringkas. Intan belum berpuas hati dengan jawapan Ani. Lalu dia menoleh kearahku sambil berkata.

"Abang.. apa yang Abang buat sampai Ani menanggis ni..?" aku diam sahaja sambil senyum pada Intan. Intan kembali menoleh kearah Ani, kemudian mula menjeling kearah ku.
"ooo... Ani takut kena tinggal dengan abang kut..!" kata Intan lagi kearah Ani, dan mula tersenyum kepada Ani dan hampir ketawa kecil.
Makcik Intan turut tersenyum melihat gelagat Intan mengusik Ani, lalu meminta diri untuk membawa anak anaknya melihat kawasan Candi dari sudut lain pula.

"Bye.. bye.. adik.. nanti jumpa lagi..." kata Intan kearah anak anak kecil yang sedang mengekuri dibelakang Ibu mereka. Ani senyum dan turut melambai.
"Kau ni.. ada ada sajalah Intan..!" dengan cepat Ani membalas kata kata Intan tadi.
Sambil matanya memandang padaku dengan sekilas pandagan yang menyimpan seribu makna. Mata aku juga secepat dan sekilas itu.., kami bertentang mata.. namun tidak dapat aku membaca makna dari dalam matanya.

Apakah yang tersirat dengan pandangan Ani itu hanya dia sahaja yang tahu ertinya.
Intan masih lagi melayan lambaian anak-anak Makciknya yang masih menoleh kearah kami. Mungkin mereka masih belum puas bermesra dengan Intan, dengan wajah yang cantik molek, lemah lembut serta ramah mesra pandai pulak membuat suasana menjadi ceria. Akan membuatkan kanak kanak malah orang dewasa pun tak jemu bersama Intan.

Yang jelas padaku sekarang, Ani sangat senang dipandang.. cantik manis, bak kata orang sedap dipandang. erm.. memang wanita yang saorang ini sedap dipandang.
"aah.. aku ini terlalu sangat mengikut perasaan.." baru saja bertemu dan berkenalan aku sudah boleh jatuh cinta dengan kamu Ani.

Aku merasakan seperti ada kelainan bila aku berjalan diiringgi oleh kamu. Terasa ringan saja diri ini memijak bumi, terasa kegembiraan menyelinap serta meremang diseluruh anggota badanku ini. Walaupun pada ketika itu Intan turut menemani kami, hanya aku merasai sangat gembira.

Intan tidakku ambil hal sangat, tetapi Intan seolah olah memahami keadaan kami berdua, Intan sangat merestui perhubunggan kami.. dia selalu saja membuat sesuatu yang boleh menceriakan suasana, tak habis habis dia mengusik Ani. Ada kalanya aku sendiri turut ketawa hingga tidak tertahan.

Ahkirnya kami menjamu selera disatu warung dipekan semasa dalam perjalanan pulang. Suasana pekan itu tidaklah sesibuk mana maklumlah hanya pekan dipersimpangan saja. Adalah lima enam kedai yang berniaga, aku dapati ada beberapa kedai yang seperti sudah lama tidak berniaga. Dalam selingan antara kedai itulah warung yang kami sedang memesan air dan mee goreng.

Usia Makcik warung yang lewat empat puluhan tidak menghalang dia begitu cergas melayan kami serta beberapa pelanggan lagi disitu. Sangat ramah dengan pelanggannya, aku perasan yang dia yang menggambil pesanan dan dia juga yang menyediakan pesanan. Wah hebat sungguh Makcik ini, berhempas pulas membantu kehidupan keluarganya.

Hatiku jadi kasihan bila Ani memberitahu kepadaku yang Makcik itu sebenarnya seorang Janda, suami Makcik itu meninggal semasa berkerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur. Mungkin ajal Pakcik itu dikedai emas yang sanggat jauh dari tempat kelahirannya.

"Nak buat macam mana... " kata ku pada Ani.
"Ajal maut, jodoh pertemuan, hanya Tuhan saja yang tahu..." pandai pulak Ani menambah.
"Walaupun tuhan yang menentukan tapi kita harus berusaha mengelak yang buruk dan mencari yang baik..!" sampuk pulak suara Intan.
"Jangan kita hanya berserah pada tuhan semata mata, sebelum berusaha mencari yang terbaik dalam hidup kita kan..." tambah Intan lagi sambil memandang tegak kehadapan. Ani memandang kearah kawan baiknya itu dengan pandangan yang sedikit keliru.
Seketika kami bertiga diam sahaja sambil menanti makanan yang kami pesan. Masing-masing diam melayan perasaan.


edited09/11/20





Page on facebook :-  burdibird.
Go to burdibird facebook

YouTube channel :-  burdibird.



Terima kasih!


Baca Lagi Kesah Fidah!



March 01, 2012

Bercinta Dengan Awang Hitam.

Assalamualaikum...
Macam mana dengan projek anda semua ketika ini.? Moga apa yang anda rancangkan berjaya terlaksana dengan jayanya...
Andai ada yang tidak berjalan lacar, jangan putusasa.. cuba dan terus mencuba hingga berjaya mencapai kejayaan yang diharap-harapkan.

Okey.. ini ada satu pertanyaan yang sering menggangu difikiran ini...
takde la berat sangat.. tapi agak memeningkan kepala jugak ni.. cuba kita fikir.. fikir.. kenapa le anak-anak gadis kita begitu senang sangat jatuh cinta?


Semasa Di Kota Baru

Kalau jatuh cinta yang sesuai dan bertempat tu tak pe lah juga... ini bercinta dengan orang Afrika..! yelah... orang kulit hitam dari benua Afrika tu.. apa dah tak cukup hitam lagi ke orang tempatan ni...?

Janda ke anak gadis ke.. mereka bolih cair dengan kelengtong awang hitam tu... lepas tu jadi hamba sex... ada pulak kena dera lagi... hai... pening kepala waris-waris mereka tu.

Sekarang ni pulak.. yang dijadikan kaldai dadah pun ramai... nak jatuh cinta pun agak-agak lah sikit... jadi lah orang cerdik sikit... kok ye pun awak benar-benar jatuh cinta dengan awang hitam tu... pada kenyataannya.., bolih ke mereka nak sehidup semati dengan dia kat benua Afrika sana nun..? his... merepek betul lah mereka-mereka semua ni...!

Yang sebenarnya apa yang gadis-gadis juga janda-janda ini mahu? cinta ke? suka ke? atau memang merenyam sangat dengan awang hitam tu..

Tolonglah... agak-agak le sikit kalau nak jatuh cinta pun.. jaga le sikit harga diri... kesian Emak Abah Anak-anak yang sangat menyintai kamu... dibandingkan cinta kamu dengan awang hitam, yang sememangnya mempergunakan kamu bulat-bulat... tu....!

Adohh... apa la nasib badan, lelaki tempatan dah tak de power lagi dah... tinggal lah daku kesepian... semua dah haru biru jadinya...

Awang hitam ini, semakin hari semakin besar kepala dia, ramai kalangan wanita kita rela dipergunakan olih mereka.
Ada yang sanggup tinggal sebumbung dengan awang hitam itu.

Semakin hari semakin kurang hajar tingkah laku mereka ini, sanggup berentap dengan anggota keselamatan apabila mereka ini cuba diberkas, sebenarnya mereka ini mesti ditapis dahulu sebelum masuk kesini.. kenapa orang sebegini bolih masuk bebas dan membuat perangai samseng dengan bebas?

Ada satu kejadian diKL, negro ini mencabul buah dada anak gadis seorang guru, habis merah-merah buah dada anak gadis dia, perbuatan ini berlaku didalam lift ketika gadis ini bersaorangan naik lift.

Repot polis pun tidak bolih buat apa-apa malah menjadi heboh saja, jadi buat hukuman sendiri la... itu negro tidak bolih dibiar, kalu dibiar lain budak pula kena ramas buah dada,...

Jika dia sanggup buat jahat... sangguplah terima balasanya... apalagi.. koma lah negro itu... terlantar kat ICU dua tiga bulan... baru dia sedar sikit...

Masa terlantar hari kejadian... masih ada lagi wanita kita yang bersimpati tu... siap marah-marah lagi...

Hai.... dunia-dunia.....

Agaknya dia tu kenal dengan negro tu agaknya.. mungkin pernah buat yang bukan-bukan dengan negro itu. Itu pun anak gadis guru itu berani menceritakan kepada ibu bapa dia, kalau yang diam saja nanya saja anak dara tu..

Kalau ada yang tergoda macam mana...?
Sepatutnya dia orang ini tidak ada Malaysia ini...
Salah siapa ye...?

erm...OK, jumpa lagi. wassalam.


Kerja saya operator xcavator









Terima kasih! Jumpa lagi


Baca Lagi Kesah Fidah!




catatan orang kampung

Coretan setiap hari
Weblog xaturen


Lagi Artikel-Artikel Lain Yang Mungkin Menarik Minat Anda.